Friday, May 13, 2011

aku ingin pulang.

bangun sahaja pagi ini, rasa macam serba tak kena.
teringat mimpi malam tadi.
sayu.
lama aku duduk di atas katil tanpa berbuat apa-apa.
kosong.

sejak dua menjak ini makin terasa sunyinya.
rasa nak berumahtangga meronta-ronta.
rasa mahu berubah menjadi lebih baik.
rasa mahu jadi anak yang benar-benar solehah.

Nabi bersabda maksudnya: “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)


aku tahu tanpa rumahtangga pun aku boleh menjadi insan yang lebih baik, lebih sempurna.
entahlah.
malas pula tiba-tiba untuk aku huraikan.

pokoknya, Tuhan tahu apa yang sedang bergolak dalam hati aku.

aku cuma mahu pulang.
ke jalan yang sepatutnya.



rindu.
hanya Tuhan sahaja yang tahu.

4 comments:

  1. kemas umh dlu..bru pulang. keh3..

    ReplyDelete
  2. mungkin kau patut start merangka majlis idaman yang simple itu :p

    ReplyDelete
  3. sedang, dalam diam. hahaha.

    ReplyDelete