Wednesday, March 30, 2016

enough with gender fights

sekarang kecoh sana sini pasal isu bergaduh sebab duit hantaran tak cukup. malunya nauzubillah. duniawi semua tu uolsss. tak kisahlah siapa salah, siapa mula ke apa ke. dua-dua salah. berjanji tak ditepati, itu masih salah tak kisahlah keluarga perempuan demanding ke mata duitan ke hapa ke. kalau kau tahu kau tak mampu, why berjanji sebegitu rupa? yang belah perempuan pun sama. dalam masjid kot. kalau ye pun orang laki biadap, perlu ke kau bergasak? tempat yang tak sepatutnya kau buat onar pun. bercakap hal dunia pun dilarang, ni pulak kau bertempur sebab duit. Allah.. aibnya lahai. kau kata laki tu biadap, fine. tapi Allah tu tengok kot. bukan Allah tidoq ka apa ka. malaikat pun dok catit perangai buruk dia. yang kau pun sama naik buruk perangai, nak sesama jumpa kat neraka pulak ke? hihi.

dah jadi macam ni, semua pun nak kasik komen, nak throwback majlis sendiri. aku tak kisahlah kau nak mengenang terkenang, tapi jangan sampai jatuh hukum riak udahlaaa. ni cerita acah-acah majlis kau dah follow tuntutan agama sangatlah. sebaiknya muhasabah diri, jangan dok galak gah bercakap mengomen. kang kena batang hidung sendiri baru hang tau. duit hantaran ni, cukup elok belah laki nak bagi sebab bolehlah buat-buat belanja kenduri. tu duit kenduri belah laki cemana pulak? sapa nak bayar? tak ke kesian tu. apa mak laki tu takde impian ke nak kenduri cemana untuk anak dia? tapi sebab sayang anak, selalunya mak ngikut je anaknya. 

tapi dalam banyak-banyak komen, ada satu ketol makhluk ni bagi pendapat yang sangat buat aku rasa ek eleh kau ni biar betul hahah. katanya 15k tu tak cukup nak balas jasa mak bapak dia dah besarkan dia. persoalan aku, since when pulak tanggungjawab laki kau kena balas jasa mak bapak kau dengan material semata? itu kau bagi lapan juta kat mak bapak aku pun tak cukup, sebab aku ni PRICELESS. jasa mak bapak aku tu tak ternilai. tak terbayar dengan duit ringgit wehhh. dan sebagai anak, itu tanggungjawab akulah nak balas budi mak bapak. aku kerja, aku belajar sungguh-sungguh nak bagi mak bapak aku bangga, seronok, gembira. 

kau tanyalah mak bapak mana pun, diorang bukan hadap sangat duit anak, tapi kalau anak hulur tu seronoklah jugak. tapi still, that's not what they are looking for. kalau dengan duit makanya budi mak bapak kau dah terbalas, wow that's so easy tauuu. macam berdagang manusia pulak. macam mak bapak kau bela kau macam lembu, cukup tempoh jual ikut harga pasaran. get it? mak bapak bukan nak duit semata, cuma nak dikenang bila dah tua. nak dijaga, nak diingati. selalu balik jenguk, layan sembang, urut-urut badan, buat teman etc.

aku tak paham apehal semua benda kau nak lambak kat laki. nak-nak laki pun struggle carik duit, nak sara keluarga kecik sendiri. tanggungjawab lelaki pada mak ayah dia pun dah cukup besar. nak bertanggungjawab dekat anak bini lagi. boleh kojol cepat laki kau dah semua dia nak kena hadap. kesiannya wehhh. serius aku kesian dengan orang laki ni kadang-kadang. nak-nak sekarang femes pulak orang share sana sini yang tanggungjawab kerja rumah tu kerja laki, bini tugas dia serve laki je. 

aku tak kata tak setuju, tapi dalam masa yang sama Allah bagi kita rasa belas sesama manusia. memang ajaib kalau laki kau tu superman, tak reti penat, tak ada perasaan. lagi ajaib bila kau as bini takde belas ihsan sampai jatuh tahap buli laki pulak atas nama agama. kerja rumah buat sama-sama, kan ke ringan sikit beban? kita sama-sama penat carik duit, sama-sama la jaga kebersihan rumah, jaga anak. kan? bab carik duit pandai pulak nak bersama-sama, bab kerja eh sorang je ke nak pikul? apa ni bebbbbb hahaha. 

bab nak kahwin ni pun satu hal. padahal dua-dua gatal cipap gatal nonok nak kahwin, tapi bab duit laki yang kena siang malam membanting tulang sebab nak memenuhi impian kahwin kau yang grand tu. macam, eh kot ye pun cinta tapi dah apehal bengap sangat ni hahaha. bincanglah elok-elok. kalau rasa isu sensitif, family tak boleh terima pandai-pandai la makan berdua simpan berdua beb. aku banyak je tengok jenis keluarga yang memang buat majlis kahwin ni macam bisnes dah. tapi family kau, pepandailah kau handle. kau lagi kenal kot.

kalau kau rasa bakal pasangan kau tu tak hormat family kau, tunggu apa lagi? benda ni bukan jadi sekelip mata. time berkawan boleh nampaklah. tapi dek kerana cinta, berharap konon akan berubah heh memang silap lah. kalau kau rasa kau tanak blah, be firm lah with your stand. pada aku baik aku bertempur bergasak time tu daripada di kemudian hari. time dah kahwin ni pun, kalau ada bau-bau macam tak hormat je, memang perang psikologilah. dah kahwin mana bleh main fizikal hahaha. dosa plak tumbuk laki hahaha. ada kekdahnya nak send the message, tapi apa pun usahlah berpisah tempat tidur eh tetiba plak bagi petua lain hahah.

entahlahh. aku cuma dah bosan dengan orang dok banding-banding jantina ni. dan yang paling obvious, ni semua berlaku di kalangan wanita okayh. laki dia tak expressive macam wanita, that's why kita jarang nampak diorang komplen sangat. but telling you, the trend nowadays is changing. even guys are starting to be vocal. lepas tu kena hentam teruk dengan kaum wanita hahaha. eh kau cakap laki boleh, apesal diorang taleh kutuk kaum kau pulak? adil lah kan hehehe.

laki aku tanya, kenapa perempuan ni asyik kata laki tak adil? kenapa asyik laki je yang kena? aku jawab senang je. mana aku tau. aku bukan feminist. hahaha. aku terima peranan aku sebagai wanita. dalam islam, lelaki kena jadi ketua. ketua keluarga adalah suami. berat tu. tapi Allah adil. dalam beratnya tanggungjawab sebagai ketua keluarga, adanya penolong yakni isteri. sebab tu bini senang buat pahala. kau senangkan hati laki je, tinggg dapat pahala. senyum pada suami, tingggg! pahala lagi! tu baru senyum, belum benda lain lagi hahaha. ni dahlah jadi ketua ni berat, susah. tambah pulak dapat penolong kuat melawan. tu yang ada kena lucut jawatan ganti penolong lain tu huhuhu.

eh banyak pulak ngomel petang-petang yang kering kontang ni. udah-udahlah gaduh laki pompuan. buat dosa masuk neraka. buat baik masuk syurga. takdenya syurga neraka tu satu jantina je. and by the way, patutnya kalau betul kau nak ketuk laki, ketuklah mas kahwin. sebab tu memang hak kau. boleh beli gelang emas besaq rantai kapal tu ha. berbaloi la sikit muka viral kat internet hehehe.

No comments:

Post a Comment