Friday, June 22, 2018

stress, anxiety and depression.

tahukah anda, ketiga-tiga perkara di atas adalah perkara yang berbeza? jika anda stress, anda tidak semestinya ada depression. stress itu normal, namun harus terkawal. bilamana dia berada di luar kawalan, ia akan bertukar menjadi anxiety, dan jika anxiety tidak dikawal dengan baik ia akan menjurus kepada depression.

dah dua kali aku buat test, dan dua kali jugak aku ada level anxiety yang teruk. aku ada trigger factors. huhuhu. tak fun weh knowing that you could easily fall into depression. Alhamdulillah, belum la lagi tapi possibility is there. so sekarang aku cuba untuk tenang, aku kurangkan bercakap perihal orang yang boleh buat stress aku accumulate hahahaha.

masalahnya, the more i avoid, the more people feed me with the gossips. like how my in law is so bimbo hahaha. punya bodoh sampai aku rasa tak boleh hadam weh haha. kawan-kawan opis hat suka bergosip semua aku abandon habis sebab tak suka nak memikirkan masalah orang. dah lah cerita buruk diulang-ulang eh rimas aku hahaha. aku malas nak serabutkan otak. if it is too much, memang selalunya aku angkat kaki pun. macam poyo, kan? tapi hakikatnya laki aku adalah tempat aku bergosip haha. aku suka gosip dengan laki aku sebab dia ni macam kak nam jugak haha. pastu dia realistik jugaklah, selalu stabilkan aku yang emosi ni. kalau aku cakap pastu dia tak sambut tu aku tahulah aku dah over miahahahahah.

kerja aku banyak ni, tapi harini hari pertama kerja selepas cuti raya yang panjang. dan aku selesema teruk. non stop bersin, mata gatal ahhhh bilik aku kah yang bersalah hahaha. esok kena bawak ubat siap-siap ni. anywayyyy aku akan ke yogjakarta ogos nanti. ada apa-apa cadangan aktiviti/makan/shopping yang tak ekstrim? sebab aku bawak seketul anak berusia dua tahun yang tak berapa nak faham bahasa sangat dan kadang kala sukar dibawa berbincang hahahaha. jangan tanya kenapa yogja, sedangkan tempat itu diketahui umum sangat adventurous dan sesuai untuk nature lovers. we are both, tapi dengan ada seketul anak ni tak mampu nak adventurous sangat. orang sponsor pergi tinggal bawak duit poket je, jadi jangan banyak cekadak ye pergi jugaklah buat seronok-seronok perabih duit shopping kah3. tujuh kanak-kanak pelbagai usia nak pergi ni, ya Allah kurniakanlah kesabaran buat kami laki bini nak berdepan dengan hiruk pikuk perangai mereka sedangkan anak sorang pun boleh hilang sabar hahahahhahahahahahha aku nebes ok. 

ikutkan perancangan bulan september nak travel ke satu tempat istimewa sebab acah-acah anniversary 5 tahun kahwin. ni dah jadi trip yogja ni.... makanya kita nengoklah cemana kan. dalam malaysia pun on jee tapi date kami pilih tu rasanya macam ramai je orang bercuti huhu tak suka ni sesak-sesak kami pasangan introverted hahaha.

aku selsema teruk ni. tapi masih di pejabat. ohemji sangat acah-acah workaholic miahahaha. padahal dok gugel nak pi bercuti kat pantai la nak cari hutan la hapa laaaa. opis masih sunyi dek ramai cuti next week baru ada orang. ni bosan-bosan ni mulalah terfikir kalau aku kayaaaa.... kalau aku kayaaaa....