Tuesday, March 17, 2020

kerja dari rumah.

harini sedih. hahaha kau dah kenapa pompuannnn??? semalam merempan emo harini sedih pulak. salahkan hormon mengandung eh aku tak salah haha. tp serius, aku sedih harini. bukan sebab kena kerja dari rumah pun... tapi cara orang treat kita macam kita ni buta kayu takdak hati, dan tak reti agama pulak.

aku ni kerja cikgu tau. aku taula kena buat kelas online skang. walaupun aku noob bab-bab teknologi, tapi aku tau lagi la amanah semua tu. aku tau aku kena buat kelas cemana pun. bagi la ruang nak bernafas... ni kau hukum orang macam orang seronok sangat tanak buat keja apahal la setan. kau paham tak saat genting ni semua pening? pengumuman lewat malam semalam, pagi ni kelas dah bersusun kau ingat aku tak serabut ke benduuuulll???

semua benda nak bukti detail. kau buat jela soal selidik kat pelajar cikgu buat ke tak kelas... serabut semua nak kena ada dokumentasi. dahla p&p kena sediakan online. tu sah-sahla kena pikir nak upload bahan apa semua. kau tak pikir lagi serabut ada anak kat rumah.. nak kelas cemana aku pun tak pikir weh hahaha. nak kena setup work area untuk kelas lagi. nasib baikkkkk data aku banyak senang la. ni dengan bebudak dok hora hore ingat cuti boleh bebas... pagi tadi sampai almost sejam aku nak dapatkan kedatangan penuh. tu virtual class tu. ada tu selamat merayap keluar dah wehhh. elok depa hat ketegaq ni boh pi dalam kandang ikat jangan bagi lepas la. bunyik kasaq kan... tapi kau paham dak pasai keseriusan wabak ni???

semalam lagilah.. kami dapat tau ada student tamau pi saringan padahal dah pi majlis tabligh tu. alasan kawan-kawan dia semua sihat. eh bodoh ka apa hang niiiii.......... astaghfirullah. memang kena bambu dengan sazah-sazah siap bagi ayat quran hadis semua baru ada akai kata nak pi saring. tapi... aku rasa dia tak pi laa. bodoh piang pastu bengang bila aku suruh be cautious. aku takdak contact/jumpa dia march ni. awal bulan aku hospitalised. last week dia ponteng. minggu ni online class je. kalau jumpa memang macam nak maki satu round tapi kang viral pulak wuuuu.

eh balik kisah sedih. aku rasa macam terseksa jiwa sebab orang tak bagi aku space. i need space you bijjjj. kau banyak masa sangat eh sampai nak torture-torture orang. we are not only stressing ourselves with the disease, but the way we are managed Allahu sedih. sebab ada setan-setan yang salu dapat komplen tak buat keja, yang salu mengelat... dengan yang taat setia ni sekali kena. 

ee bencilah perasaan ni. 

sebab stress, aku decide satgi nak lunch sedap. nak puaskan nafsu tembolok ni pergi mampus kau masalah harini esok je pikir hahaha.

ok bai.

Monday, March 16, 2020

periuk nasi... ke periuk api?

apa perasaan korang kena cover kerja orang yang konon tak kompeten ni eh? kerja macam hapa... berbekalkan muka cantik suara lembut... padahal banyak dah kes dan laporan ni. tetappppppp sambung kontrak. yang memetir melahar *eherrmm aku la tu* ni jugakkkk yang kena cover kena settlekan kena buat tugas deme eh ehwahhh. aku senior kot hahaha. konon sebab kesian periuk nasik orang. ye, periuk nasik kau tapi dah macam periuk api kat aku ni haaaaa. yela, keja sedia ada dah banyak, kena pulak jaga baby tua. kalau overload jadi tak efisyen, kau rasa tak ke bangsat jadi periuk api kat kpi aku ni??

penat la babiikkkkk nak jadi babysitter baby tua bangka niiiii. tolong jangan makan gaji buta boleh? tolong jangan guna ayaq mata sebagai modai boleh dakkkk? ptuih betul la. aku ni orang cakap tertelan tebuan dah ni hahahhaa laserrr mak nyahhhhhh tak toleh kiri kanan dah ni.

ok nak balik dah. sekadar menunaikan hasrat nak merempan je ni petang-petang hahaha. esok sambung tengok pulak apa kes. mungkin tetiba esok tobat rasa jahat sangat harini wakakaka.

ada lagi aku nak mengaum pasal kerja ni. ko sabar jap esok plak. ni kisah orang amik jawatan pastu syok sendiri untuk kpi kerja pergi ke laut mati satu hapa tak buat. dah sekian hahahhaa.

Wednesday, March 11, 2020

hidup lagi ni weh.

hahah gila apa setahun lebih aku bior blog ni terabai. padahal ni la dulu baby kuuuu tempat merempan. so.. maybe dah makin matang dah tak merempan sangat jadi ia terabai? hahah.

apa nak cerita eh. family masih sama, masih bertiga. insyaAllah tahun ni berempat. ni tahun ketujuh kawen. last entry aku ada cakap aku nak gi australia kan? alhamdulillah bulan september lepas berjaya ke sana sekali lagi. and trip paling tenang la aku rasa hahaha. tiket flight bayar sendiri, lain mostly macam biasa big boss belanja ahakss. tanpa aku tahu masa kat sana rupanya aku pregnant. hari-hari aku telan painkiller sebab sakit gila pinggang sampai ke kaki level nak angkat kaki pun tak boleh. nasib baby survive.. and alhamdulillah sihat so far mihmihmih. pregnancy kali ni aku takde bleeding, tapi ada masalah lain pulak. nanti jela cerita. ni baru basic je ni... sekadar nak habaq kat orang (yang entah ada baca lagi ke tidak) yang i am still aliveeeeee hahaha.

kerja. well, masih sama. tahun ni tahun ke sebelas di tempat yang sama. i cant believeeee itttt hahahha. lama weh. aku bukan jenis loyal sangat but i think i have to admit aku selesa la keja situ walaupun kadang-kadang emo mengomel merempan jugak dengan macam-macam hal. workload masih lagi banyak, tahap macam nak kena kambuih dah. tapi yelah, senior kan apa ada hal hahaha. tak siap arini buat esok. esok. dan esok. sampai bang jamil mampos hahahaha.

berat badan? maintain wakakaka. tapi ajaibnya tiap kali pregnant aku akan turun berat badan. mungkin kalau aku nak kurus aku kena beranak selalu?? ehhh tidak ahhahaha. nak tambah sorang ni pun aku rasa tutup dah kilang kot. cukuplah dua sajeeee for now. lepas empat tahun tanya balik eh hahahhaha.

masalah biras as usual la. walaupun biras dah ditukar baru (ehem), masalah dengki sakit hati jeles busuk hati masih ada ye. apa masalah bini dan ex bini abang ipar aku ni eh hahaha. aku kan dapat rumah free katanyaaaaaa. sakit hati sebab dia tak dapat. padahal dapat je sebijik tapi yela sebab tak dapat rumah tanah macam aku katanyaaaa. ada sajeeeeeee. dia ingat aku level cikai-cikai tayang cipop dapat laki anak orang kaya ke... macam aku ni takde harta sendiri pulak aduhai. kalau cakap kata berlagak riak. tapi ni orang camni ni memang mintak aku memetir riakkan diri ke acane niii. susah buat la cara susah beb. jangan mengemis sangat. malu la. pastu paling best........ pi gaduh ngan mak mertua. level jahanam habis hahahaha. memang mintak nak kena tukar biras lagi gamaknya ni hahahha.

oklah. cukup setakat ni. aku mc ni tu tetiba rasa rindu nak merepek. tapi entah. rasa macam dah kurang menyengat pulak nak menulis. entah bila nak kembali eh hahaha. till then, take care and stay safe people!