Friday, May 13, 2011

maafkan aku.

kadang-kadang bila aku berperasaan begini, tak tahu siapa yang aku patut salahkan.

diri sendiri.
atau kamu.
atau keadaan.
atau persekitaran.
atau masyarakat.
atau kawan sekeliling?

bosan.
sunyi.

pulangku disapa lantai berdebu tanda penghuninya sibuk.
atau gelap malap kerana penghuninya tiada.

kadangkala terfikir seronoknya bila salamku dijawab selain decitan cicak.
ini tidak.
yang ada cuma kosong.

masuk ke kamar, hasilnya sama.
disapa sepi sekali lagi.

maafkan aku kalau kedengarannya aku asyik bilang hal mahu berumahtangga.
jujurnya sabarku kadangkala paling hujung.

semuanya kerana bosan ditemankan bunyi kipas dan gelak tawa orang depan.
sedangkan aku terkulat-kulat tanpa teman.

Thursday, May 12, 2011

my birthday treat.

okay, more or less lagi 30 hari aku akan tua setahun lagi. well, ini bukan masa untuk bersedih dan duduk meratapi uban dan kedut di muka ye. dah beberapa hari aku asyik fikirkan apa aku nak buat or beli untuk memanjakan diri sendiri hehehe. meh kita buat list meh mehh.

1. urmm beli handbag barukah? ini yang paling reasonable sebab memerlukan belanja tak banyak. tapi banyak tak banyak pun mahu cecah seratus juga takkan nak beli kat kedai pekerja emo tu ehhhh tamaulah.

2. mungkin boleh beli perfume baru yang mahal sikit. barulah orang tengok aku ada gaya walaupun tak kahwin dengan dekan -.-" hahahaha. boleh consider bodek boifren minta kirimkan pada kawan untuk dibeli di oversea. lebih murah nyum nyum nyum. ish takkan nak tunggu nak beli untuk hantaran je baru boleh kirim ek?

3. atau mungkin boleh pergi bercuti ke sabah? tapi tak seronoklah pergi tanpa boifren sebab nanti rindu-rinduan jadi kenang-kenangan ewaaaahhh *padahal takde bajet iskiskisk*

4. atau pun spend duit sikit untuk kasut dekat bata yang aku berkenan tuh. ada tiga pasang dan apa kata untuk birthday aku yang ke tuuut tuuuut neh aku beli tiga-tiga? break the record nanti bila dah tua boleh brag kat cucu 'nenek masa umur tuuut tuuuuut, nenek treat diri nenek tiga pasang kasut sekaligus! tapi bata jelaaaaaa' hahaha.

5. lagi satu yang aku fikir, nak tukar semua koleksi tudung yang dah outdated dan buruk itu. apa barang rakan sebilik di tempat kerja bergaya sakan lepas tu tengok aku macam miskin hina dina yelah, aku kan duduk rumah flat tak setaraf dengan dia. *padahal rumah kat kampung pun macam nak tanak ada hati nak berlagok hahaaaa*

6. atau mungkin aku patut beli rumah. sebagai tanda sudah mampu berdikari. *padahal tiap-tiap kali cucuk duit rasa nak menangis tengok baki akaun*

haih sebenarnya mungkin di hari kejadian aku cuma treat aku dan boifren makan mfm sebab tetiba waktu menulis neh aku macam mengidam nak makan udang and garlic rice dia nyummm nyummmm tapi tetaplah itu mahal dan hasilnya tidak kelihatan selain bil indah water yang dicas lapan hengget sebulan.

so how? sila bagi cadangan.

terima kasih, awak.

for making me feel important.
significant.
loved.

and make me believe i can do magic.
in bringing the rainbow to your face.

and making you smile always.

thank you, love.


teeheeee.

Sunday, May 8, 2011

extremist.

semalam berlangsung satu sesi perbualan antara mama dan seorang kawan dia yang memang rapat dengan keluarga kami (dah kalau boleh datang rumah terus masuk sendiri memang rapat sangat la tuh kan isk3). salah seorang anak beliau dah menganggur hampir setengah tahun lamanya. baru-baru ini, mama ada minta aku tolong adjust kot boleh masuk tempat aku kerja tapi sorry lah aku pun macai je nak tolong macam mana ye dak.

tapi yang nak aku coretkan di sini bukan isu aku boleh tolong atau nak kerja mesti ada kabel la apa la tapi ini tentang sikap dia sendiri.

bukan tak ada kerja yang orang usulkan, tapi dia sendiri yang memilih. memang aku tak nafikan dia degree holder tapi itu tak bermakna kau kena bersikap ala-ala jijik dengan kerja yang lebih rendah kelayakannya. bosan aku tengok sikap dia bila terjuih-juih bibir konon kerja jadi cikgu tadika itu tak sesuai dengan dia. ada kerja kerani, pun tak mahu. kalau kerja gaji tak ribu-ribu, tak mahu. tapi usaha cari kerja macam nak tak nak. nak tunggu orang tolong dapatkan kau kerja tapi kerja mesti hebat. apa punya graduanlah uitm hasilkan neh.

haih memanglah awak tuh ada ijazah, tapi untuk sementara waktu apa salahnya. lepas tu kau stress-stress tak ada duit lah mak bapak susah lah pfffttt tak faham aku. memang aku slam ah perangai diva kau kan.

konsep aku mudah. macam papa selalu pesan: ular menyusur akar takkan hilang bisanya. aku habis sahaja pengajian, terus merata-rata cari kerja. kerja pertama aku tak ada kaitan dengan bidang aku belajar pun. gaji rm800 je, epf tak ada, socso tak ada. dalam masa 2 tahun daripada waktu aku habis final exam, aku dah tukar kerja enam kali. yang ke enam baru ngam dengan jiwa dan keperluan hidup.

aku akui, lepas sahaja kerja pertama, aku memang agak down. menganggur dalam tiga bulan macam tuh tapi lepas tu panas bontot dan telinga. papa happy je aku melangut di rumah melayan dia borak tapi mama dan boifren memang antara faktor aku meneruskan kehidupan hahahha.

tapi semalam lepas dengar mak dia berborak dengan mama, aku dapat membuat kesimpulan kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

mak dia bising bebel-bebel kerja neh tak halal, kerja tuh haram, kerja tak tahu sumber gaji la apa la. even kerja gomen pun haram bersubahatlah pot pet pot pet. ish pada dia keja kat kefo pun haram sebab gaji tak asing-asing. yela, kefo kan jual pork dan arak. hurmmm.

entah, bila masuk hukum agama neh aku tak berani nak komen banyak-banyak. tapi sila baca ini.

dah, aku nak mandi. migrain berhadapan dengan orang yang baca kitab sebelah muka je. nyeeettt. oh btw, aku graduan uitm juga. :)

Saturday, May 7, 2011

top reasons why i want to have a vacation abroad.

let's begin with the least reason first.

1. i love to speak english it makes me feel smart and kewl hahaha! dekat sini kalau cakap english orang melihat kau sebagai berlagak dan poyo dan lupa bahasa ibunda wth aku kat rumah cakap bahasa utara kowwwtttt.

2. aku seorang yang mudah jemu terhadap nasi but cannot resist the temptation of nasi campur, nasi lemak dan nasi ayam. -_______-". jadi peluang dapat makan western dishes tu sangat digemari dan disukai ye. nak-nak kalau menu ada kentang pastu roasted-roasted wooot woooooot favourite. teeheeee.

3. aku suka tengok scenery. cliche it is, but nak suka juga. nak-nak kalau ada angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar lembut mukaku eshessshh terbayang cerita cinderella lakonan ahmad idham dan haliza misbun pulak kwang3.

4. travelling is one of my hobbies, actually. tapi kekangan wang membuatkan aku cuma travel back and forth ampang bangi now wa wa wa. nak pergi sabah pun dah enam tahun tak tertunai ish apa sengkek sangat aku nehhhh.

5. dan yang paling utama, aku nak shopping clothes and lingerie at breeze. hey, tolonglah wahai pengeluar atau penghasil (whatever you call it) pakaian dalam. asians don't necessarily have asians' sizes for god's sake. it drives me crazy each time i need to buy them because my size rarely available. kalau yang ada pun, design macam nenek-nenek and i'm not even near to age fifty. and btw, do you really think nenek-nenek would care to buy a bra at the price of almost one hundred for one? some of them don't even bother to WEAR one, okay. 

same to clothes and apparels. funny how on these days, where people are concern about so many people are becoming bigger and bigger and even take the action to ban certain food at the school canteen, all the nice and affordable clothes are more suitable to be worn by dolls than real humans. 

yes, there are huge clothes too, but looks ugly even the table wish not to have their body covered with those. i wonder if the designers are blind or what. it is a big no no for big sizes to wear horizontal clothing, yet it is what given to us. wthhhhhhhhhhhh. 

come on. we big people also want to look good and feel good about ourselves. stop providing us big clothes with big floral patters or stupid horrible horizontal lines instead. not to mention shoes. more big sizes, pleaseeee. *saying this on behalf of my sister, i am size 5 only*

not all people get the chance to enter the biggest loser contest. but still you can't deny our rights to look beautiful. and please don't say it's inner beauty that counts because if i wear myself wrong, you would not even give me a chance to even prove the beauty inside me so stop saying it doesn't matter, you bastard.

i can't promise i would get my small petite shape back, but definitely i need to try and do something about it. and even if i don't get the model shape again, i want to have my curve in style. just like below.






haih for one time, let me breathe in my own skin. and feel good about it.

Thursday, May 5, 2011

i'm on the right track. alhamdulillah.

all i need is more effort and more thinking. hurmmm.

on the other hand, aku baru sedar tempat aku kerja antara tempat cari jodoh juga bagi sesetengah orang. tapi style malu-malu ah. risik dekat orang neh, risik dekat orang tu. ala-ala zaman dulu-dulu ah pendek kata. tahun lepas, housemate aku. tadi, colleague aku pula. amboi-amboi-amboi nampak sangat dah tak ada pilihan di luar hahaha. tak lah cemburu atau apa, cuma nampaklah senario lelaki neh walau macam mana baik pun, tetap mereka mahukan yang kurus, berhidung mancung dan berkulit putih. cakap macam dalam kelambu dan sangan lemah lembut. aku? memang bukan pilihan utama nak-nak jenis ketawa nak meledak aje. sungguh tak hipokrit agagaga.

dah dua hari ada event di tempat kerja. lately sangat bermasalah nak bangun pagi. jadi bila kena bangun awal neh, lepas tuh seharian kena bekerja, malam nak maintain kehidupan sosial sendiri lagi memang meletihkan. harap masa cepat berlalu.

eh tak tak sebenarnya aku nak cakap aku memang zero pasal hal-hal kereta  jadi aku memang tak boleh nak buat keputusan apa-apa berkaitan tu hahaha sorry luf i memang kena mengendeng dengan sayang.

dah nak balik. auuummmm.

Monday, May 2, 2011

my family is one of a kind.

yet aku tetap rasa being with them can make my life as a whole. hurmmm of course there are countless of times they drive me crazy but at this moment, how i wish they are here. bosan gila bila duduk rumah alone and you're not legally married therefore less time together. haih.

on the other hand, my best friend gave birth either this morning or last night. she texted me and reading it had made me feel like crying. my buddy, since we were in primary school is now a mother. even though i don't really favour the husband, but lets not make it as a centre of the subject teeheee. knowing that she had to go through an operation just to become a mother haih susah nak digambarkan perasaan aku sekarang. sedih, simpati *for only me know the reason why* and happy for the newborn. definitely the father is super excited hummmmppphhh.

and to make my life more miserable, my another best friend is getting married in two weeks time. and she still wants me to be the bridesmaid. woohhaaaa *cold feet tetiba as if i am the bride hahaha* i didn't give my full agreement *how can you say no to her sweet mellow voice???* but all i asked was to find another person and i would only be her bridesmaid when there's none. tiba-tiba rasa macam cerita 27 dresses pula hahah. mesti mama akan bising bila aku minta siapkan baju sebab asyik jadi pengapit entah bila giliran sendiri.

oh bila aku nak kahwin? entah. susah nak cakap. sekarang fikir nak kahwin sebab bosan duduk sorang-sorang. letih kena bayar semua benda sorang-sorang teeeeeetttt hahaha. kawan aku gelakkan bila aku kata aku nak kahwin sebab aku suka going dutch. katanya patutlah aku tak kahwin lagi sebab seru tak sampai lagi. nawaitu nak kahwin macam bangang. tapi hakikatnya, hanya Tuhan sahaja yang tahu apa rasa aku, dan apa yang aku niatkan. takkan semua benda kau nak cerita kat orang, kan? 

all in all, aku ingin membuat kesimpulan di sini bahawa patutlah ada sesetengah kawan kerja aku menjadikan keluarga sebagai centre of life. sebab tanpa kekasih at this age, memang keluargalah segala-galanya sebab kawan-kawan semua dah kahwin akan kahwin dan akan jadi mak dan dah jadi mak so they don't have time for you especially on weekends.

haih may time fly fast. and pesanan untuk anak-anak aku *jika ada* - kalau nak pilih kerja, jangan cari kerja ada shift.

sekian, terima kasih.