Friday, May 4, 2012

life surely isn't fair.

aku bersyukur sangat aku tak go into customer service punya line. sucks gila bila customer besar kepala neh. perasan duit dia besau sangat as if orang tak ada value. masa aku pergi interview ada satu bank neh untuk position ni, he reminded me that the customers were mostly foreigners and they could turn your life upside down.

listen to this.

gila kalau aku jadi mamat tuh dah lama aku letak telefon. dengar je pun dah buat darah aku go upstairs bahahahaa. hoiiii geram gile. again, that's not my problem tapi nak bengang jugak. boleh? hahaha.

by the waaaaayyyyyy. last night i've decided to just give up. :)

anddddd today lutut i goyang la bahahaha.

a dictionary is so much needed by students.

having a dictionary is a must to whoever wants to be in my class. it's compulsory. in every lesson, i will give them few words for them to look up the meanings in the dictionary.

there was a day, when i taught them few words that can mean exciting.

they were so innocent, and they silently copied the word and started to look up for the meaning. short moment after that silent, i heard almost everyone gasping and some were laughing. the boys were laughing while looking at me as if i was naked.

and the word is orgasmic. 

and in their dictionary, it means solely this. meanwhile informally, it means extremely exciting or enjoyable. not just having orgasm heeesssssssshhhhhhhh.

i explained to them while laughing wholeheartedly because they said i was being pervert and they were shocked. and i answered, 'but you don't look surprise! in fact i thought you guys understand it the way i want it to mean - now siapa yang otak kuning hahh??".

kids nowadays. so innocent. so lack of vocabulary. and dictionary isn't helping. who should be blamed on this?

Thursday, May 3, 2012

i hate proton, but i love my car so much.

proton sucks big time in my experience, but i love grey (the name of my beloved car) so much. even though banyak masalah dari mula dapat up till now - tetiba bonet kebocoran, tapi aku redha sajalah. the thought of letting go the car and get a new one is there, but then it doesn't mean i don't heart grey. in fact, i'm still in love with her. yeaaah i'm corny like that.

it's like having a love-hate relationship just like my love life. sometimes my bf did drive me crazy, but that doesn't mean my love for him would grow lesser. so as grey. sayangggg sangat. because she's my first car, tanggungjawab yang nak tanak kena jugak bela bagi makan minyak dan antar pergi servis bila tiba masa dan kena pastikan bayaran on time setiap bulan. heh dah macam bayar yuran tadika anak pun ada rasanya setiap hujung bulan bahahaa. itulah harta dunia aku yang selama ini bersama susah dan senang, hujan dan panas eceh lupa dah muto skuter kat rumah bila ada kereta dasar kacang lupakan kulit hihihi.

kalau orang tanya why buy from proton walaupun dah tahu banyak masalah, inilah masalahnya bila nak jawab. sebab aku mampu itu sahaja. grey murah, myvi mahal nak mampus walaupun kecil aje. dan aku rasa senang hati bila bonet luas, sebab aku tahu family bergantung pada aku - like it or not ada adik beradik lain ke apa ke itu belakang cerita. sekarang yang paling establish kukuh ekonomi memang aku seorang lah kan. and i'm glad i made my purchase sebab lepas tu papa jatuh sakit, dan it was difficult to use wira sebab dia rendah and my dad's size didn't help especially bukaan pintu wira comel ajeee. 

maka itulah cerita serba sedikit tentang kereta aku. don't give me your sympathy, aku tak mahu rasa sedih dengan keadaan hidup aku yang sangat sederhana - aku tak mahu ada rasa tidak bersyukur. family aku biasa sahaja, tak mampu nak tolong belikan kereta mahupun hulur modal whatsoever. nanti akan ada rasa sedih dengan family sendiri, so aku tak mahu. no sympathy, aku lebih gemar difahami keadaannya.

ah sebenarnya aku nak cakap aku geram dengan proton. kawan-kawan, mari kita boikot proton sebab product dia hampeh. kalau lepas ni proton bagi surat nak saman aku sebab burukkan mereka pun aku tak heran. hang repair kereta aku bagi elok meletop tip top baru aku puji hangpa menggunung, ara faham?

and sebenarnya aku nak cerita tadi lecturer puji kerja aku dua minggu lepas. lepas dah bertahun meninggalkan dunia pelajar, otak pun dah berkarat - jadi aku dah bangga sangat la dapat 20/25. cerita pada mama, mama macam biasa tanya siapa dapat markah lebih tinggi, dan apesal aku punya sikit sangat, nape tak dapat lebih lagi.

haih sedih. tapi hakikatnya, buat apa nak sedih. mama's reaction is normal. dari aku kecil memang begitu. my parents are just like that. paling sedih bila orang melihat aku berada di situ kerana aku guna nama orang besar semata. paling sedih bila orang beri reaksi urusan aku menjadi mudah kerana aku bawa nama orang besar semata. paling sedih bila aku cerita orang puji aku bagus, orang kata saja nak ambil hati aku sebab nak ambil hati orang besar. 

now i understand how anak orang besar rasa. no matter how good you are, people are looking at you as if you are nothing. betul, pakcik banyak bantu saya. saya sangat berterima kasih. cuma saya harap orang melihat saya kerana usaha saya. kerana siapa saya. kalau benar pun saya di sini kerana pakcik, saya teringin kadang kala diberi sedikit kredit untuk usaha saya juga.

i just want to be myself. the beautiful me. and i want them to see. apparently, they don't. haih.

mengalah.

dalam masyarakat kita, kita sudah diajar supaya yang tua sentiasa mengalah dan yang muda harus menghormati sama yang tua.

kalau dah kerja asyik aku nak kena fikir, nak kena buat, and aku jugak kena ke bilik dia aje - letihlah makcik macam ni.

haih. ingat, yang tua kena mengalah.
yang tua kena sabar.

ye, aku tua. fineeee.

Wednesday, May 2, 2012

it's good to know.

if you want to be complimented for having good second language proficiency, talk to people who don't teach it. I've always been told that my English sucks, it makes me feel so low and sometimes depressed - but today someone has told me otherwise. 

she has really made my day - my life actually. and i complimented her for being such a nice and humble person. hope she will remain to be that way forever. nice people do exist, faith in humanity restored bahahaha. heh definitely going to invite her to my wedding.

anyone who has helped me in my process of having my masters, is worth to be invited; i would rather have them at my wedding than my relatives who are not more than just ____ (you fill in the blank yourself).

maybe when i was studying for my degree, it was a small place. i don't have many lecturers with phd. i used to call them madam or sir, so now i'm adjusting. it's good to know that here, everybody is so helpful. orang besar orang kecil semuanya okay belaka. what a correct choice i've made to study here.

so far, perjalanan menyambung pelajaran adalah mudah. mohon dipermudahkan sampai habis, sampai sambung phd pulak ke hik hik hik berangan nyawwwwww. aku doakan, sesiapa sahaja yang telah membantu aku dirahmati dan diberkati selalu.

dan semoga urusan mereka juga dipermudahkan Allah. 

Dari Abu Hurairah R.A. katanya Rasulullah S.A.W. bersabda: “Siapa yang menolong menghilangkan kesusahan orang mukmin, Allah Taala menghilangkan pula kesusahannya di hari kiamat kelak. Siapa yang membantu memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah memudahkannya pula di dunia dan akhirat. Allah sentiasa menolong hambanya selama hamba itu mahu menolong saudaranya. Siapa berusaha mencari ilmu, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Bila suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah (masjid) lalu mereka membaca Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, diturunkan kepada mereka ketenangan dan diselubungi mereka dengan rahmat. Mereka dikerumuni oleh para malaikat dan Allah menyebut-nyebut dengan bangga kepada orang-orang yang di dekat-Nya. Sedangkan orang yang lalai beramal, ia tidak akan dapat mengejar ketinggalannya dengan gelar kebangsawanan nya.”
          (Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2322) (source)

silence is golden.

dalam hidup  ni, if you don't have nice words to say to others - my advice is you'd just better shut the mouth up. 

heh entri macam emo. tapi taklah emo mana. aku cuma cakap berdasarkan observation. orang kita, kalau becok tu, becoklah sangat pulak. sampai kadang benda tak perlu cakap pun nak cakap. nak cerita habis semua dekat orang. nak nasihat sana, nasihat sini. konon ambil berat. tapi hakikatnya, percakapan itu menyakitkan hati orang. jadi kat mana yang konon kau ambil berat kalau daripada awal hati orang tak pernah difikirkan?

orang kita, kalau konon dah berkawan baik tu, semua nak dilanyak. rasa apa sahaja okay. nak cakap apa pun takpe. sebab kawan baik. kawan baik pak hang la kalau asyik dok tanya bila aku nak kahwin, dok cakap dosa pahala semua tak elok kawan lama-lama, nikmat dah kahwin neh lain bla bla bla padahal sebelum ni hang bercinta sakan jugak. cuma nasib kau baik sikit je dapat kahwin dulu daripada aku. kalau hang dah kahwin, tak bermakna hang lagi bagus daripada aku.

yang makcik-makcik pun samalah. dua kali lima. lagi satu orang kita suka sangat tegur pasal saiz badan, berat badan bila jumpa. macam dah takde modal lain sangat dah. bosan weeehhh. kalau jumpa mesti tanya dah kahwin ke belum. kalau belum bila nak kahwin pulak ditanya. ingat aku tuhan ke nak tau takdir aku cemana. kalau tak pasal kahwin, pasal berat badan pulak. suka tegur aku gemuk, makin berisi, macam tong, bagai dipam-pam bla bla bla.

kadang aku tak tahan sangat, aku jawab je - gaji banyak of course la makan pun kena banyak. yang kurus neh orang miskin je. kalau tak miskin, bela hantu raya makanan semua pi kat hantu belaan. eeeee geram geram aku memang geram.

pointnya, aku memang sedar diri. tapi aku tak perlukan orang-orang tak berkait nak tegur aku macam-macam sangatlah. pi jaga laki hang lagi bagus heh. 

dah aku nak bersiap. kalau pikir pasal orang yang akal senteng neh, boleh up terus darah aku bahahaaa. tak, aku tak emo. aku cakap je.

aku kan becok.

Tuesday, May 1, 2012

tentang keterbukaan, tentang jpo, tentang jb.

nak cakap apa lagi pasal bersih, tak guna dah. mungkin ada benar niat disebaliknya, namun niat tidak menghalalkan cara. kau provoke orang, orang sental kau. so siapa yang salah? pada aku dua-dualah. sebab dua-dua tidak matang, tidak rasional. dalam kes ini, aku tak boleh nak kata aku berpihak pada mana-mana pihak sebab dua-dua pun sama saja. yang dia boleh kata nak defend diri, dan pihak yang provoke akan kata kami cuma cakap aje tangan tak guna. tapi pernah tak mereka dengar bahawa ucapan bisa membinasakan dan tangan biasanya bertindak lebih sudu daripada kuah bilamana hati sudah mengatasi akal. masa kami adik beradik masih kecil, papa selalu bilang jangan provoke satu sama lain sebab nanti mesti gaduh berguling-guling, sudahnya memekak menangis meroyan satu rumah.

whatever it is, berdamailah. kita senegara. takkan ada lagi tanah tumpah darahnya selain yang ini. jangan mudah dipengaruhi. ada akal, ada pelajaran. kenapa mesti tunduk membabi buta. babi pun tak buta, tahu? heh.

walaubagaimanapun, orang dok sibuk-sibuk bersih, aku sibuk-sibuk bercuti. seronok walaupun migrain macam tahi dan panas dan letih dan cuma sekejap sahaja. seronok bukan kepalang. mahu lagi ke jpo membeli belah dan melicinkan duit. siapa kata jpo hanya untuk orang kaya? untuk orang sederhana macam aku pun boleh je. cuma janganlah kau masuk butik-butik macam coach, bonia, micheal kors semua tu. yang tu pun aku cuma sekadar jeling-jeling manja je. but since aku pun not so into such things, maka aku enjoy la dengan benda lain.

la senza ada jualan 3 bra cuma rm99, it's a must buy okay. ikutkan hati macam nak borong macam-macam lagi kat dalam tu sebab rambang mata tapi mujur akal berfungsi lagi bahahahaa. dan aku beli cincin rupa kermit warna gold sebab dia 80% less than the normal price. gila kau dah less that much tak grab dahlah unik dan kegemaran aku froggy neh hihi.

ada walking shoes yang menarik hati nak beli tapi aku sabarkan aje tak begitu mengikut nafsu. and levis, kau memang murah tapi apehal kau mendiskriminasi orang plus size macam aku haaa? mensik tau. tunggulah lepas aku dah kurus surely aku borong banyak-banyak hohoho. 

all in all, jb neh bolehlah tahan jugak cuma jalan je aku palau sikit. signboard tidak begitu menyeluruh dan membantu sangat, dan senibong punya seafood village - you guys really have to improve la. parking sucks, kedai sucks, serving time sucks. maybe it's time to start developing that area. tapi coconut shake sumpah awesome. sedap gila bau vanila semerbak ah. eh and bazar kat tengah town is a bad idea, especially if there's not enough parking space. macam harem nak park. danga bay (some may pronounce is DANG-GA, duhhhh) biasa-biasa jela. if you are amused to teens dancing to the loud music from their car feeling-feeling disco getu - tempat ni ada menyediakan pemandangan begitu.

jb is awesome kalau kau tahu mahu ke mana dan bagaimana ke sana. next time if i plan to go there again, haruslah aku nak terjah aeon mereka. because that will complete my tour to all jj in malaysia. 

what an ambition, huh?