Wednesday, September 23, 2015

jangan macam-macam laa wehh.

finally, after few busy weeks, today macam rileks sikit. ada je kerja, tapi bolehlah lagi cari masa membebel kat sini haha. ada beberapa perkara nak cerita, so i'll do it in numbers la. senang nak baca hohoho.

1. at my workplace, program mentoring ni wajib. kalau kau tak turut serta aktiviti, nanti tak cukup markah lepas tu gagal. thank god this semester program mentoring cuma 3 kali berbanding sebelumnya 6 kali kena jumpa dalam masa 12 minggu gila ke hapa macam aku takde kerja lain hahaha. so kalau ikut perancangan, 19/9 aku nak buat aktiviti pertandingan memasaklah konon. sekali minggu tu jerebu teruk, maka aku batalkan program sabtu, aku buat perjumpaan on friday instead. tapi ada student tak datang, and hari ni baru tunjuk muka selepas mendapat tahu dia gagal. alasan demi alasan kau bagi eee gerammnya rasa nak pijak je hahaha. ada ke bagi alasan takde kredit, kawan tak inform, kelas padat tak sempat nak jumpa nak tanya. duhhh. since bulan ogos aku habaq last perjumpaan 19/9, tak ke kau pelik tetiba 23/9 datang jumpa bitau kau, saya tak dapat maklumat apa-apa pun puan buat aktiviti; kawan saya tak cakap apa-apa pun. baik kau datang tahun depan je tanya, 19/9 tahun gajah haritu ada mentoring tak hahaha. lepas tu nanges nak aje aku telungkup muka dia dengan kain telekung aku ni huarrrghhh. ni dah gagal baru nak datang jumpa, tahu pulak kau takut yerrrrr hahaha.

2. ada lagi satu kes kelakar, yang aku rasa macam tak masuk akal langsung. harini tarikh akhir untuk hantar borang permohonan tabung infaq. jumaat lepas aku dah collect borang untuk aku sahkan, and bagi ulasan as mentor. lepas tu aku pesan, siapa lagi yang nak hantar borang, hantar kat bilik saya nanti. minggu depan baru datang ambil. on monday, aku dah maklumkan dalam group boleh datang kutip semula borang, and semua dah datang ambik. tetiba petang semalam, aku dapat text, student tanya borang dia mana, dia datang bilik aku borang dia takde. seingat aku, memang aku takde terima pun borang dia tu, so aku tanya dia bila dia hantar. dia jawab, jumaat. okay. aku dah pelik sebab kalau jumaat kenapa aku tak dapat. memang dia ada text aku jumaat petang, tanya pukul berapa last hantar borang, and i said at 5 p.m. so bila takde borang dia, aku assume dia tak berminat nak memohon la kot. aku tanya balik, you hantar kat mana? kau tau apa dia jawab? dia hantar kat kelas kosong wehhhhh. kelas kosong! bukan bilik akuuuuu. ya rabbbb. tak terjangkau akal - punyalah tak logik kau boleh hantar borang kat kelas yang tak ada orang, kau letak atas meja what the fishhhh hahahahaha aku terbahak-bahak gelak pikir aiyoooo apesal laaaaaa kau ni badigol sangat hahahaha. dia kata kawan dia cakap hantar situ. nak je aku tanya kawan kau tu memang nak pedajal kau ke cemana ek hahahaha. of course la lepas tu pergi cari balik, borang tu dah takde. mesti acik cleaner dah buang sebab dia ingat sampah huuhuhu. sorry la dik non, hakak tak mampu nak tolong hihihi.

3. student ni, bab belajar, bab buat esemen semua kalau boleh nak hantar lambat. tapi bab carrymark kemain kau kannnn semua nak laju je. kengkonon nak target untuk exam. seingat aku masa belajar dulu, sekali je aku tau carrymark aku. tu pun ciput gila siap lecturer cakap u will probably fail my subject terus aku menangis-nangis cam orang gila nak berhenti belajar terus bahahahaha. lepas tu, sumpah aku tanak tau langsung berapa aku dapat hahaha sebab trauma. mampus laaa lecturer nak tampal ke tak ke, aku tanak tahu. students ni semalam hantar assignment, harini nak tau markah. kau ingat kerja aku memang marking paper kau je eh? dengan tulisan macam menulis pakai kaki, berair mata hakak ni nak baca tau. nak je hakak suruh kau makan kertas esemen kau ni, dik. dah macam rupa belacan aku tengok. dengan siap ada kesan sambal wehhhhh! ni nak tunjuk kau memang semangat buat kerja aku ke cemana ni hahaha.

ni contoh. hantar esemen, selak-selak, ada lalat. 
epic tak? hahahahaha.


cukuplah untuk hari ni. panjang plak aku tulis hahaha. nak pergi kelas. ye, aku masih ada kelas walaupun esok raya hohhhh. nanti rajin aku carik lagi benda-benda yang student buat aku terhibur heheheh.

p/s: cemana pun diorang ni, aku taklah benci ke hapa. aku cuma manusia biasa okayhhh. ada time rasa bengang, ada time rasa sayang. love-hate relationship gitewwww hahaha. selamat hari raya korang! 

Monday, September 21, 2015

Handful.

Banyaknya kerja. Rasa macam kalau boleh nak belah-belah badan ni bahagi sana sini huhu.

Pagi-pagi dah kena hadap bos merempan, gila sakit jiwa ke hapa. It's almost the end of september, yet she is still here. Kata nak blah, tapi awat dok ada lagi ni hahaha.

Nak raya tapi takde mood. Dok pikiaq nak cuti je ni. Gilalahhh sangapnyaaa bosan dah kerja haha. Lagi nak muntah kena marking beratus-ratus skrip jawapan. Bluerghhh.

Stress tengok tulisan student. Hishh.

Saturday, September 5, 2015

Being in the office on saturday.

It's no fun to work on weekends. But today is exceptional. In fact, i love coming to the office on weekends.

It's very quiet, i can focus more on my work without having to make small talks with colleagues or being interrupted by students coming to my room.

I don't have to teach; no class on weekends so no need to teach. I can just do my work unrelated to teaching. Telling you, there are lots of works to be done. I am in charge of selling the textbook (talking about calculating, againnnn), and i am in charge of department activities that also deal with money. Hahaha dahlah bengap maths, but end up aku jugak kena deal with the numbers.

And only today, i get to clean my workplace aka my working area aka table. Sepah gilaaa baq hang. Sampai cari dokumen pun tak jumpa lol i am super bad in doing filing stuff. Feels so good tengok meja lapang hahaha. All this while, cluttered with papers and i don't know what haha.

So i would say, i love working on weekends. I can have the time to myself, quietly and peacefully settling whatever needs to be settled.

But now tak quiet sangat, sebab aku bawak my baby tua aka my husband, so dia tengah main game on my laptop while i'm doing my work. Riuh menjerit-jerit terkejut aku hahahah.

Okaylah, time to do something else than work. Happy weekend, people!

Friday, September 4, 2015

bila kau bengap matematik.

selamat kembali diucapkan kepada diri sendiri. hikks. minggu lepas aku berpergian ke langkawi atas urusan kerja. tak seronok baq hangggg sebab bukan dapat bercuti pun huhu. asyik-asyik lawatan ke HIG bapak bosannnnn hahaha.

masa kat sana, aku kena food poisoning aku rasa. membuang keluar minyak kaler merah, kau rasa? aku punyalah panik kot aku dah kena sumpahan tanah mahsuri hahahaha. lepas tu baru teringat, aku makan tomyam sebelum tu, memanglah kaler merah hahaha. tapi apahal keluar minyak? gila ngeriiii. eh disgustingnya cerita hahaha.

banyak isu timbul sebelum aku ke sana. dalam waktu yang sama, aku ada satu lagi projek on-going. tapi sebab dah lama beli tiket flight, baru kompem projek ni, sorrylah memang tak dapeklah aku nak tolong. disebabkan aku ni bangsa bertanggungjawab, aku cubalah selesaikan tugas sebanyak dan sebaik mungkin. tapi apakan daya, niatku disalahertikan dan dipertikai lantas dituduh tidak menghormati unit lain. lepas tu mampus laaaa korang aku malas nak cakap banyak, aku pun fly lah ke langkawi.

masa kat sana, baru sibuk-sibuk nak contact aku etc. mintak aku buat itu ini sedangkan benda tu aku dah cuba nak selesaikan sebelum pergi tapi kau cakap aku macam-macam kan? lepas tu aku kat tempat orang, kau nak suruh aku buat macam-macam. nak aje aku antar santau hangen kat dia hahaha. aku memang tak respon la, sebab aku rasa inappropriate untuk dia mengarah aku sejauh itu sedangkan ketika aku di sini, kau tak bagi aku selesaikan kerja aku. so, mendapeklah kau kannn.

tapi kalau dah nama insan mulia (haktuihh), balik sini aku buat jugaklah kerja tu bagi selesai. tapi disebabkan buat dengan huru hara, sekarang ni aku dah terlebih belanja huaaaa nangisssssss. mujur lebih tak banyak, maka aku infaqkan lebihan tersebut, dengan niat - semoga apa yang kot aku terkurang bayar tu, Allah terima harta aku yang sedikit ni huhu. semuanya gara-gara aku salah sifir. 15 x 2, 30. tapi aku terkira 60. tu baru satu unit. aku tersalah dua unit. nangessss lagi disitu. kecik je amaun, tapi besar kesannya pada aku.

mungkin Allah nak hantar signal, lain kali jangan berlagak mementang kau pandai bahasa inggeris, jangan lupa matematik kau bodoh hahahahah.

ok, insaf. jom belajar mengira ye. 

Thursday, August 20, 2015

Musim.

Demam, but getting better. Plan nak ganti kelas sebanyak mungkin minggu ni gagal. Benarlah bahawa kita hanya merancang, tapi Allah tetap the best planner of all.

Rentetan perjumpaan dengan parents pelajar. Perjumpaan tu buat aku rasa lebih tertanya-tanya. Ini kes ketiga aku melibatkan pelajar bermasalah mental. Daripada tiga, dua kes adalah pelajar anak sulung, mak surirumah. Satu kes tu aku tak ada ambil tindakan sebab budaknya pasif, dan dia okay as long as dia makan ubat. Cuma persamaan antara mereka bertiga - pandai. Very smart, excellent students dari kecik. Kadang tekanan bukan dari luar, tapi diorang sendiri push themselves to the brim, then they break themselves. And the problem begins.

Kes pertama, budak ni rebellious. Kerana terlalu bengang dengan mak dia yang asyik nak good grades, dia melawan dalam diam. Memang dia belajar, tapi dia melawan tang lain. Suruh solat, tamau. Suruh mengaji, tamau. Syaitan pun amik peluang. Suara halus menjadi nyata, bayangan menjadi-jadi. Budak ni lompat dari balkoni. Tapi Allah sayangkan dia, dia sihat dia okay. But problem doesnt stop there. Dia cakap pada aku, dia malas solat sebab bila dia solat 'benda' tu ejek-ejek dia, kacau dia, pukul dia. Tengah cakap dengan aku kat bilik, dia tunjuk belakang aku - tu, dia tengah ejek saya. Kau rasa? Nak nangis tak? Hahaha dahlah berdua je.

Masa perbincangan dengan mak dia, we pushed her so much because she was so quiet. Dia biar mak dia je bercakap, sedangkan kita nak mak dia tau yang anak dia ni ada isu. Last-last dia emo, then baru mak dia dapat dengar luahan hati si anak ni. I advised dia tukar course, yang sesuai dengan jiwa dia bukan course yang mak suruh amik. And now she does well, alhamdulillah. Bukanlah aku yang berjaya selamatkan budak ni, it was teamwork from all. Tapi nak cakap, betapa pentingnya for her to have someone who could really listen to her problems. Kalau bukan cikgu ni nak dengar, siapa lagi? Her friends judge, cakap dia gila, takut nak kawan dengan dia sebab dia nampak benda huhu.

Hakikatnya, aku pun takut hahahaha. Tapi pura-pura berani je. Benda paling buat aku rasa berbaloi fighting for her is when she said - thank you for helping me out. Kalau bukan sebab miss, saya mesti betul-betul jadi gila. Tenkiu, miss.

Terharu, baq hang. Jadi cikgu ni bukan mengajar je. It needs more than just that. I am glad i was there to help. :)

Monday, August 17, 2015

kawan ajelahh.

hahaha cerita emo yang lepas, kesudahannya aku pergi jugak beraya rumah diorang. sebab laki aku kata, tak baik.. lakinya orang baik. maka aku redhakan aje, walaupun hati ini dilukai ecewah kemain kau kannnnnn padahal dah tua-tua nak terasa mendanya hahhah.

gila kau pergi rumah orang kaya, 1.3 juta beli rumah. telan-telan air liur aku mendengarnya. tak, bukan orang tu riak cuma menjawab kitorang tanya berapa harga rumah dia beli hahaha. dengar saja nombor, terus rasa nak menangis airmata darah. sekarang apehal rumah mahal sangat? biadap betoi harga tak pikir langsung perasaan rakyat marhaen macam aku ni hahahaha. laki dia memang la kelakar, and still the same old person yang aku dah kenal selama belasan tahun ni. walaupun duit berkepuk, alhamdulillah Allah bagi dia sifat rendah diri dan kelakar nak mampus macam dulu-dulu haha. in fact dia ni kawan baik abang ipar aku aka abang laki aku. tapi sebab laki aku ni memang share kawan-kawan dengan abang dia, so end up jadi kawan laki aku jugak la. diorang pun selalu main basket sesama, aku plak selalu menyibuk tepi court ala-ala cheerleader pom pom girl la eh gedik jugak aku rupanya dulu hahahahahahhaha.

tujuan aku menulis entri harini sebab nak bagi izzie seronok sikit hahaha. aku banyak kerja *alasan*, tapi biasalah monday blues *alasan jugak untuk setiap hari isnin untuk berpoya-poya hahaha*. next week kitorang laki bini akan ke langkawi selama empat hari sebab ada konferens huwaa nanges nak ganti kelas. aku tak present paper, tak jadi participant cuma ikut laki je hahahahaha takde tokoh ahli akademik langsung sebab malas nak present. tup-tup last minit opis laki aku decide nak lantik aku jadi mc - rezeki ke bala tatau la hahaha. lama dah aku tak buat kerja-kerja mencapab ni hihii. so orang langkawi, ada sesapa nak bawak aku pergi idaman suri and hig tak? bahahahahahahahah. dalam kepala nak shopping cadar and frying pan je. cadar idaman suri is the bestttttt. kain cotton tak berbulu, sarung bantal dia kasik empat terus, harga haruslah murah i loike!

petang satgi ada meeting, nak jumpa parents kepada pelajar bermasalah. kesian uols, muda-muda dah ada masalah jiwa. uols awasi lah anak-anak ye. tak salah nak anak berjaya dalam bidang akademik, but you need to know when to stop pushing. masalah pelajar ni, dia kena high pressure from the teachers and parents, and now wayar putuih terus apa pun tak boleh. kesianlah bila anak yang bijak akhirnya rosak sebab tak tahu macam mana nak handle kebijaksanaan anak tu. and telling you, this is not the first case. sudah banyak kes kami terpaksa lalui dan tangani yang kesudahannya memang menyedihkan. 

eh daripada happy terus suram nada hahahah. izzie, hang happy dak aku buat entry baru? hahahaha.

Saturday, August 15, 2015

Nak kawan ke tak nak?

Kau ada tak spesis kawan yang pasangannya sangatlah kau tak berkenan? Somi aku ada kawan sorang ni. Memang baik. Diorang ni kawan dah lama. Dan memang kawan ni dah bercinta dengan pompuan ni lama la jugak. Disebabkan aku pun bercinta lama dengan somi aku ni, makanya aku dengan gf kawan somi aku tu pun kenal lama la jugak eh peningnya apa aku cakap ni haha.

Dipendekkan cerita, aku memang tak ngam dengan gf now wife kawan laki aku ni. Dia memang sangatlah tak friendly, especially if u are nobody. Nobody nobody tu aku la hahaha. Masa diorang bercinta dulu, haram nak ditegurnya aku niiii. Fine, malu kot. So aku tegurla dulu buat-buat mesra. Punnnn haram tak dilayan hahahaha malangnya rasa tersua-sua sangat.

Masa diorang kawen, somi aku bawakla aku n adik dia. Masa ni kitorang tak kawen lagi. Masa salam penanten aka pompuan ni, memang dia bolayan je aku adehhh memang nak kena carut betoii pompuan ni haha. Masa abang somi aku kawen, masa ramai-ramai nak amik gambar, dia tolak aku ketepi hahahaha biadapnya lahaiii.

Ni laki aku ajak pergi umah dia. Bercampur baur perasaan sebab asben dia sangat baik, kami dah kenal lama tapi bininya hermmm sadisss. Masalahnya dia okay dengan somi akuuu haiyo. Anak dato katakan. Aku ni dahla tak cun, kaya jauh sekali laa.

Somi aku kata, at least masa kami kawen, dia tak tolak aku ke tepi, dan amik gambar bersama dengan kami laki bini. Errr u don't say? Dah aku penanten apekejadah nak tolak aku pulak hahahaha.

Dah, nak sambung sakit hati. Bye.