Saturday, June 30, 2012

accommodation skills.

i'm not gonna talk on accommodation as in the lodging punya makna. aku nak menulis pasal how a person yang buat business based on servicing MUST learn how to accommodate the clients. sebab aku dah banyak kali merasakan diri ini sebagai client menjadi mangsa keadaan.

jangan melatah, aku bukan nak menyalahkan mana-mana pihak. sebab aku pun well aware that sometimes customers pun can be very bitchy. kadang rude. macam-macam kes lah kan. but that doesn't mean you yang memang kerja sepatutnya bagi service kat orang ni menyamaratakan semua pelanggan.

as much as you do not want to be generalized sebagai entrepreneur yang tidak beretika, kami pun sama. clients rasa sangat tidak adil bila clients dah behave, sangat berbudi bahasa tapi dilayan macam tahi. we pay you, okay. ha mula dah angin marah-marah lalu mengungkit bahawa periuk nasi kau ditentukan oleh kami; well, part of it.

of course lah rezeki tu Allah yang tentukan but then haruslah datang dengan usaha juga. kau buat service macam tahi, takkan kau expect tuhan nak bermurah hati dan jadikan jutawan? tak kannnnnnn.

so tolonglah punya etika kerja yang bagus. meh nak mulakan kronologi kisah aku ni. beria panjang mencoret berceloteh tapi kalau orang tak tahu pucuk pangkal boleh mati pucuk jugak ye dak eh ehhhh ke situ pulak bahahahaaa.

kisahnya gini. aku pergi renew road tax and insurans on thursday. kalau menurut kata agent, friday dah boleh dapat. fine, happylah aku sebab insurans and road tax due nya today. tetapi, up till now aku masih belum dapat dokumennya, sedangkan payment dah buat. janji nak call bila dokumen dah ada, hampehhhh. semalam aku pun gigih menjenguk pejabat agent, dalam pukul empat cenggitu. katanya nan ado tak  sampai lagi. opis tutup pukul 6. so okaylah, and plus hatiku sedikit sejuk bila dia kata sabtu opis bukak. dia kata akan call bila dah ada.

mak pun malas nak argue. yelaaa orang tu dah buat kerja kan, lagipun bukan jenis aku la nak meroyan-meroyan. i decided to wait until today. by noon, nothing. so aku pun mulalah menjadi cacin kepanasan. i then call the agent, just to get the answer document tak ada lagi. semalam mat despatch tu eksiden, tak dapat nak deliver.

fine. orang ditimpa bala. innalillahhhh. tapi kau keja deal dengan legal document kot. takkan takde orang lain yang boleh hantar? kalau aku, kompem aku turun padang walaupun aku boss. sebab kau business deal dengan dokumen penting, takkan kau expect clients nak faham semata alasan tu?

wtf, man.

dan yang paling menyirap bila aku tanya pukul berapa agak-agak today boleh ambil. aku ada hal after zohor. dia boleh jawab acuh tak acuh entahhhhhh. adoi pantang tok nenek aku kalau kau bagi jawapan entah ni. hello, kau patut make sure la what time. aku client okay, dan keja aku bukan nak hadap menanti menadah tangan menunggu semata. at least bagi la assurance sikit. dan esok pejabat tutup. roadtax aku last today kot.

wtf wtf wtf.

aku rasa aku dah deal dengan cukup behave kot. i didn't curse, i didn't yell. but seriously, aku rasa that agent should apologize for the late, and paling penting call me on friday to let me know that the document is still pending to be delivered. at least, keep me update. i just want an apology. kau kerja bagi service, so haruslah kau make sure clients berpuas hati bukan buat muka toya, suara dan jawapan acuh tak acuh as if aku yang tak penyabar nak tunggu.

memang itu bukan salah kau. despatch accident. but you should take the responsibility to apologize and keep the clients updated. because of you, agent - tak pasai aku kena berulang ampang bangi tahu?

if i know this would happen, dah tentu aku sign dengan agent yang salu aku buat tu. memang kena bayar extra but she delivered it on my door step, by hand. dah jadi macam ni, sama je kos aku berulang.

wtf wtf wtffffff.

konon nak jimat jadi camneh pulak. haihhhh. bukan rezeki gamaknya. next mission: nak dapatkan geran ori from the bank. kalau bukan sebab road tax ni dah confirm i don't have to endure this heart attack.

Friday, June 29, 2012

dasar gedik.

hohoho today aku mahu berperasaan gedik. semalam, aku tidak dapat tidur. tadi, dapat jumpa buah hati, tidur petang aku pun sakan dah macam kayu balak. see, how significant he is now?

tadi cubaan nak tidur before zohor, gagal sebab asal mata nak lelap, batuk pun kunjung tiba sampai sakit-sakit rusuk aku dibuatnya. pernah tak kau batuk sampai pinggang pun macam nak putus? kepala macam nak meletup? rusuk macam patah riuk? ecewahhhh gaya nak ganas je tapi macam tu lah aku rasa tadi.

tambah pulak dengan mual amboi kalau mengandung alahan begini, haruslah aku berfikir panjang sebelum mengandungkan diri eh ehhh hahahaa. tak yakin boleh go through that phase tanpa mengomel dan mengeluh. dah berdosa tak pasal haishhh. tapi itulah pengorbanan nak jadi ibu. soalnya, mampu ke? haaaa jawab jawab jangan tak jawab.

dah tak payah nak cerita pasal mengandung beranak semua la. yang utama kahwin dulu ehem. sebenarnya aku nak cerita, masa gagal nak tidur tu aku saja la surf internet, nak tahu cincin selalunya dipakai di tangan kanan ke kiri. kalau ikut selesa aku haruslah on the left sebab aku selalu akan free kan tangan kanan daripada apa-apa aksesori. plus tangan kiri jari dia kecik sikit bahahahaha nampak tak ada unsur jimat di situ?

dalam aku surf-surf tu, terbukalah satu page yang cerita pasal bertunang mengikut hukum syarak. adoi jahilnya aku sebab tak pernah ambil kisah. yang aku tahu, aku tak teruja sangat pun nak majlis bertunang beria segala ni. simpler is better. tak perlu mak nenek segala junjung adat ni kan membazir tu. lepas tu barulah aku tahu, antara kaedah bertunang adalah yang lelaki tanya pada yang perempuan and vice versa, ajak kahwin la pendek cerita; ha tu dah kira bertunang la.

bahahaha terus aku perasan gedik mak jemaahhh tersengih-sengih pikir, macam tu dah almost lapan tahun la aku bertunang? aku ni tunang orang la? omg aku ada tunnaannnggg hahaha dasar gedik kau nyahhhhhh.

sampai malam ni, aku terseronok sendiri sebab perasan sudah ada tunangan. meh lempang diri sendiri laju-laju bahahahaaaaa. okaylah uolssss, mak nak menidurkan diri. esok nak dating ngan tunang haruslah muka berseri-seri hahahahhahahahaaaaaa i can't imagine myself saying those words again and again.



tunangku. heshhh kau biar betul nokkkkk.
bagi menambahkan loya tekak semua (bajet ramai readers), nah aku bagi gambar gedik:

abate.

abate: to become less strong.

that's how i feel now. i'm down with coughing and vomiting. i've been vomiting since last night. but thank god, i feel much better now. less nauseated. it becomes worse since i cough pretty bad so macam dijolok-jolok tekak ni. perut pun bergelojak bergelora lain macam.

ditambah dengan tak ada selera makan, which means aku tak makan sangat; hidup bergantung pada biskut lemak sekeping dua - memburukkan keadaan. aku muntah air semata haishhh so helpless.

since last night was a sleepless night - the longest night buat aku, i decided nak cuti today and bergolek mengikut keperluan. dan aku rasa bp aku naik ni. pertama kerana aku pun tak sihat, kedua sebab risaukan kekasih yang pergi check up today. sejak dia kena bp tinggi ni aku sungguh bersedih hati sebenarnya. menjadi-jadi rasa takut kehilangan sebab papa passed away pun sebab kena stroke, gara-gara bp tinggi sangat huhuhuhu.

hope everything is fine with him. lindungilah dia, ya Allah. haihh sedihnya makkk nokkk.

Thursday, June 28, 2012

brrrrrrrr.



bila tak sihat ni banyak pulak gangguan perasaan. 
mentang-mentanglah duduk seorang haihhhhhh.

kadang sedikit terasa bila orang kata aku mengada-ngada, dah tahu sakit tak mahu makan. tapi dah nama pun sakit kan, manalah nak ada selera. lepas tu pulak duduk seorang, badan tak larat, nak berjalan pun menggigil-gigil. kalaulah orang faham bahawa aku ni tak sehat, betul-betul tak larat bukan sengaja mengada tak mahu makan. 

sampai satu tahap aku mengharap ada orang jaga aku time aku sakit. hantar makanan depan pintu. macam dalam drama baahahahaa fine tu gedik heh. doktor kata aku kena jangkitan paru-paru; terus macam terdiam fikir dari mana datang. aku ingatkan aku demam sebab aku stress dan penat. aku kalau penat sangat memang demam sejak dua menjak menua sikit ni huhuhuhu antibodi lembik nak makan supplement duit lagi hadoyaiii.

bulan ni poket berlubang sakan sebab kena renew roadtax n insuran. inilah bahana pakai kenderaan wehhhh. dulu papa ingatkan dah, tapi aku ingat papa jeles nanti aku tak tumpang naik motor dia dah keh3 tapi betollah apa dia cakap. bulan-bulan mungkin aku mampu bayar, tapi maintenance tu boleh ke? dah kena batang hidung sendiri baru padan muka.

haih apahal aku macam nak menangis pun ada ni. dasar lembik. sayu hati bila perut berkeroncong tapi selera tak ada kalau ada selera pun makanan tak ada. nak masak dah satu hal pulak. 

tak ada ke insan nak buat surprise muncul bawak aku pergi makan, ha? teringat zaman belajar dulu ada mamat nak mengorat tahu je aku demam terus sampai depan rumah bawak nasik dan sup tapi aku tak makan pun bahahahaaaa. gila kau entah kot ada jampi ke boifren aku nak letak mana pulak hihihi.

boifren i memang baik. tapi dia macam anak dara sikit. balik lambat tak boleh. merayap lama-lama tak boleh. keluar malam tak boleh. mengalahkan aku pulak heh. tuh yang leceh bila duduk sama family. tapi siapa kata duduk sorang macam aku seronok?

pun tak seronok. bila sakit tergodang menangis sorang-sorang kesedihan. syahdu emosi macam tahi. lapar lapar lapar haihhhhh. seronok tak kalau ada suami?

terbayang macam dalam drama. bila sakit, suami masakkan bubur dan suapkan. ecewaaaah. entah reti ke tidak laki aku masak bubur hahahahaaa. nak tahu kenalah kahwin dulu kan. haihhhh masoklohhhh sungguh la weeehhh.

Wednesday, June 27, 2012

talking about experience.

usia tak menjamin apa-apa.
yang penting, mahu belajar.

degree, it's just a piece of paper.
in class, you're not only teaching but educating.
they learn not only what is taught, but what they see and hear and experience.

nevertheless, most of the time, the students taught you more.

so janganlah perasan besar dan berlagak sangat.
we are all learning until we die.

 "the educated differ from the uneducated as much as the living from the dead" 
- aristotle

ha pilih.
nak jadi yang educated ke nak jadi corpse?



 *ihsan google

gambar tak ada kaitan apa pun. just suka tengok shoulder je.
i'm sooo into shoulders.

gila, kan?

is it wrong to be different?







saja mencuci mata.
i like rings which the designs are not common.

what about you?

Tuesday, June 26, 2012

terasa seperti dicerobohi.

aku sebenarnya tidaklah semesra mana. tambahan lagi, memikirkan mentaliti melayu yang suka berlonggok bersembang menyebar gosip, menjadikan aku semakin anti-sosial. aku kalau balik, tengok muka jiran pun tidak. kalau ada yang berlonggok depan rumah di tingkat bawah, selalunya aku hanya akan pass by tak angkat muka apatah lagi nak menegur. buruk ke perangai begini?

entah. sebab aku fikir aku duduk di sini sebab aku nak dekat dengan tempat kerja. dulu, sewanya okaylah tak mahal sangat. sekarang pun, walaupun dah naik sikit pada aku masih lagi yang termurahlah. dan aku suka rumah aku sangat sebab dia unit tepi. jadi tempat sidai kain memang best dan cahaya banyak masuk. plus, rumah sebelah tak ada orang, unit atas pun kosong jadi lagilah aku suka bahaahahaha.

dulu, masa mula-mula pindah, rumah depan my house kosong. memang aman dulu. rumah banyak yang tak berpenghuni. makanya, sunyi sepi dan bersih. sekarang, haih sedih. dan paling aku tak gemar, rumah depan aku adalah orang satu tempat kerja. gila tak ada privacy. tak suka sangat huhuh.

haih aku dah ada rasa nak pindah. tapi bila aku survey tengok harga memang tak mampu nak duduk seorang, tanggung seorang. terasa macam nak pindah jauh pun ada. bencilah ada perasaan macam ni.

haihhhhh. gedikkah aku wehhh?