Saturday, April 2, 2011

overrated malay wedding.

terus terang aku kata aku tak suka dengan senario masyarakat melayu sekarang, walaupun aku ini berdarah keturunan melayu walaupun bukan seratus peratus tapi aku taklah cantik macam pan asian yang lain ehh ehh melalut daripada tujuan asal pula hehehe. 

come on, siapa setuju bila aku kata documentary tentang wedding anak chef terkenal itu agak berlebih-lebihan? tolonglah, benda-benda sebeginilah kalau kita tak berhati-hati akan mengakibatkan lebih banyak lagi anak luar nikah di masa akan datang.

tak percaya? atau masih tak nampak apa kaitannya?

meh aku ceritakan satu persatu. tapi harap kalian jangan marah (as if ramai pula pembaca aku) sebab ini cuma apa yang aku perhatikan.

banyak orang tak kahwin sebab tak ada duit. ada, tapi masih belum cukup untuk memuaskan hati orang itu, orang ini. padahal miang gatal merenyam nak macam-macam dengan pasangan. sudahnya, merata anak kau buang. haih kalau nak beli kondom for protection pun tak mampu beli, mampu ke nak bagi hantaran ribu-ribu? fikirlah sendiri.

umur aku sudah agak lanjut. tapi masih bujang. kalian tahu apa soalan paling kerap ditanya? hurmm tak perlu aku jawab sebab aku rasa itu sudah diketahui umum.

setiap kali soalan begitu diutarakan di muka aku, jawapan aku masih sama; 'mahu sponsor?' sebab baru sahaja aku sebut majlis aku nanti aku idamkan yang ringkas-ringkas, terus aku dihambat dengan hujah-hujah bangang yang semuanya melibatkan duit.

all that my people care is how the wedding would be. without thinking that it costs you a lot just to get married, according to malay customs and traditions. while in Islam, it is as simple as you can think off.

and that's why i am not married (yet). *cehh alasan*

seriously, sekarang nak kahwin, kalau hantaran kurang lapan ribu orang ingat kau anak tak dara aka buah kelapa bocor. tak pun bakal suami kau kemut duit atau tak reti menyimpan. dah macam jual beli barang dagangan. sakit hati juga bila fikir-fikir sebab kau neh nak bina masjid, tapi yang orang kisahkan adalah tanggapan orang tentang majlis kau.

bukan erti kata perkahwinan sebenar bagi aku. because pada aku (ini akulah kan you all aku tak tahu), wedding is just a one day or maybe two-day ceremony. but marriage is forever (InsyaAllah). banyak lagi yang kau nak kena uruskan dan beli itu ini selepas majlis jadi kenapa beria benar berhabis duit untuk majlis yang rukunnya cuma lima: suami soon to be, isteri soon to be, akad, wali dan dua saksi. jadi tang mana hantaran dan majlis harus gah wujud dalam masyarakat?

telan air liur aku bila dengar ibu saudara kata, 'kalau di tempat kami, sepuluh ribu tuh biasa-biasa je. dah common'. mujur aku orang sini hahaha.

entahlah, benda ini sangat subjektif sebenarnya. aku tak halang kalau betul duit kau banyak sangat. tapi bagi aku yang duit itu ada tak ada, susahlah kalau hidup asyik nak bersaing dengan orang. aku tak reti nak berlawan siapa lebih neh. because that's absurd, okay.

tapi berbalik pada perihal chef terkenal itu, takpelah. aku faham kalian banyak duit. cuma macam lucu hampir botak bapa berbelanja demi anak. harapnya kekal sampai matilah ye. ataupun sempatlah balik modal ke hahah eh jahat la weh.

cuma aku nak cakap, apa yang digambarkan dalam dokumentari tersebut cuma mewakili golongan atasan dalam masyarakat kita je. kau gila ke apa aku nak buat malam berinai siap ada belly dancers. mampus bapak aku bangkit dari kubur nanti.

haha. 

okay, tak kelakar.

ah whatever. 
so let me ask you again, nak tak sponsor ai kahwin? 
ai dah gatal sangat dah neh hahaha.

8 comments:

  1. manusia suka menunjuk kan. boring.

    aku suka perkara yg simple dan tak mudah dengar nasihat org. boleh dengar tp keputusan adalah sendirian berhad.

    tak faham kenapa nak membazir wang dan menunjuk gah untuk hari yg mulia. perkahwinan adalah sesuatu yg indah khas untuk dua insan itu.

    okay. aku doakan kamu cepat bertemu jodoh. oh kalau dah sampai jodoh jgn jemput 'artis'. nanti they steal ur thunder. haha ;D

    ReplyDelete
  2. nak menunjuk-nunjuk, surat hutang lepas tu tak larat nak sorok hahaha.

    ReplyDelete
  3. eh lupa plak. terima kasih doakan aku cepat bertemu jodoh hahah malu blush2.

    ReplyDelete
  4. I agree with your post here. Sekarang ni, wedding jadi macam medium untuk menunjuk-nunjuk kemampuan seseorang tu.

    Perkahwinan yang sepatutnya simple, ringkas dan wajib, jadi amat complicated dan membebankan. Tak cukup duit nak bayar segala adat dan tradition, pergi buat bank loan pulak.

    Lepas tu marriage jadi porak peranda sapa nak bayar bill, sapa nak bayar hutang.

    I don't give a rats ass kalau orang tu nak buat reception grand tahap raja, tapi aku tak suka bila orang membanding-banding kan my own wedding dengan orang orang yang macam tu.

    It's my wedding kan, suka hati aku la nak makan pakai pinggan emas ke pakai daun pisang. Why does it concern you??

    You know, aku betul betul tertekan sebab just because I'm marrying a foreigner, a grand wedding of the year is highly expected. Ingat sebab dia bukan rakyat Malaysia, dia ni tukang cop duit ke??

    I've finally convinced my family that we want a simple wedding because we are being logical dan we don't see the NEEDS of spending extra moolah untuk resepsi yang tak sampai seminggu orang dah lupa.

    We have a life (together) to support.

    Kalau orang lain nak buat majlis sampai beratus-ratus ribu, lantak pi la diorg, biar diorg tanggung, tapi jangan sesekali compare my reception with theirs.

    Nak compare akal fikiran tak pe.


    Wah, emosi gila aku ni. LOLOL

    ReplyDelete
  5. haha now i know where to ramble bila stress hal kahwin. you! hahaha.

    pakcik makcik aku lebih sudu dari kuah. tah pape sebab rumah aku dah mak aku renovate cantik pun bleh jadi point suruh mau aku demand hantaran tinggi wth. tak relevan, kan?

    kau tau aku buat apa? sound awal-awal kat pasangan kalau datang meminang don't be surprised to see my mom does the talking and what not sebab aku dah pesan kat mak aku, forbid them for coming to my majlis hahaha.

    which tak tahu la akan menjadi realiti atau tak.

    tapi yang pasti wedding aku takde la sampai tiga hari tiga malam. mahu bapak aku bangkit dari kubur bagi ceramah jangan membazir bla3 haha.

    so alia, whatever it is - you have my full support okay. your wedding, your life, your decision.

    people don't even remember what dress you wear soon after they get home, so why care so much? :p

    ReplyDelete
  6. Mase aku nak kahwin haritu aku secretly wish yang kerajaan Malaysia akan buat satu akta melarang orang Muslim mengadakan perkahwinan secara besar-besaran. Banned pelamin, banned duit hantaran, banned hantaran. Cuma buat perkara wajib saje. Yeap, up to that extend.
    Sebab aku kerja makan gaji. Gaji cukup-cukup makan tiap bulan. Kasihan tengok husband berhabis banyak untuk berkahwin. Semua benda perlukan duit. Every single thing. Perkahwinan dah menjadi sesuatu yang sangat-sangat dikomersialkan. Jauh terpesong dari apa yang dituntut Islam. Haih.
    Bukan aku tak nak buat macam yang dituntut dalam Islam SAHAJA, tapi peer pressure babe, kawan-kawan kau kahwin semua pakai baju cantik, duit hantaran tak RM10k tak sah, hantaran designer bag etc, photographer, videographer; takkan kau nak buat nikah dan kenduri doa selamat je?
    kalau orang lain semua buat nikah dan kenduri doa selamat sahaje aku boleh nak buat. Tapi kalau semua orang pun buat kenduri berhabis duit aku terpaksa ngikotkan aje la.
    peer pressure. Haha.

    eh aku copy comment ni buat satu post kat blog aku. haha.

    ReplyDelete
  7. disebabkan aku memang terkenal dengan keras kepala dan suka melawan, aku nak buat majlis macam kau cakap la. nikah, dan buat kenduri doa selamat. so tunggguuuuuu... *ye-ye je teman neh padahal entah bila la harinya hahaha*

    ReplyDelete
  8. aku doa. aku doa. hehe. semoga a vulgarian, they said cepat kawen. amin :)

    ReplyDelete