Monday, July 9, 2012

stop pressuring me.

i'm blogging from the other half's laptop. using his because i don't feel like sitting at my working station. got back from gym just now, and balik je terus kira profit i made from selling books. hahahah so mata duitan can't wait a second nak tahu berapa banyak dah collect. tapi sebab itu hari dah amik sikit guna sebab malas nak pergi cucuk duit, so balance tak la banyak but still satisfying enough for me.

hari-hari otak ligat fikir cemana nak carik duit. masalahnya bukan carik duit nak kahwin tapi nak sustain everyday's life. yelah, sebulan sahaja kalau banyak cerita keluar kat panggung, rabak jugak poket aku seratus dua. sekarang pulak siapa yang sedar, mesti perasan harga tiket dah naik. bahana betul hobi suka tengok movie ni hahahhahaha. lepas tu fikir makan lagi, minyak lagi duit parking lagi so sengkek you knowwwww hihii. i'm not complaining, and i very understand the other half tak kerja lagi so tak ada sumber pendapatan so i'm happy to help. cuma aku berdoa andai kata dia berduit tidaklah beliau begitu berkira sama aku sebab itu boleh buat aku terasa hati yang amat sangat. aku bukanlah mengungkit ke hapa sebab itu memang bukan style aku - whatever i've given, aku beri dengan seihklas hati sampai kadang aku pun tak ingat pasal tu hahahahahaa. ingat, aku bukan mengungkit tetapi perbuatan berkira dan kedekut dengan aku itu sangat menyentuh jiwa sensitif aku ini. konsep dia mudah; kalau aku boleh berhabis sakan for the loved one, jadi kenapa kau tak boleh? eh eh macam emo pulak tetiba bahahahaha.

sekarang gaji aku memang selesa, tapi sebab paying everything myself and aku masih menanggung the other half, tersedak sikitlah. nak pulak taste tekok aku ni kemain mahalnya. jadi bila pay for two, jadilah nilai yang kalau berjimat boleh tahan seminggu hahahahha gedik tawwww tekok aku ni. i just wish the other half cepat bersumber pendapatan hahahahaha boleh spend lebih sikit on leisure stuff. contoh ayat aku selalu cakap dan selalu digelakkan oleh the other half: "i'm gonna treat myself at the end of this month" sebab end up tak treat pun sebab dah sengkek tatkala tak sampai pun hujung bulan bahahahahaaa.

sebab tu aku sambung belajar. sebab nak gaji lebih dan lebih lagi. biarlah orang nak kata aku mengejar duniawi, tapi tanpa duniawi ukhrawi pun ke laut, tahu? yelah, makan tak cukup tak ke emo nanti. bila emo mulalah jadi kufur nikmat nauzubillah betul. hurmmm sekarang aku tengah sibuk mempromosi bisnes cookies untuk raya, siap berazam nak turun padang walaupun aku tahu aku akan super busy dan penat nanti. 

aku dok cakap kat the other half, aku nak tolong dia mod kereta and since aku tak mampu provide duit jadi neh jela aku boleh tolong. tapi aku berharap sangat bahawa dalam hati dia ada terdetik nak menyimpan sikit demi masa depan. hari tu aku terlepas cakap kat dia, duit jual biskut tu kalau dia nak upah aku, aku tamau barang letrik. aku nak dia beli cincin. terus dia terdiam. since aku tak boleh baca his mind, aku rasa bersalahlah kerana aku terasa as if aku telah memaksa dia. sedih la mak nokkkkk. mak ni dahlah jenis tak suka nak paksa-paksa orang kahwin dengan kita kannn.

lepas tu dia adalah masukkan plan nak beli cincin tu. terus aku rasa lebih bersalah sebab aku tak tahu dia masukkan tu sebab aku dah mention or dia yang nak. haihhh. i know i should be happy and i shouldn't question atau overthinking pasal tu tapi entahlahhhh aku rasa tak sedap bila jadi macam ni. dari dulu aku dok cakap tamau paksa-paksa tapi sekarang aku rasa that's what i've become. haih sedihhhhh tapi nak buat macam mana. konon tamau bend dengan society tapi end up terpaksa jugak sebab sian mak aku.

semalam i had another row with her, but that's a never ending storylah malas nak cerita bebanyak. sebagai anak, haruslah aku kesiankan mak aku dan memahami bahawa inilah kehidupan seorang perempuan. kalau lelaki bercinta lama mana pun tak apa, perempuan bercinta lama sikit mulalah dilabel pelbagai dan aku tahu, mak aku malu orang mengata anak dia. kadang aku macam nak nangis bagi pihak mak aku tapi apakan daya, aku haruslah bersabar sebab sabar itu nikmat hasilnya. 

cakap memang mudah, nak mengamalkannya sangatlah hazaaabbbb. aku pun tak sukalah bagi pressure kat belah lelaki tapi bila tengok mak kita bersedih haruslah aku jadi marah tetiba sungguh protective aku ni hihiihi. pernah terasa sampai nak buat secret meeting dengan bakal mak mertua tapi kau gila ke apa mana aku nak letak muka nak confront bakal mil mintak kahwin itu ibarat memberi muka untuk dilempang laju-laju. sebab ramai kata pada aku, buat apa menunggu sebab the other half tak keja-keja lagi. tapi aku yakin sama dia, dan aku yakin sama Allah. 

bukan tak pernah aku doa kalau ini bukan jodoh aku maka tutupkanlah pintu hati aku daripada mencintai dia (ecewah kau ayat mintak kena tunjal ni) tapi each time juga aku akan rasa semakin sayang jadi apakah itu? lagipun bukan senang nak cari lelaki baik dan bertanggungjawab ni walaupun gatal sikit bahahahaahahahhaaa. mak-mak sedara aku pun mulut celupar suruh aku carik lain tapi apa mereka ingat aku ni sebuk sangat ke nak ada pasangan hidup ni? kalau aku tak kahwin dengan the other half, aku rasa mahu aku membujang lagi lama hahahaha aku memang malas nak fikir pasal mengorat segala ni wehhhh. 

tapi takan nak marah makcik-makcik celupar ni sebab bapak the other half pun pernah cakap benda yang sama hahahaa adohai semua orang konon nak selamatkan aku tapi tahukah anda i can't live without him? jadi apakah aku akan selamat bila aku opt to leave? taaaakkkk jugakkkk. my heart will suffer yang teramat, tahu? mimpi kena tinggal pun aku boleh teresak-esak nangis sampai bila jaga tersedu-sedu kalau betul berlaku in real life dah macam mana pulak. i have lots of things to settle, mana ada masa nak meratap-ratap hiba ni wehhhhh.

orang kata, as easy as how i deal with my father's death, samalah jugak perpisahan yang bukan jodoh dan demi kebaikan ni. siapa kata senang? siapa kata it's easy for me to deal with his death? aku still menangis sampai hari ini walaupun sudah dua tahun berlalu. hati aku terlalu sakit, it was too painful sampai menangis bukan lagi option yang kau ada. menangis tak membantu pun, tahu? it was too painful sampai there's nothing you can do to heal it. all i did was aku pretend as if he's not around. yang papa pergi outstation and one day, i'll meet him again. aku mahu jumpa dia dan peluk dia, jadi aku sabarkan hati because the time will come. cuma masa itu - dunianya lain. jadi aku sabarkan hati menanti hari tu. so it's never been easy for me. orang nampak mudah sebab aku tak tunjuk pada mereka betapa sayu hati aku memikirkan papa tiada di hari pernikahan aku. sedih nak mampus, kau tahu? 

and siapa kata ianya untuk kebaikan aku? aku sendiri pun tak boleh decide what's best for me now. tuan punya badan pun clueless, jadi kau siapa nak decide for me? it's my life we're talking about. kalau aku kata aku tak ready, apakah itu susah sangat kau nak digest? kenapa? at this age, to you i must be ready ke? haihhhh bodoh melayu ni. kahwin pikir mudah je. aku tahu jodoh itu kerja tuhan, aku tahu Allah itu menentukan segalanya - tapi kalau betul Allah itu menentukan segalanya, kalau betul Dia kata kahwinlah engkau - tentu by now aku dah kahwin. jadi kalau aku belum kahwin, tentulah Dia tahu apa yang terbaik buat aku. jadi aku nak tanya, kau siapa? siapa kau untuk cakap macam-macam pada mak aku, dan pada aku?

sialan. ini tetiba bikin aku marah dan sedih. marah sebab i'm helpless. aku cuma seorang perempuan. dan dalam masyarakat kita, kita macam hidup di zaman jahiliyah. perempuan duduk letaknya rendah. jadi sedih sebab itulah kedudukan aku sebagai perempuan. i can do nothing to change it. aku kena sabar setia menanti menadah tangan berdoa bahawa the time will come.

yang paling buat aku sedih sebenarnya, aku rasa seperti aku dah memaksa orang untuk kahwin dengan aku. buatkan dia rasa terdesak. and he's not happy. i know dia tak hepi with this situation so ketidakgembiraan dia buat aku sangat sedih. ada peluang di hari nikah aku nanti, aku akan bertambah sedih sebab dahlah takde bapak nak nikahkan aku, pasangan pun nanti agaknya seperti terasa terpaksa. 

OMG. what have i done to my self. bodohlah kau masyarakat. grrrr.

No comments:

Post a Comment