Sunday, May 12, 2013

bila dah lama tak menulis.

dulu aku suka menulis. suka tulis macam-macam di sini. tapi bila makin dewasa ni, banyak benda yang menghalang yang membuatkan aku rasa terbantut nak menulis hihihi. kekangan masa, kerahsiaan, perasaan manusia di luar sana, etc. banyak perkara perlu dipertimbangkan bila mahu menulis.

dua tiga minggu ini, emosi bergolak. aku salahkan hormon lagi seperti biasa hehehe. minggu lepas aku ke jakarta dan bandung, penat masih bersisa. duit pun dah habis banyak hahahaha. balik saja ke malaysia, dah dihambat dengan kerja yang macam-macam. sepanjang di sana pun sms bertalu-talu perihal kerja. adoi, aku sedang bercuti kot huhu.

jumaat ini ada program jabatan; dan program jabatan-jabatan lain yang bergabung tanpa menjemput jabatan aku. sedih, okay. sentap. di organisasi kecil aku bekerja cuma ada lima jabatan. empat bergabung melainkan jabatan aku. apa patut aku rasa? susah nak bekerja tanpa ada hasad dengki sesama manusia. aku cuma menjalankan tugas mengikut arahan dan kehendak kpi. kenapa terasa tergugat?

manusia yang mudah terasa terancam adalah manusia tak buat kerja, pada hemat aku. mohon aku dijauhkan dari sifat busuk hati dan hasad dengki.

No comments:

Post a Comment