Wednesday, March 11, 2020

hidup lagi ni weh.

hahah gila apa setahun lebih aku bior blog ni terabai. padahal ni la dulu baby kuuuu tempat merempan. so.. maybe dah makin matang dah tak merempan sangat jadi ia terabai? hahah.

apa nak cerita eh. family masih sama, masih bertiga. insyaAllah tahun ni berempat. ni tahun ketujuh kawen. last entry aku ada cakap aku nak gi australia kan? alhamdulillah bulan september lepas berjaya ke sana sekali lagi. and trip paling tenang la aku rasa hahaha. tiket flight bayar sendiri, lain mostly macam biasa big boss belanja ahakss. tanpa aku tahu masa kat sana rupanya aku pregnant. hari-hari aku telan painkiller sebab sakit gila pinggang sampai ke kaki level nak angkat kaki pun tak boleh. nasib baby survive.. and alhamdulillah sihat so far mihmihmih. pregnancy kali ni aku takde bleeding, tapi ada masalah lain pulak. nanti jela cerita. ni baru basic je ni... sekadar nak habaq kat orang (yang entah ada baca lagi ke tidak) yang i am still aliveeeeee hahaha.

kerja. well, masih sama. tahun ni tahun ke sebelas di tempat yang sama. i cant believeeee itttt hahahha. lama weh. aku bukan jenis loyal sangat but i think i have to admit aku selesa la keja situ walaupun kadang-kadang emo mengomel merempan jugak dengan macam-macam hal. workload masih lagi banyak, tahap macam nak kena kambuih dah. tapi yelah, senior kan apa ada hal hahaha. tak siap arini buat esok. esok. dan esok. sampai bang jamil mampos hahahaha.

berat badan? maintain wakakaka. tapi ajaibnya tiap kali pregnant aku akan turun berat badan. mungkin kalau aku nak kurus aku kena beranak selalu?? ehhh tidak ahhahaha. nak tambah sorang ni pun aku rasa tutup dah kilang kot. cukuplah dua sajeeee for now. lepas empat tahun tanya balik eh hahahhaha.

masalah biras as usual la. walaupun biras dah ditukar baru (ehem), masalah dengki sakit hati jeles busuk hati masih ada ye. apa masalah bini dan ex bini abang ipar aku ni eh hahaha. aku kan dapat rumah free katanyaaaaaa. sakit hati sebab dia tak dapat. padahal dapat je sebijik tapi yela sebab tak dapat rumah tanah macam aku katanyaaaa. ada sajeeeeeee. dia ingat aku level cikai-cikai tayang cipop dapat laki anak orang kaya ke... macam aku ni takde harta sendiri pulak aduhai. kalau cakap kata berlagak riak. tapi ni orang camni ni memang mintak aku memetir riakkan diri ke acane niii. susah buat la cara susah beb. jangan mengemis sangat. malu la. pastu paling best........ pi gaduh ngan mak mertua. level jahanam habis hahahaha. memang mintak nak kena tukar biras lagi gamaknya ni hahahha.

oklah. cukup setakat ni. aku mc ni tu tetiba rasa rindu nak merepek. tapi entah. rasa macam dah kurang menyengat pulak nak menulis. entah bila nak kembali eh hahaha. till then, take care and stay safe people!

3 comments:

  1. eh lamanyaaaaaaaaaaaaaa takde cerita.. rindu kesah merempan sebab ia adalah kesah kehidupan yang benar.... hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya benerrrr hahaha. ada rupanya orang baca. tanjat gegirl tengok ada komen ingat spam tadi wakakak.

      Delete
    2. sampai hati gegirl tanjat and tidak menyangka masih ada yang setia... masih tau...

      Delete