Wednesday, November 9, 2022

Hola!

weh, valid lagi ke eh menulis kat sini hahaha. tapi takpelah. aku nak update sikitlah apa dah jadi kat diri aku lepas kena covid tu. aku ingatkan aku kena long covid. aku asma teruk weh... like sehari mesti 4-5x kena attack. like simple things i did - stuck dalam traffic jammed, angkat anak naik kereta and buckle up pun aku boleh kena asma. aku rasa memang deteriorate sangat masa tu, and rasa macam life takde kualiti gila la.

tambah pulak struggle dengan masa tu isu kerja (tak berkesudahan hahahaha) dan masalah tengah belajar postgrad... i've started to have problems with husband jugak. gaduh-gaduh kecil membawa kepada gaduh besar... aku start jadi baran and pukul anak-anak... haih. climax of everything, bila SV aku said nasty things... and did not try to help at all to guide etc (banyaklah dia buat macam-macam)... aku decide aku nak quit. cold and bold aku terus decide untuk drop everything. 

and that was when my asthma was healed. hilang terus.

sepanjang masa aku berbalah dengan perasaan sendiri. yelah, 3 subjek je lagi aku nak tamat masters ni weh. tiga je lagi ya ALLAHHHHHHHH.... rasa rugi tak?? yeeeee..... menyesal tak?? takkkkkkk weh takkkkk. aku dah redha. masa aku bagitau laki aku hawa-hawa nak berhenti tu... ada la jugak benda dia cakap menyinggung perasaan. seminggu aku terpikir-pikir apa dia cakap. tapi yelah. kita yang kenal diri kita weh. no one else hatta tidur sebantal satu selimut semua. kita yang tau struggle emosi kita. aku mak. tidur tak cukup sebab anak menyusu. dah la sejenis nangis jerit-jerit tengah malam... ya ALLAH hilang sabar aku. anak aku trauma dengan mak sendiri. kau rasa??? jadi tak. aku tak menyesal. kalau ye pun aku berjaya dapatkan masters aku tu, anak aku dapat apa? mak yang zalim. kau tau tak?? kejam. sebab aku pukul dia. aku tarik rambut dia. aku sepak muka dia mulut dia sampai berdarah. sebab aku tak tahan dia cranky, dia menangis-nangis melekap dengan aku. sebab aku cuba nak study. aku jadi baran semua benda aku rengus. aku sinis. and that is not the memory i want my kids to have about their mother. 

she was only 2. aku ingat dia keras, dia takde perasaan dia lain macam perangai banding abang dia. aku rasa dia monster dan dia sengaja sabotaj aku. aku jadi macam binatang dengan anak sendiri. attacking her when i was supposed to protect her. i am her mother. and that saddens me. so yeah, aku tak menyesal. it's okay aku takde masters. yang penting anak aku tak ada monster as mak. eh macam rhyme haha.

aku rasa macam gelap sangat masa tu... paling sedih teringat suara sayu mendayu dia menangis di balik pintu... tak mahu dipeluk dan dipujuk. she was only 2......

and that's it. 

few months after, dialah anak paling gembira... berceloteh itu ini.. suka peluk dan cakap terima kasih pada aku. suka cakap rindu makkkk.... cubaan aku nak menulis ni pun aku tak boleh berhenti menangis. she was only 2... kesian dia hilang mak kejap. semoga ALLAH pelihara anak aku dari kejahatan aku sendiri. selalu aku cakap dengan husband she grows up too soon... terlalu cepat sangat. sekarang 2 tahun 6 bulan, dia dah berhenti menyusu... and her speech masyaALLAH terlalu lancar... boleh nangis dengar dia berceloteh bagitau apa dia rasa. that she was sad i was mad at her.... "laila sayang makkk... rindu makkk... terima kasih mak jaga laila."

Lillahita'ala, takde sedikit pun rasa kesal being a drop out. aku percaya, bukan rezeki aku kat situ. dan aku bersyukur ALLAH tak biar aku hanyut mengejar dunia sehingga anak aku jadi mangsa. dan baguslah. apa yang aku ingat long covid tu cumalah symptom anxiety rupanya. 

banyaklah lagi punca anxiety tu usahlah kita cerita di sini. ni pun rasa dah panjang hahahaha. kau tau apa lagi yang bagus bila aku berhenti belajar? laki aku sendiri cakap aku lebih tenang, i am being myself again... dan aku lebih gembira. kehidupan aku siang kerja balik fokus anak-anak dan suami. aku tak mampu untuk buat lebih lagi. cukuplah setakat ini, ini sajalah kemampuan aku. 

dunia mungkin tak memandang tinggi pada aku sebab yelah, walaupun aku pendidik tapi education level aku degree saja... but that's okay. aku content dengan life aku... dan yang penting, aku happy. alhamdulillah.

Friday, April 8, 2022

post covid

yup. at last, after berjaya mengelak, terkena jugak. masa kena tak teruk sangat. macam allergic reaction biasa je. tapiiiiiiii selepas tu... uiihhh... hazab. 


oklah. lost the mojo to write. and suddenly feeling suffocated and anxious. haih.

Friday, February 11, 2022

Letting go.

kau pernah tak rasa... there are some kind of hurt you find it hard to let go? that you keep on thinking about how it has made you feel... and keep on wondering - why? why did they do that to you?

i do.

aku ada satu rasa kurang enak; yang each time aku terfikir or teringat - aku rasa meluat, rasa kurang senang, and rasa marah. benda mungkin simple, tapi sebab aku tak dapat closure yang sepatutnya (confront si pelaku) makanya mungkin sebab tu aku masih bitter?

mungkin kalau aku cerita di sini, i would feel better, maybe? 

untuk yang mungkin tak tahu, aku dah kenal laki aku ni sejak umur aku 16 lagi. sweet sixteen haha. mula bercinta secara rasmi masa aku umur 20. berkahwin ketika berumur 28 tahun. dan ini adalah tahun ke sembilan aku berkahwin. see how long we have been together? based on this, aku rasa adalah logik untuk aku tahu banyak benda, kenal ramai orang (ex gfs and bfs) adik bradik laki aku hahahaha. means, i know a lot. not sure if this is related to what will i tell next, but somehow aku rasa ada. kisah ni panjang dan memeningkan. tapi takpelah. aku nak jugak tulis. buat melegakan hati sendiri.

aku ada bekas biras (BB), biras A (BA), biras B (BiB) and adik ipar (IP).  masa aku kahwin BB masih belum bercerai. aku kenal BB dari bujang, memang baik siap aku pernah tidur rumah dia semua. i know how she met my in law. masa depa kawen pun aku dah jadi penanggah. memang aku dah wujud LAMA. aku tahu siapa scandal in law aku masa dia dengan BB. aku siap dah jumpa orangnya. aku tahu la pendek cerita kisah depa ni. BA pun sama. she exists long after aku dah rasmi bercinta dengan laki aku. siapa in law aku bersama sebelum BA ni pun aku kenal, siap pernah ikut pergi kenduri kakak dia etc. memang kenal dan tahu. dan sebab apa putus pun tahu. in fact, masa in law mula nak serius dengan BA, my in law siap bawa BA untuk kenalkan pada aku, minta pandangan aku how she is as a person. and masa depa bercinta pun aku selalu dijadikan tempat meluah. bf2 IP pun aku tahu. kenapa putus, apa masalah masa study, semua lah. so i know so so many things, from many angles. korang faham tak? macam kewujudan aku ni agak penting la. eh ke aku perasan? hahahahhaha. 

IP ni watak penting jugak. aku cuba nak baik dengan IP sebab dia penting untuk laki aku. dia memang rapat dengan IP. but she was cold. memang cold punya orang. very quiet. so daripada dia sekolah tu... aku berjaya okay dengan dia bila dia habis sekolah. kau bayangla berapa lama cuba. boifren pertama IP ni ada isu curang. sebelum tu aku dah drop hint kat IP. tapi biasalah, tengah hangat kan mana nak dengar. takpelah, aku tak blame dia pun. she was young and naive. she was so heartbroken. tapi yelah apa aku boleh buat kan. so sepilah kisah ni.

nak jadi cerita, bila BA muncul... IP sangat marah pada aku sebab dia cakap, aku cakap dia bodoh (merujuk kepada kes bf curang). she blocked me from all possible contacts, and refused to talk to me. kau bayangkan, sebagai orang yang mencuba gigih nak establish good rapport for years... BA pedajai aku for the sake of dia nak gain good relationship dengan IP. BA ni memang baik depan-depan. tapi kalau kau jumpa ular and dia... kau ketuk dia dulu. ular pun tak level bahaya macam dia hahahaha. so, kenapa tetiba muncul kisah bodoh ni? silap aku, aku percayakan BA ni. masa sembang, aku cakapla IP deeply traumatised. aku dah peringat tapi tu lah tak dengar. tak taulah.... macam mana dia twist, sampai kat IP katanya aku kata dia bodoh. aku menangis weh sebab all my effort building up my place gone macam tu je. and masa ni BA tu tak kawen pun lagi weh... gigih kau eh. lepas tu dia lagakan aku dengan bakal laki dia (abang laki aku). laki aku kena laser dengan abang dia; abang dia pi cakap kat laki aku "kau jaga sikit gf kau tu. mulut jangan sukahati sangat". sebab BA merempan ungkit pasal kisah ex gf, and cakap aku cakap gitu gini. Ya Allah.... tetiba sangat eh sebab aku cakap lain, takde pun seperti yang dia sebut tu. masa ni aku hilang sabar dan aku sound BA. aku tanya dia, apa masalah kau dengan aku? apasal kau buat macam ni? dan kau tau apa dia jawab.... of course tak mengaku... "eh sebab orang kita pulak bergaduh." pundek kau kan. kau yang jadi batu api... kau cakap orang pulak.

aku memang sangat bitter... tapi apa pilihan aku ada. bukan pasangan hidup aku pun. mereka pun berkahwin. aku memang rasa terluka sangat sebab dahlah masa ni aku tak kawen lagi. bila dah kawen, BA ni dok mengadu-ngadu pulak pasal mak laki aku ni... aku macam errrr kau ni puaka kan. apa kau cuba nak sampaikan pulak ni. dok macam takut-takutkan aku. tapi sebab pernah terkena, tobat la aku nak cakap lelebih. aku suruh bersabar je hahahahah. along the way... aku tak tau macam mana tapi tetiba IP berbaik semula dengan aku. meluahkan perasaan pasal bf etc... aku dengar jela. tapi sumpah tanak dah aku komen hahaha.

dan masalah tak habis di situ ye. two years after depa kawen, aku pulak kawen (at last hahahahha). BA dok menyampai-nyampai apa BB cakap pada dia - pasal aku. ye, pasal aku. apa BB kutuk aku semua BA bagitau. forward semua. aku sedih gila dowh. macam, eh kau baik kot dengan aku dulu... why tetiba kau bad mouth aku. macam BB takde mood nak pergi majlis nikah and kenduri aku, nak selekeh-selekeh je tayah bersiap semua... lepas tu bila kawen, kitorang pindah rumah baru. rumah tu memang penyewa pedajai bagi rosak. aku beli rumah tu before aku kawen. duit aku dah habis, dengan majlis apa semua. so, laki aku rasa nak tolonglah. mintak nak pinjam duit dengan abang dia... it was between them two siblings. aku tak campur weh. tetiba aku dapat mesej... BA macam sound2 aku apesal tak mintak dengan MIL... dorang pun takde duit bla bla bla. aku sangat marah ye. aku cakap kat laki aku, why is she texting me? why telling me this? this is between you and your brother. agitchew... marah je cakap omputih. so aku cakap kat laki aku, cancel it, pinjam dengan MIL je dah tak payah deal dengan depa dah. meluat aku.

apparently, dia loankan few thousands to BB (which lepas tu lesap) without her husband's knowledge. bila husband dia nak guna duit tu untuk tolong laki aku, kantoi la. ok takpe. aku diam lagi. and BA kept on telling me apa BB cakap. masa aku pindah kan rumah kosong weh. manade duit nak beli perabot apa semua hahaa. duduk atas lantai je makan. little did they know, i was waiting for my money to be refunded by the lawyer. so bukanlah takde duit betul, cuma duit tak refund lagi. kitorang berbesar hati jemput fam in law datang untuk makan... and laki aku nak belikan this nasi goreng yang memang sedap la pada tekak dia. dia nak bagi family dia rasa. laki aku kan suka excited benda2 kecik macam tu hahaha. laki aku jemput personal lagi BB tau. and she didnt reply. lambat dia balas, and dia cakap laki dia (abang laki aku) tak mau datang. tapi kau tau apa dia cakap kat belakang? dia bagitau BB dia memang buat-buat tak baca, and dia tak bagitau pun laki dia. dan dia perlekeh kitorang sebab kitorang nak jamu nasik goreng je. nothing special. haih kalau musibat macam ni, elok aku jamu racun je hahahahah. kau tau tak nasik goreng pun bukan murah puaka mambang haramjay betul. and bila BA dok jugak bergosip pasal masalah rumahtangga BB and laki dia (masa ni memang dah peak problem marriage depa).. and tak habis-habis cerita apa BB bencikan aku... aku meletup aku marah pada BA. aku kata, kau apehal eh cerita semua ni kat aku? kau nak aku react macam mana eh? kau nak aku bergaduh ke? apa kau nak? uihhhh berlagak inesen lepas tu.. "i thought you should know" eh bladihel kau tak jaga langsung hati aku eh. aku block dia terus hahahah. years after, aku masih rasa tak selesa bercakap dengan dia. sampai sekarang.

BB bercerai not long after that... in law aku kawen dengan BiB... and BA is bestfriends with both BB and BiB. BA masih mengutuk BB and mengutuk BiB jugak. and the fact that now everyone knows how she plays her politics and still gets away with it... it makes me sick. sick to the guts. IP few times cakap kat aku... despite BA macam tu.. she always terlupa sebab BA depan-depan memang baik... dia ada money power. bagi gifts sana sini.. depan-depan cakap lembut... but tolonglah. aku tak boleh terima dia. aku rasa meluat nak bercakap dengan dia. aku kalau sekali aku palang... susah aku nak angkat palang tu hahaha.

each and everytime orang macam buat dia as if dia victim... aku rasa nak muntah. macam setan pun ada gak aku rasa. aku rasa she deserved that kind of treatment. padan muka kau. sebab kau jahat. aku sampai sekarang tertanya-tanya... what have i done to BB sampai dia mengata aku, buat aku macam tu. kau biar BB cakap macam-macam kat aku, and kau share pulak tu kat aku. motif??? kenapa kau severekan tie aku dengan IP? kau buat laki kau cakap aku gitu gini? 

ni baru satu part. eh drama eh nak siri-siri bagi wakakak kau ingat kau micheal ang? hahahahha. entahlah. aku cuma bernasib baik sebab laki aku tahu every single thing. i never hide anything from him. kalau aku rasa tak selesa, aku memang akan cakap pada dia. and dia tak pernah paksa aku. he let me be me. aku memang cakap, what i do now - even i hate it so much (mingle dengan family dia especially with the presence of BA) - semua sebab laki aku. nothing else. and aku tanak rosakkan minda anak-anak aku dengan perasaan aku. diorang tak bersalah, dan tak perlu tahu semua ni. cukuplah laki aku tahu, dan aku sendiri sangat berhati-hati. sekarang, kitorang dah pindah duduk sebelah rumah parents in law. memang kerap gila jumpa BA. nantilah cerita lagi drama hidup aku ni. rasa macam dah panjang sangat.

tapi betullah. rasa lega sikit. masalah tak selesai pun, dan pertanyaan aku tak terjawab lagi. tapi takpelah. aku rasa lega. bila aku baca ni banyak kali... aku rasa depa dengki dengan aku. jaki dengan aku. takutlah tu kedudukan terancam wakakaa. padahal..... nak terancam apa je pun.... kau ada special place kot dalam family. everybody does. janji laki kau terima kau, sayang kau dahla. nak rebut apa lagi. gila la manusia ni hahahah. 

aku tak taulah bila drama ni akan berakhir. dan aku rasa takkan pun sebab BiB pun banyak drama gak hahahahahha. tapi takpelah. aku kan ada blog ni. boleh cerita kat sini bila stress. harap depa tak jumpa la blog ni hahahahha. ok bai.

Thursday, January 27, 2022

masih berserabut.

masih, weh. masih. masih banyak unsettling thoughts dok berlegar dalam kepala. i really really have to pen this down. with the hope i could be at ease. sikit pun jadilah. aku sepatutnya menulis kertas projek. tapi tak tahu kenapa. the thought of it pun aku rasa so sick. rasa nak muntah. rasa macam perut kena lenyek. jantung aku berdebar-debar macam kena ligan anjing. apa niiii??? apa perasaan ni?? aku rimasss.

korang tau tak, aku amik educational psychology. after my failure to complete applied linguistics. konon aku lebih passionate. which somehow is true. tapi aku tetap takde masa nak duduk fokus macam masa aku buat degree. i have so many things on my plate. aku tahu, orang akan cakap hendak seribu daya. betul. tapi kau bayangkan eh, aku tak cukup tidur, kepala aku migrain campur vertigo. muntah. aku cuba stayed up menulis. bukan tak cuba. bengong for few days lepas tu. i have a job that pays me well. why la aku nak jugak buat master ni ya Allah. why???? haih. so heartbroken. aku memang tak cut for multiple things at a time. aku tak boleh jadi a multitasker. aku tak boleh kerja dan belajar. it's either one. tapi aku kena kerja. aku ada banyakkkk benda kena bayar. tapi aku nak belajar. aku nak habiskan bidang aku suka ni. suka sangat. rasa macam nak sangat amik cuti tanpa gaji. tapi sapa nak bayar komitmen bulanan aku??

haih. sedih. aku nak. nak sangat. Tuhan, tunjukkan aku jalan, please. Lembutkan hati SV aku please. tolong Tuhan. Hasbunallah wa ni'mal wakeel.

Thursday, January 13, 2022

almost two years. wow.

hello.

it really has been a while eh. i was heavily pregnant last time i was here. ranting about working from home... to which still the same today haha. but, buttt.... nurseries and kindergartens operate as usual, so somehow i should be sane now. but nope. something bothers my mind. well, not just something. a lot of things. like A LOT.

where else would i turn to if not this blog if i need to pour all the dark thoughts. my safe place. where i can actually be myself. hopefully. not sure who will be reading this, but thats ok. i dont write to be read. more like a peaceful escapism since certain of my thoughts are too sensitive to be handled by many.

i should be writing my project paper. ahhh.... the main cause of my anxiety right now. i just could not find the mojo. it's so dreadful. not knowing where to begin with, and the fact that each time it is rejected, it makes me believe i am stupid? not something i wish to have in mind, anyway. i did my masters back then, and quit after i lost my motivation. and then i started again, and now i'm losing it. do i really want it? i dont know man.... this seems so hard to tell. partially i want it so hard... another part is telling me that i'm not cut for this. i dont see myself doing phd. i dont see myself moving to another institution. but hell, i've been here for almost 13years. i'm too comfortable being where i am now. but i am answerable to many. haih. why la dragging myself into this shit.

my daughter (my second born) is almost two this year. i think i've been unfair to her because i never write about her existence. but come to think about it - this blog is where i let go my negative feelings. so thats good, right? she's not supposed to be by emotional burden? but i cant deny - she is so different than her brother. i dont intend to compare but cant help it to do so. so fiery, determined, strong headed.... and full of energy. the first three points are so - me. but the energy part... i donno. i'm just so tired these days.

so many things going on my mind right now. so so many things. i should be writing my project paper. i MUST complete it. please la. i just want to put an end to it.


Tuesday, March 17, 2020

kerja dari rumah.

harini sedih. hahaha kau dah kenapa pompuannnn??? semalam merempan emo harini sedih pulak. salahkan hormon mengandung eh aku tak salah haha. tp serius, aku sedih harini. bukan sebab kena kerja dari rumah pun... tapi cara orang treat kita macam kita ni buta kayu takdak hati, dan tak reti agama pulak.

aku ni kerja cikgu tau. aku taula kena buat kelas online skang. walaupun aku noob bab-bab teknologi, tapi aku tau lagi la amanah semua tu. aku tau aku kena buat kelas cemana pun. bagi la ruang nak bernafas... ni kau hukum orang macam orang seronok sangat tanak buat keja apahal la setan. kau paham tak saat genting ni semua pening? pengumuman lewat malam semalam, pagi ni kelas dah bersusun kau ingat aku tak serabut ke benduuuulll???

semua benda nak bukti detail. kau buat jela soal selidik kat pelajar cikgu buat ke tak kelas... serabut semua nak kena ada dokumentasi. dahla p&p kena sediakan online. tu sah-sahla kena pikir nak upload bahan apa semua. kau tak pikir lagi serabut ada anak kat rumah.. nak kelas cemana aku pun tak pikir weh hahaha. nak kena setup work area untuk kelas lagi. nasib baikkkkk data aku banyak senang la. ni dengan bebudak dok hora hore ingat cuti boleh bebas... pagi tadi sampai almost sejam aku nak dapatkan kedatangan penuh. tu virtual class tu. ada tu selamat merayap keluar dah wehhh. elok depa hat ketegaq ni boh pi dalam kandang ikat jangan bagi lepas la. bunyik kasaq kan... tapi kau paham dak pasai keseriusan wabak ni???

semalam lagilah.. kami dapat tau ada student tamau pi saringan padahal dah pi majlis tabligh tu. alasan kawan-kawan dia semua sihat. eh bodoh ka apa hang niiiii.......... astaghfirullah. memang kena bambu dengan sazah-sazah siap bagi ayat quran hadis semua baru ada akai kata nak pi saring. tapi... aku rasa dia tak pi laa. bodoh piang pastu bengang bila aku suruh be cautious. aku takdak contact/jumpa dia march ni. awal bulan aku hospitalised. last week dia ponteng. minggu ni online class je. kalau jumpa memang macam nak maki satu round tapi kang viral pulak wuuuu.

eh balik kisah sedih. aku rasa macam terseksa jiwa sebab orang tak bagi aku space. i need space you bijjjj. kau banyak masa sangat eh sampai nak torture-torture orang. we are not only stressing ourselves with the disease, but the way we are managed Allahu sedih. sebab ada setan-setan yang salu dapat komplen tak buat keja, yang salu mengelat... dengan yang taat setia ni sekali kena. 

ee bencilah perasaan ni. 

sebab stress, aku decide satgi nak lunch sedap. nak puaskan nafsu tembolok ni pergi mampus kau masalah harini esok je pikir hahaha.

ok bai.

Monday, March 16, 2020

periuk nasi... ke periuk api?

apa perasaan korang kena cover kerja orang yang konon tak kompeten ni eh? kerja macam hapa... berbekalkan muka cantik suara lembut... padahal banyak dah kes dan laporan ni. tetappppppp sambung kontrak. yang memetir melahar *eherrmm aku la tu* ni jugakkkk yang kena cover kena settlekan kena buat tugas deme eh ehwahhh. aku senior kot hahaha. konon sebab kesian periuk nasik orang. ye, periuk nasik kau tapi dah macam periuk api kat aku ni haaaaa. yela, keja sedia ada dah banyak, kena pulak jaga baby tua. kalau overload jadi tak efisyen, kau rasa tak ke bangsat jadi periuk api kat kpi aku ni??

penat la babiikkkkk nak jadi babysitter baby tua bangka niiiii. tolong jangan makan gaji buta boleh? tolong jangan guna ayaq mata sebagai modai boleh dakkkk? ptuih betul la. aku ni orang cakap tertelan tebuan dah ni hahahhaa laserrr mak nyahhhhhh tak toleh kiri kanan dah ni.

ok nak balik dah. sekadar menunaikan hasrat nak merempan je ni petang-petang hahaha. esok sambung tengok pulak apa kes. mungkin tetiba esok tobat rasa jahat sangat harini wakakaka.

ada lagi aku nak mengaum pasal kerja ni. ko sabar jap esok plak. ni kisah orang amik jawatan pastu syok sendiri untuk kpi kerja pergi ke laut mati satu hapa tak buat. dah sekian hahahhaa.