Tuesday, February 12, 2019

hello?

salam tahun baharu. hahaha gila kau lama gila tak menulis. almost daily bukak blog, tapi lepas tu feel takdak taktau nak tulis apa. aku nak membebel banyak benda, tapi lepas pikiaq pikiaq punya pikiaqqqq gone macam tu ja idea. ramai dah blogger yang dulu menjadi santapan bacaan harian aku dah menghilang. gone. mungkin sama macam aku. idea ada tapi bila nak menulis macam berkira-kira. kau punya takut orang judge penulisan kau, takut identiti kau terbongkar, takut orang yang tahu kau siapa kemudian menilai kau sedangkan apa yang ada di sini bukanlah paparan segalanya. 

aku masih insan yang sama. tak ada apa perubahan. lebih matang lebih bijak, perhaps. lebih tenang dan kurang merempan, i guess. sebab rasa malas mengatasi perasaan dan emosi hahaha. macam lebih kepada eh mampus kau laaaa gitewww haha. bila kau ada perangai persetankan semua ni, aku rasa macam bagus jugaklah sebab tak ada lah kau nak emosi sangat kot? fokus pada apa yang seronok je. lebih baik cenggitu pada aku lahhh. hang nak meroyan silakan takdak sapa marah hahaha kita semua ada cara menangani sesuatu kenn.

pastu aku kurang kawan. so apa je aku nak borak. too much about my work would bore others. too much about my family lagilah orang menyampah ahhaha so towards the end, kau pun tertanya why am i still here? am i still relevant? untuk apa aku menulis? dulu aku suka merempan kat sini. kadang benda kelakar bangang yang mengundang emosi pun aku share. tapi entah, aku still rasa aku kelakar cuma nothing interesting so far. 

life biasa-biasa je. buttttt aku nak jugaklah tulis kat sini sebagai tanda ingatan. dalam pada ekonomi makin serabut mak nenek, aku berjaya hapuskan hutang jahat yang dah lamaaa sangat aku impikan nak buang perabeh. dan rezeki tahun baharu, aku dapat kenaikan sikit. eh sikit ke? banyak jugakla kot noh hahaha. cukuplah buat seronok-seronok dan menghidupkan impian nak bercuti sendiri.

aku buat decision berani mati dengan membooking hotel yang pada aku agak mahal laa. untuk rakyat marhaen dan kedekut macam aku ni, kira memang tak terjangkau akal lahh. aku sampai berulang kali cakap pada diri sendiri i want this i need this my kid is happy this is for us hahahahah sebab rasa macam hazabedah sangat perabeh duit untuk penginapan satu malam. siap aku galak pi upgrade bilik sebab nak bigger bed, better view hahaha. andddd order room service. wow so not me yang sangat berkira ni k hahaha. but again, aku mulakan tahun baharu dengan perubahan yang positif (ye ke? tak kedekut tu positif ke? hahaha). 

tahun ni aku dah enam tahun jadi bini orang. for once, aku rasa nak spend untuk holiday tiga beranak. selalunya tagging orang je. aku nak percutian yang aku boleh decide nak rileks ke nak jalan ke nak gerak pukul berapa etc. kalau hang pi ramai-ramai, banyak kepala, percayalah hang hanya jadi pak turut sahaja apatah lagi hang tu tak keluaq sesen pun haha. tu yang kadang pi bercuti tapi penat dia tu walawehhhh berganda hahaha. aku nak santai-santai... tengok laut. aku teringin nak masuk hutan tapi for now aku kiv dululah. dah survey resort dalam taman negara i guess kalau tidur dua malam baru berbaloi. so better save duit dulu. buttt nak pergi ostolia lagi pleaseeee. last time pergi tak puas sebab aku hampir buta mata (literally) sebab kena tengok pengantin baharu birah cipop berair tak reti malu hahahahha. sekarang pengantin tu dah basi tapi aku tetap tamau pi dengan depa lagi. tobat la kot noh haha.

aku nak deko deko rumah tapi aku takdak bajet. aku nak make over myself tapi aku takdak bajet. sekarang bila kau dah bijak sikit ni, nak berbelanja macam takut haha. ada benda aku willing nak pejam mata. tapi ada benda tu satgi aku ralat kalau aku pi beli beli ka apa ka pastu tak cukup duit. uihh serammmss. sebabkan kenaikan baru bermula januari, aku masih perlukan masa untuk adjusting myself kepada jumlah yang diterima. selalu macam tu tauuu. i would need few months untuk bertenang sebab awal-awal selalu aku macam naik syeikh lupa diri hahahaha. ya tuhan, Kau tenangkanlah si bangka ni haha. jangan bagi aku lupa diri, please. boleh arwah akaun bank aku haha.

oh sempena tahun baharu ni, aku adalah konon nak lose weight. tapi aku ni kang hangat hangat tahi babun (sempena tahun babun) hahaha. so.... kau tunggu jelah hujung tahun apa jadi dengan berat aku ni haha. adakah masih berat mata memandang berat sesak napas nak pikul ke acane hahahahahahha okay bai.

5 comments:

  1. Sama makin matang buat keputusan. I pun rasa this year rasa macam nak beli apa jadi berkira-kira. Nak bercuti oversea pun berkira-kira dengan keadaan.Macam banyak lagi hal lain yang perlu difikirkan dulu.

    Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah mulut dok sebut-sebut tapi bila pikir nak keluar perbelanjaan segedebuk tu macam berat.. aku tak boleh baca blog kau beb. tapi aku doakan semua baik2 je k. take care too.

      Delete
    2. Boleh bagi email address.. thanks.

      Delete
  2. hahahah sesungguhnya laki kau sangat sabar orangnyaaaa untung badan! since kitorang laki bini alahan kucing... so takdela bab tu. kurang satu perkara laki aku kena pening hahahah!

    ReplyDelete
  3. Org layan instagram lah sekarang keh3

    ReplyDelete