Friday, December 30, 2016

new year but with no resolution

i try to find time to blog before the year ends. i have to say 2016 is full of bittersweet memories. with ali, with work, with no progress on my study and the list goes on. 

banyak benda boleh nak cakap kat sini, tapi disebabkan aku terlalu paranoid of hurting people, and afraid to be judged, aku decide untuk biarlah beberapa perkara aku simpan je sorang-sorang or just share with ma hasbandddd. cakap dengan ali pun menyeronokkan kerana dia sungguh responsive dengan air liur berjejeran kerana teruja, walaupun yang sedang disampaikan adalah berita sedih. sahlahhhh dia tak faham konsep hati terluka lagi hahahahhahaha.

sedar tak sedar, it has been almost 9months boobies ku menjadi milik ali sepenuhnya. the journey yang sebenarnya agak sukar; a very bumpy ride i would say hihihi. i thought ada boobies means breastfeeding comes naturally to you but oh maiiiiii i was so wrong hahaha. tak minum air, susu drop. salah makan, susu drop. tak sihat, susu drop. stress, susu drop. penat, susu drop. tak pam on time, susu drop. valve pam rosak, susu drop. period, susu drop. hahaha apa je aku tak telan untuk naikkan supply. hari-hari tengok di ig susu orang pam, supaya semangat naik hahahah gilosss.

i love my blog very dearly. sangat sayang sehinggakan kadang-kadang aku adalah pembaca setia blog sendiri. kegilaan apakah ini? hahahah. it's a place where i rant, and say and do nonsensical things. yang kalau di ig aku sedikit terkawal kerana ada beberapa orang yang aku rasa aku kena kawal diri, and i can't simply say things sebab lebih banyak hati nak dijaga. tapi di sini, walaupun ada beberapa perkara aku masih teragak-agak untuk berkongsi, tapi aku lebih bebas sebab aku tak dikenali hahahah. i know some of the readers ada dalam list ig aku, tapi yang tu aku tau memang kepala sama tingtong and i am not scared or worried sebab aku rasa selesa dengan diorang ewah sakan hahahahah. in fact aku buat perkara tak terjangkau dek akal which is aku biar ig aku exposed to strangers. so lagilah aku akan menjadi paranoid bahahahha what the hell am i doing mannnn.

oh ye berkenaan tajuk entry harini. aku masih belum ada azam tahun baru, dan aku tak plan to have any sebab well, aku hari-hari ada azam baru hahahahah. setiap hari berazam untuk tak nak marah-marah, bengang-bengang whatsoever acah-acah nak positifkan diri sekali hamik kau tercarutsss kat sini hahaha. takpelah, aku masih akan kekalkan tabiat cuba nak jadi baik tu tapi biasalah syaitan ada di mana-mana hohoho.

aku berharap ada bonus hujung tahun, tapi like always harapan selalunya akan dibawa angin bayu lalu mereputlah aku terus berharap setiap hari ada duit jatuh dari langit bahahaha. apalah aku merepek ini. kenapalah jiwa melipat kain tak semembara jiwa merepek merapu meraban di blog. kenapa oh kenapa. 

oklah, tamat dah sesi mengepam. sudah boleh berhenti merapu. akan kembali nanti bila sudah setahun lebih tua. i love you, blog. you are always special to me. hihi.

happy new year, guyssssss!