Monday, March 12, 2018

second marriage.

kegagalan buat kau belajar what works and what doesn't. second time, you expect to be better and wiser. kau assume kau patut lebih cakna, lebih alert, lebih mahir serba serbi. but siapalah kita dalam menilai kemampuan diri. kadang-kadang tersasar sebab manusia itu fitrahnya pelupa.

aku cuba untuk terima, tapi lepas satu persatu kau tertanya-tanya kat mana effort untuk jadi lebih baik? nampak macam tak ada apa yang berubah. tapi, again, siapalah aku untuk menilai. aku cuma orang luar yang melihat. lama-lama kau decide, lantakkan ajelah. family, tapi bukan bawah tanggungjawab aku pun hahah.

anyway, nak cerita pasal depression. 

haritu, last posting aku, i wrote i was not okay. aku tulis jugak sebab aku nak jadikan satu ingatan bahawa aku juga insan lemah. aku tewas dengan perasaan sendiri. who am i to fool? diri aku kot. i know something was not right. aku kena panic attack, i couldn't breathe. aku menggigil dan aku tak boleh bersuara. apa saja laki aku cakap, aku rasa dia 'menyerang' aku. so not good.

aku macam terawang-awang. bawak kereta tanpa arah tujuan. aku tak tahu nak kemana. dengan siapa aku nak bercakap. please, jangan cakap dengan aku aku patut solat dan cakap dengan Allah. i needed someone so badly. aku mati kutu. last-last aku pi klinik. doktor tanya aku sakit apa. aku jawab, saya sakit kepala. remember aku cakap aku tak boleh bersuara? suara aku pecah-pecah dan bergetar, sebab aku tahan nangis. like, kenapa aku begitu sayu? soalan biasa sahaja seperti selain sakit kepala, mana lagi sakit? since bila sakit ni? BP you sangat tinggi ni ok ok tarik nafas lepas tarikkk lepas. doktor kata, awak bukan sakit kepala. awak tertekan pasal apa ni? awak citer kat doktor sekarang. you look so bad. tell me what's wrong.

terus aku mengongoi macam baby hahahah. gelak la kan sebab skang dah okay dah. hari tu buat aku realize, kuat macam mana pun kita rasa diri kita, kita cuma manusia biasa. ada breaking point masing-masing. rasa kelakar bila aku borak dengan member aku, dia muka tak percaya sebab dia kata dia tak sangka aku akan sehazabedah gitu. aku tatau tu pujian ke apa hahaha. hubungan dengan member aku ni aneh. we knew each other masa sambung belaja haritu. lepas tu dua-dua drop out hahaha. jarang-jarang contact, but so significant to each other. dia tak judge kesilapan aku like others do. hidup dia unik. mengabdi kan diri berbakti pada keluarga. aku kagum. dia pulak dok kagum dengan aku kata aku kuat semangat la very positive la wehhh tu semua propa berlakon baik dok adaaa aku habaq hang hahaha.

hakikatnya, aku masih lagi si paranoid dengan orang, masih lagi tak gembira bekerja hahaha. aku patut kerja tapi ni dok mengarut tang ni plak. haduyai. oklah nak work work work.

bai.