Monday, August 28, 2017

susahnya nak berahsia.

selama aku menulis, sebolehnya aku cuba serahsia mungkin berkaitan dengan identiti diri dan juga makhluk-makhluk terpilih yang aku share dalam ni. i don't feel comfortable if people know so much about my life hahaha introvert acah-acah.

masalahnya, aku baru di'diagnose' kena anxiety attack tahap rendah last week. hakikatnya, so many many things happen in life now. rasa hilang kawalan, overwhelm sangat sampai satu tahap aku rasa nak tidur tanpa anak tanpa suami gila tak? adakah ini bibit-bibit depressi?

banyak sangat benda bermain dalam kepala. nak tulis kat sini, aku dok asyik tulis padam tulis padam. haihhh. masalah terlalu banyak, tapi tade penyelesaian lagi buat masa ni. bingung. 

kerja pun terganggu. hubungan dengan orang terganggu. aku rasa nak sangat cerita kerisauan aku, tapi bimbang akan membebankan orang. benda yang merisaukan tapi masih tak ada penyelesaian. penat nak cakap dengan laki, sebab ni terlalu privasi. i know he would understand, tapi letih memikirkan masalah sama. if i keep on talking about the same prob, dia mesti kata udah-udah la tu memikir. tapi benda tak selesai, and it's bugging me huhu.

stress. stress. stress.

tahap aku rasa nak tinggal semua. tamau hadap dah. orang tengok aku cool, macam rilek tapi otak berkecamuk, kepala pusing pikir non stop. orang ingat aku tenang. tuhan je tahu betapa semak serabut nya kepala aku ni. kalau orang boleh tengok, mungkin akan geleng mengetahui betapa kusutnya pemikiran aku ni.

aku tau aku tak patut berdoa di sini. menulis di sini bererti aku berdoa di media sosial. sedangkan tidak. aku menulis kerana sambil menaip aku menyatakan permintaan aku pada tuhan. supaya bila dibaca berulang-ulang, doanya jugak diulang-ulang. juga mungkin kawan-kawan yang tak diketahui turut boleh mendoakan. bukankah doa yang tidak diketahui lebih mujarab?

kawan-kawan, doakan ribut hidup aku berlalu pergi. doakan urusan aku dipermudahkan. tolong doakan masalah keluarga aku yang satu ini boleh diselesaikan. kami keluarga pincang selepas kematian papa. pincang tahap kau takkan terbayang; tak pernah dipamer dalam mana-mana drama di kaca tv kepincangan tahap mega ini. tolong doakan semua kuat, semua bersabar, semua jumpa jalan keluar.

doakan adik aku sihat kembali. jauhkan setan itu daripada dia, ya Allah. sehandal mana setan itu, tetap Kau tuhan sekian alam. dan Kau yang Maha Berkuasa. kembalikan dia ke fitrah asalnya, ya Allah. Yang baik, yang soleh, yang menyenangkan. Allah Allah Allah.

Aku serabut. 

Wednesday, August 9, 2017

mulut longkang

ya Allah, tau-tau je dah ogos wehhh hahaha. mana pi all the time of this yearrr. gila lah masa begitu mencemburui aku ni haha.

anyway,

hi readersssss! (acah-acah ramai nau pembaca hahaha) 

apa yang terbaru ek pasal diri ni? selain daripada masih beranak satu, usia semakin meningkat kubur kata mari eh eh eh haha nervous pikir mati huhu. dalam cubaan menjadi semakin baik ni, of course la iblis hantaq mejar nak mai hasut aku jadi sekutu dia balik hahaha. dua tiga menjak ni aku rasa nak jadi orang mulut longkang balik laaaa apehal tah hahahaha hilang dah aih acik sabariah dalam diri ni huhu.

aku dah macam ada split personality pun ye gak skang hahaha. secara nature nya, aku adalah seorang introvert. i love being quiet, observing people and to just watch. aku bukan jenis memekak berjenaka berkawan riuh rendah ni secara zahirnya. tapi kalau orang tu close ngan aku, aku dah selesa dengan orang tu, ha seronok la buat kepala gila kan. but in living your life, you can't simply be you. so like it or not, as to meet the society's expectation maka aku jugak terpaksa belajar membawa diri dengan menjadi sedikit extrovert. honestly, it is tiring and some people thought it's the real me, so sometimes diorang cross the line without realizing it. faham ke ek?

and aku cuma mampu menahan marah dan bersabar sebab hey, it's your workplace and they have the idea yang aku cool hahahaha. macam over gila stalk aku friend dengan sapa kat ig, aku komen dengan sapa and apa aku komen terasa celebrity sangat kah3. di zaman semua benda orang nak share ni, pada aku it's not cool you share something that shows your own personality - a stalker hahahaha.

aku stalk jugak social media accounts laki aku, but kita buat senyap-senyap udahla kan haha. tapi yelah, aku pun ada stalk orang jugak and share few things dengan kawan-kawan. cuma idoklah aku bagitau orang tu menganjeng dia depan-depan hahahah see nak justify jugak padahal perangai aku sama buruk hahahahhahahah nebes lagi.

but serious wehhhhh aku skang dalam fasa withdrawal diri sendiri daripada menjadi semakin obses dengan social media. sian anak aku tertonggeng-tonggeng beraksi, aku dok galak tengok anak artis beraksi comel di ig huhuhu. rasa macam useless bila direnung kembali. apajadah weh? anak aku lagi comel kot hahahah tapi kenapa aku abaikan, dan sibuk tengok perkembangan anak orang? paham tak masalah aku skang? aku rasa macam wtf aku asyik follow tengok anak orang sedangkan anak aku sedang berusaha mendapatkan perhatian aku huhu. so gitulah.. makanya sekarang hp memang aku akan godek bila anak dah tido, but that means aku pun dah nak terkatup mata dah haha. banyak la updates aku miss. kalau dalam keta pulak, macam tak sampai hati pulak laki drive aku main hp hahahha. baik aku manfaatkan masa berdua borak-borak, kan? anak aku memang diajar duduk carseat dari umur sebulan, so kalau dia tidur pun memang dalam tulahhh. senang aku tayah berkuntau nak pastikan keselamatan dia ketika kereta bergerak hohoh.

lepas tu, lepas tengok mak-mak superwoman kat ig masak macam-macam, sediakan itu ini untuk perkembangan otak fizikal whatnot untuk anak depa, terus aku rasa useless eh apa ni asyik rasa useless je hahahhahah. yelah, aku ni keja, masak pun jarang apalah sangat aku usaha untuk anak melainkan pam susu hari-hari untuk bekal anak aku ececeh. aku masak untuk bekal anak aku. orang ingat sebab aku ni particular sangat bab nutrisi. hakikatnya, aku nak compensate my time dengan anak aku. satu jenis guilt yang aku rasa orang boleh relate kot haha. aku nak anak aku still ada my 'touch' walaupun hakikatnya aku kerja dan jauh dari dia. over kan, hahah.

but itulah. aku cuba menjadi aku. yang sebenarnya memanglah tak sempurna. orang kata macam-macam aih kat aku ni. tapi nasiblah jenis malas layan. nak kata sabariah sangat tu idoklah. tapi.. kalau over sangat memang mendapat la kata makian seperti babi dan seangkatan kah3.

sorry kawan-kawan. kadang-kadang aku teringin nak jadi macam kak senduk sebab walaupun bahasa lahar gila but still so fun to read sebab itulah aku sebenarnya di alam nyata bahahahha. kat sini aku tulis bahasa baik gila wehhhh hahaha. rasa palsu plak haha. 

oklah, tamat dah sesi ngepam aku. dengan ini tamatlah sesi mengarut haha tetiba. ok bai.

Wednesday, May 24, 2017

tenggelam timbul

hollaaaa pipol. 

just nak habaq, aku dah pindah hahahaha. tu yang sibuk gilaaa. eh memanjangla sibuk aku ni poyo betoi macam aku sorang jela busy ahahah. macam biasa, lagi seminggu nak pindah baru start packing. memang tak cukup tangan aku buat kerja hahaha. nasib ada adik tolong, and student provide kotak berlambak-lambak. senang keja iols haha. ni kira okay niiii seminggu sebelum. last time pindah, esok nak angkat barang harini baru aku packing hahaha. end up segala sampah sarap aku hangkut semua takdan nak sort buang apa patut sebab semua campak masuk kotak, plastik sampah etc.

but this time, i've learnt the lesson so banyak gila barang aku buang hahaha. and since rumah sekarang nak sewakan, aku tinggal banyak jugak barang-barang hewhewhew. last time aku jual mana perabot yang aku tanak, dapatlah buat duit poket pi joli kat ikea kahkahkah.

rumah baru ni pun masih comel size nya. tak banyak barang sangat sebab aku memang suka konsep minimalis. dinding masih kosong. pelan-pelan kayuhla kemas cuma sesak nafas aku nervous pikir nak posa, pastu nak raya haruslah rumah berseri-seri noksss. cuma yang bestnya, posa ni students cuti so aku rileks sikitlah tayah memekak-mekak mengajar tekak kering bagai. cadang macam-macam nak tingkatkan level iman, tu pun bikin nebes jugak hahaha. setan kena ikat, tapi aku ni pun bleh tahan gak perangai setan huhuhu.

rumah baru jarak jauh daripada tempat kerja. jauhlah sebab dulu 3km je kah3. bontot pun takdan panas lagi duduk dalam keta. skang sejam jugaklah campur dengan hantar anak ke rumah pengasuh. dari segi cost tak boleh nak calculate lagi sebab baru beberapa hari. tapi balik keja dreadful jugak la sebab dulu sat je dah sampai hahahaha. ni campur jem penat otak penat badan pindah lagi, memang terasa jarak tu. nanti biasalah kot ek. orang lain keja lagi jauh kecoh je aku ni hahahahaha.

sekarang lunch time taleh balik tido dah. so now.. aku kena setup tempat tido kat bawah meja kot ni hahaha over. oklah, nak start marking. selamat berposa uolsss! semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. muahhh!

Wednesday, April 12, 2017

12 april 2016 - 12 april 2017

ke hadapan anak mak, muhammad ali.

masa ali belum lahir, mak berkira-kira nak letak nama al-haq untuk ali. supaya bila omputih sebut tu ala-ala hulk la haha. tapi akhirnya, mengambil kira pelbagai faktor mak dan ayah decided nama muhammad ali lebih sesuai. sesuai dengan semangat ali untuk meneruskan hidup.

to be honest, kehadiran ali tak dirancang pun. mak dan ayah selalu rasa tak bersedia nak pikul tanggungjawab. pengecut. susah hati memikirkan amanah yang sangat berat. tapi, Allah is the best planner of all. hadirnya ali, bersama dengan ujian dan nikmat. mak seronok sangat setahun bersama ali. semoga Allah murahkan rezeki kita untuk bersama selama yang boleh, ali. mak tak puas lagi tengok ali, nak gomol-gomol ali.

though your birth date is 12 april, tapi ali baby tak cukup bulan. ikut kiraan umur sebenar ali baru 10 bulan 3 minggu. ali beruntung, dapat celebrate dua kali setahun. alasan untuk mak shopping hadiah untuk ali haha. ali dah mula bertatih, walaupun ali tak merangkak. ali cuma menyusur je macam komando hahaha. habis rosak baju ali, tapi mak tak kisah sebab tu pun alasan jugak nak shopping haha. 

alhamdulillah, despite episod suka duka lidah ali, we did it jugak ali. setahun ali minum susu mak. alhamdulillah Allah cukupkan untuk ali. mak doakan Allah cukupkan sampai ali dua tahun, ye. kelahiran ali pramatang, mak cuma boleh mengharapkan susu mak cukup untuk bantu immune system ali, selain minta pada Allah untuk lindungi ali, of course. 

ali suka makan. sebab tu badan ali bam bam. masa ali lahir, ali kecik kurus je. kaki kering macam ranting hahaha. mata besar tak balance dengan muka kecik. sekarang badan ali semangat. lenguh-lenguh tangan mak dukung ali. ali panjang akal. mulut tak banyak, tapi pantang lepa siaplah merata ali pergi. main sorang-sorang pun layan. 

ali dah pandai tunjuk perasaan, but it's good sebab anak mak dah mula ada character and personality. jadilah orang yang baik, insan yang soleh, ali. jadilah orang yang menyenangkan orang lain.



perjuangan ali masih jauh. mak akan cuba bantu ali, ye. esok kita ada routine check up di pusat kesihatan, minggu depan di sungai buloh berikutan tongue tie ali. bulan 7 kita ada fisio. satu demi satu. mak doakan ali kuat semangat, dan jangan mudah mengalah. Allah menguji kita hanya semampu kita, Ali. mak dan ayah akan sentiasa ada dengan ali, insyaAllah.

banyak mak nak tulis lagi, tapi takpelah biar Allah je yang tau. macam poyo plak nak detail kat sini kahkahkah. mak sayang ali!

Thursday, March 30, 2017

rumah hampir disita.

kau tahu perasaan tanjat tahap maksima, yang mana tetiba muka kau panas, tangan menggigil jantung berdegup laju gila. ye, hampir pitam aku rasa masa tu. meruap-ruap marah geram malu semua ada. balik rumah, terpampang notis amaran harta akan disita hahahaha. entah berapa ramai orang lalu lalang baca dan membuat anggapan buruk dekat aku eh aku sudah bersangka buruk juga ni hahah.

aku memang ada isu perihal cukai pintu yang cuba diselesaikan since 2014. tahukah kalian, aku membeli sebuah rumah, nama berjaya dipindahmilik namun cukai pintu ada tunggakan beribu? puas sesi kejar mengejar dengan peguam. peguam main tarik tali lembab gila dan kesabaran aku habis bila aku dapat notis sita. kalaulah aku sedikit keras sebelum tu tak payahlah nak drag sampai 2017 baru settle hishhhh duit nak kerja tak settle diorang ni hahaha.

persoalan oleh majlis perbandaran - macam mana rumah dapat tukar nama kalau cukai tak settle? kau rasa aku boleh jawab? mana aku tahu hahahaha. puas main aci ligan dengan lawyer tau. lawyer bagi alasan macam-macam. owner tak respon la owner tanak bayar la wth. dah sah-sah lah owner dah sedap dapat duit wehhh kau rasa dia nak bertanggungjawab kerrrr. aku ni pulak bila dah bengang memang omputih semata bahasa aku. terasa keras dan arrogant waktu tu but hey, i paid everything oredi so kau kenalah settlekan isu ni. pedulik hapa aku owner tak nak bertanggungjawab ke apa ke jadah aku bayar kau kalau aku yang kena aci ligan owner. 

last-last aku biarkan lawyer merempan-rempan, tinggi suara bagai, aku sabariahkan aje. i just wanted things to settle. aku nak duit nak bayar cukai tu. jangan harap aku nak bayar aku pun bukan kaya hokayyyy. aku datang firm 2 kali okay sebab kali pertama datang check salah tulis. datang kali kedua salah jugak hahahaha short 60hengget. tetappp aku nak jugak that rm60 so i waited. short 60sen okaylah yang ni aku malas nak gaduh hahahaha.

maka berhuhulah aku ke majlis perbandaran nak uruskan bayaran cukai. and guess what?? rezeki sangat sebab langkah kanan banyak gila aku dapat diskaun. mungkin tu hikmah aku bersabariah hahahah. so lepas ni orang maki aku pun aku nak diam dan redha dan pasrah dan cuba ikat kaki supaya aku tak sepak muka orang tu hahaha.

begitulah pengalaman aku dengan lawyer, dan pengalaman aku nak memiliki seketul rumah. penuh pancaroba isk isk isk. tapi takpelah, at least lepas ni aku pandai sikit nak deal dengan lawyer. jangan harap aku nak cakap melayu lepas ni. nak jadi coco la baru orang respect kot kerja elok sikit kahkahkah.

ok bye. nak balik hehehe. aku busy minggu ni. minggu depan nak apply belajar kat ukm. poyo je aku ni tak habis-habis berjuang study haih doakanla aku wehhhhh. aku nak belajarrrrr.

Friday, March 17, 2017

let it be messy, but never filthy

i am not a perfectionist. jauh sekali. not really an OCD person. laki aku pasang cadar tak sama dengan sarung bantal pun aku okay je. but i like a clean house. who doesn't, anyway? clean, okay? ada beza antara clean and neat. aku tak kisah rumah sepah. aku faham setiap orang ada waktu malas, dan bila kau ada anak dan kau bekerja there are days your house is messy. fine. but i cannot tolerate if the house is filthy. kotor. faham? macam sampah merata-rata, semut sana sini, stale food here and there, sinki bertakung air kotor berbau. that one i just cannot. so please, janganlah memandang sinis kepada kepantangan aku ini. yes, it's my weakness kalau kau rasa aku over. aku memang ada isu nak duduk or pijak lantai melekit-lekit ni. and karpet yang kau tahu lama tak disedut, lepas tu ada kesan kotoran makanan yang tak dibersihkan. i just cannot.

gelakkanlah kepoyoan aku ini. perlilah aku suruh ajar anak mengemas supaya aku tak perlu risau rumah sepah. you missed my point. sepah aku faham. anak aku kalau main pun golek barang sana sini. main, i get it. dia kecik lagi, not even a year old. mana faham konsep sepah. tapi bila dia makan tumpah-tumpah, aku lapkan bersih-bersih. i don't wait until next day, next week, next month. sah-sahlah dia akan main kat situ lagi. dirty, faham? aku tak marah anak tu sebab aku tahu dia tak faham. tapi parents, please buat kerja lebih sikit please. honestly speaking, aku decided tamau bagi anak aku makan biskut coklat dekat jumperoo dia sebab lepas tu habis melekat coklat kat mainan semua hahahaha. aku bersihkan dia, dan kemudian aku bersihkan jumperoo tu malam tu juga. lepas tu aku beli baby chair senang cerita hahaha. lebih mudah nak bagi dia makan. dia budak, dia tak faham konsep jangan bagi kotor. dia baru nak belajar cara makan, takkan kerana nak rumah kemas dan bersih maka aku halang anak aku nak makan, kan? 

tapi tu bukan alasan. sebab rumah mencerminkan keperibadian kita. tu pendapat aku. biar sepah, tapi jangan kotor. sekian tazkirah hari jumaat. we're going somewhere far tonight. three weekends in a row takde di rumah. i am SUPER exhausted.

Tuesday, March 14, 2017

introvert

my laptop is back. so hopefully that explains why i didn't write for so long. ahhh i forgot to mention few keys on my keyboard are less functional. they are working, but if only you press hard enough heheh. i only write when i have my laptop, because that's the only way i feel safe and private. though some of the readers are my followers on ig (and i follow them back, im nosy like that, ehem) so no secret of who i am but still, the less the better it is for an introvert like me.

yeppp. i'm actually an introvert. but i would say aku ada split personalities hahaha. i enjoy being alone, but i would talk a lot when i'm truly comfortable with those people. many have described me as someone who is serious looking, cold and nampak sombong but once they get to know me they say i am crazy. but still i won't deny that i am socially awkward. aku tak pandai nak small talk, and occasionally aku tak reti nak say things related to occasion. for example, i would say odd things (something i must not say) at inappropriate times huhu. ada one colleague was so curious bila aku kata aku tak ramai kawan. in fact my husband is actually the only friend i can trust tapi tu pun ada benda aku still tak cerita. trust issue nampaknya ni hahahaha. 

berpengalaman ditikam berkali-kali, being insulted, judged and isolated just because i am different and just because i am not like the other typical girls so yeah, aku sangat sangat memilih untuk berkawan. just because i don't find it interesting untuk berlawan kata, doesn't mean aku tak terasa or sedih or whatever. nampak je muka macam tak peduli but god knows how i actually feel. pedih, trauma, takut dan serik. serik sampai aku terlalu berhati-hati. yet i made few mistakes because macam mana berhati-hati pun, aku hanyalah manusia biasa. ada masa dipengaruhi emosi. tapi this particular person did test my patience, yang hakikatnya aku bukanlah sabariah sangat. being an introvert helps, because i don't really care about others' matters or businesses. i only care mine. aku punye masalah pun dah berlambak haih.

but this lady. she tested my patience, and she even dared to think i am just like her. i am not, for god's sake. fact is, yes i was angry with what this man did. but who gives you the right to instill hatred into someone else's heart? and the fact that this man is blood-related, what makes you think it is wise to keep on hating him? i hate his doings. but not the man, because there's nothing i can do to change it. and his business remains his. not my concern. and not even yours. yang aku tak boleh blah tu, gila talam muka kau kan. depan that man pijak semut tak mati. ehek ehek tergelak layan elok pulak. belakang dia kau bersekongkol dengan ex wife mengata macam-macam bla bla bla. there's a reason she is now an ex, babe. he's not a nice man, fine. but she is not a saint either. so please la.

i have been existed long enough to see everything. even longer than you do. so please. i know what's happening, and i know people well including you. tak perlu nak perli-perli aku when i was not on your side sebab pergi mampuslahhhh dia nak buat apa punnnn! kesian anak-anak, adakah sampai perlu kau menjaja kisah bapa diorang? and maknya pun, perlu ke tak habis-habis carik buruk bekas tu? move on, please. belajarlah terima hakikat yang dah bercerai pun. dah berpisah, okay? memang that man sucks, kalau tak takdelah kau mintak cerai. tapi dah cerai pun masih buruk-burukkan pasangan.. sendiri pikirlah. dia tak bagi nafkah anak, kau fightlah di mahkamah. yang dok screenshot conversation korang, lepas tu share kat 'judge' tak bertauliah buat apa? kau dapat duit ke? tak kannn. tapi yelah, puas hati sebab dapat burukkan orang. lepas tu si hakim ni dok hasut-hasut suruh benci bapak budak-budak tu. sedangkan bapak budak tu darah daging kot. ehhh tak paham lahhh aku ni hahahaha terpaksa merempan kat sini.

kalau menantu, buat cara menantu. jangan jadi batu api ye pompuan. dulu kau lagakan aku dengan menantu lagi satu. hari-hari kau suap aku dengan screenshot si ex ni. seronok kau bila aku sedih. aku marah. katanya kesian kat aku. ehhh kesianlah kat kau sebab sekarang kau tu yang dalam pemerhatian. bukak cerita keluarga kat orang tak berkait hahaha nak mampus ek? kau kawen dulu daripada aku, yet kau la manusia paling dungu sebab tak belajar untuk kenal orang. kau tua daripada aku, tapi aku orang lama. aku dah lama wujud, lama sebelum kau datang. cerita kau semua dalam kocek, but i decided not to tell sebab aku tau apa rasanya bila tahu orang mengata pasal kita. aku tak bodoh macam kau, pompuan.

you keep on hurting me. sekarang, padan muka aku block no kau terus hahahaha. i have to sebab kau melampau.

i am an introvert. i don't speak much but i am not stupid. get it?