Wednesday, August 9, 2017

mulut longkang

ya Allah, tau-tau je dah ogos wehhh hahaha. mana pi all the time of this yearrr. gila lah masa begitu mencemburui aku ni haha.

anyway,

hi readersssss! (acah-acah ramai nau pembaca hahaha) 

apa yang terbaru ek pasal diri ni? selain daripada masih beranak satu, usia semakin meningkat kubur kata mari eh eh eh haha nervous pikir mati huhu. dalam cubaan menjadi semakin baik ni, of course la iblis hantaq mejar nak mai hasut aku jadi sekutu dia balik hahaha. dua tiga menjak ni aku rasa nak jadi orang mulut longkang balik laaaa apehal tah hahahaha hilang dah aih acik sabariah dalam diri ni huhu.

aku dah macam ada split personality pun ye gak skang hahaha. secara nature nya, aku adalah seorang introvert. i love being quiet, observing people and to just watch. aku bukan jenis memekak berjenaka berkawan riuh rendah ni secara zahirnya. tapi kalau orang tu close ngan aku, aku dah selesa dengan orang tu, ha seronok la buat kepala gila kan. but in living your life, you can't simply be you. so like it or not, as to meet the society's expectation maka aku jugak terpaksa belajar membawa diri dengan menjadi sedikit extrovert. honestly, it is tiring and some people thought it's the real me, so sometimes diorang cross the line without realizing it. faham ke ek?

and aku cuma mampu menahan marah dan bersabar sebab hey, it's your workplace and they have the idea yang aku cool hahahaha. macam over gila stalk aku friend dengan sapa kat ig, aku komen dengan sapa and apa aku komen terasa celebrity sangat kah3. di zaman semua benda orang nak share ni, pada aku it's not cool you share something that shows your own personality - a stalker hahahaha.

aku stalk jugak social media accounts laki aku, but kita buat senyap-senyap udahla kan haha. tapi yelah, aku pun ada stalk orang jugak and share few things dengan kawan-kawan. cuma idoklah aku bagitau orang tu menganjeng dia depan-depan hahahah see nak justify jugak padahal perangai aku sama buruk hahahahhahahah nebes lagi.

but serious wehhhhh aku skang dalam fasa withdrawal diri sendiri daripada menjadi semakin obses dengan social media. sian anak aku tertonggeng-tonggeng beraksi, aku dok galak tengok anak artis beraksi comel di ig huhuhu. rasa macam useless bila direnung kembali. apajadah weh? anak aku lagi comel kot hahahah tapi kenapa aku abaikan, dan sibuk tengok perkembangan anak orang? paham tak masalah aku skang? aku rasa macam wtf aku asyik follow tengok anak orang sedangkan anak aku sedang berusaha mendapatkan perhatian aku huhu. so gitulah.. makanya sekarang hp memang aku akan godek bila anak dah tido, but that means aku pun dah nak terkatup mata dah haha. banyak la updates aku miss. kalau dalam keta pulak, macam tak sampai hati pulak laki drive aku main hp hahahha. baik aku manfaatkan masa berdua borak-borak, kan? anak aku memang diajar duduk carseat dari umur sebulan, so kalau dia tidur pun memang dalam tulahhh. senang aku tayah berkuntau nak pastikan keselamatan dia ketika kereta bergerak hohoh.

lepas tu, lepas tengok mak-mak superwoman kat ig masak macam-macam, sediakan itu ini untuk perkembangan otak fizikal whatnot untuk anak depa, terus aku rasa useless eh apa ni asyik rasa useless je hahahhahah. yelah, aku ni keja, masak pun jarang apalah sangat aku usaha untuk anak melainkan pam susu hari-hari untuk bekal anak aku ececeh. aku masak untuk bekal anak aku. orang ingat sebab aku ni particular sangat bab nutrisi. hakikatnya, aku nak compensate my time dengan anak aku. satu jenis guilt yang aku rasa orang boleh relate kot haha. aku nak anak aku still ada my 'touch' walaupun hakikatnya aku kerja dan jauh dari dia. over kan, hahah.

but itulah. aku cuba menjadi aku. yang sebenarnya memanglah tak sempurna. orang kata macam-macam aih kat aku ni. tapi nasiblah jenis malas layan. nak kata sabariah sangat tu idoklah. tapi.. kalau over sangat memang mendapat la kata makian seperti babi dan seangkatan kah3.

sorry kawan-kawan. kadang-kadang aku teringin nak jadi macam kak senduk sebab walaupun bahasa lahar gila but still so fun to read sebab itulah aku sebenarnya di alam nyata bahahahha. kat sini aku tulis bahasa baik gila wehhhh hahaha. rasa palsu plak haha. 

oklah, tamat dah sesi ngepam aku. dengan ini tamatlah sesi mengarut haha tetiba. ok bai.