Friday, March 29, 2013

lets sum everything up.

1. things went pretty well today. went out for lunch together with my sv, dia bayar hahah. she insisted so aku pasrah. pecah rekod bawah pengarah marcomm naik my car hihi.

2. petang tidur macam batu. penat sangat agaknya.

3. aku ada masalah tak tahu nak berkomunikasi dengan ex bos hahaha. bila jadi anak buah aku, tak reti pulak aku nak tegur. 

4. soalan peperiksaan tak boleh dihantar through email. mesti by hand. adoi cemana nak cakap ni.

5. tailor dah call suruh datang fitting baju. adoi nervous. tak dan dah nak diet hahahahaha.

Thursday, March 28, 2013

as an adult.

i shall be held responsible for all the delays and incomplete works. 
heh nervous nak jumpa supervisor esok.

Wednesday, March 27, 2013

slightly annoyed.


Great minds discuss ideas; average minds discuss events; small minds discuss people.
- Eleanor Roosevelt -

pertama:
jangan sibuk hal aku, boleh?

kedua:
stop talking about me with my sv.

ketiga:
stop using my name to get her.

empat:
why don't you just be good, instead of trying to be me?

lima:
buzz off.

enam;
stop being someone else.

tujuh;
stop being me.

bencilah impostors ni.

jadi bagus pun susahhhhhh.
hahahahhaaa.



Wednesday, March 20, 2013

usaha tangga kejayaan.

dah dua minggu berturut meeting pagi sampai petang. ingatkan kalau tak masuk bidang korporat tak perlu meeting lelama ihikkss.

urusan rahsia hampir selesai. sekarang tunggu keputusan je. nervous.

ada kawan ni cakap macam beria nak beli rumah. tapi macam tak bersungguh. nak ke tanak?

test last week sumpah tak boleh jawab, tapi still score 5/10. terima kasih, wahai tuhan yang maha pemurah.

aku mengantuk. tapi macam awal sangat nak tidur dah.

tapi tak study lagi. haih i'm so tired.


Saturday, March 16, 2013

Thursday, March 14, 2013

kelebihan bekerja ikhlas.

selepas apa yang berlaku kelmarin, aku pun mulalah muhasabah diri and what not.

dan tadi terjumpalah artikel yang pada aku agak menarik untuk santapan rohani aku ecewaaaaah macam ustajah nokkkksss.

meh aku kopi pasta meh. (kredit to harianislam.com)


Banyak manfaat yang dapat kita perolehi dengan bekerja yang ikhlas. Selain mendapat gaji dan meningkatkan produktiviti kerja, Kita juga akan disukai Allah, majikan dan teman sekerja.Tambahan, bekerja itu kan satu ibadah.Oleh itu bekerjalah kita dengan ikhlas.

Kelebihan Bekerja Dengan Ikhlas

1.Mendapat Kekuatan, Kebijaksanaan dan Kesabaran
Orang yang ikhlas akan mendapat bantuan dalam melaksanakan kerjanya. Apabila seoranghamba ikhlas, “talian hayatnya” bersambung dengan Allah. Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang ikhlas. Dia sentiasa memberi bantuan apabila hambaNya memohon pertolongan.

2.Hasil Kerja Berkualiti dan Produktif
Jika seseorang bekerja kerana gaji, maka dia tidak akan bekerja melebihi kadar gaji yang diterimanya. Tetapi jika seseorang bekerja ikhlas kerana Allah, dia akan melipat gandakan kerjanya di tahap terbaik kerana yakin pembalasan daripada Allah jauh lebih banyak, baik dan kekal. Dia juga menjadi pekerja yang produktif, tanpa memilih hanya kerja yang ada nilai “self promotion” (ganjaran pangkat dan gaji) malah dia juga giat dalam kerja-kerja yang memberi nilai “self improvement” (peningkatan nilai murni dalam diri). Tegasnya dia tidak terlalu berkira dengan tenaga, masa, dan sentiasa bersedia untuk melakukan kerja-kerja sukarela dan khidmat masyarakat.

3.Terhalang daripada Melakukan Penyelewengan
Pekerja yang ikhlas tidak perlu dipantau oleh “punch card”, CCTV, dan peraturan-peraturan yang ketat untuk menghalangnya daripada rasuah, ponteng, curi tulang, dan lain-lain perbuatan negative kerana dia merasakan dirinya diawasi oleh Allah. Walaupun begitu, tidak salah menggunakan sistem pemantau luaran kerana sifat ikhlas sedang dalam pembinaan. Itu juga membantu proses mujahadah untuk mendapat keikhlasan.

4.Hubungan Harmoni Sesama Rakan Sekerja
Orang yang ikhlas tidak akan mengampu, mengadu domba, sabotaj, mengumpat, apalagi memfitnah rakan sekerja. Cinta dunia adalah “kepala” kejahatan. Orang yang ikhlas hanya mengharapkan keredhaan Allah dan tidak ada sebab untuk mereka menzalimi orang lain demi mendapat pujian, pangkat dan ganjaran material. Tempat di sisi Allah sentiasa luas dan tidak perlu berebut-rebut berbanding tempat di dunia yang sempit lagi terhad.

5.Taat Orang Atasan dan Hormat Orang Bawahan
Orang yang ikhlas akan mentaati perintah, teguran dan keputusan atasannya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Ketaatan itu bukan mengampu sebaliknya dilakukan atas dasar taat kepada Allah. Begitu juga, mereka akan menghormati orang bawahannya, mengasihi dan tidak menzaliminya. Mereka faham bahawa pemimpin merupakan “khadam ummah” bukan memperalatkan orang bawahan untuk kepentingan peribadi.

6.Yakin dan Berani Menyatakan Pandangan dan pendirian.
Ketaatan dalam Islam tidak menutup pintu perbincangan atau mesyuarat untuk menyatakan pandangan dan pendirian. Justeru, orang yang ikhlas tidak teragak-agak untuk menyatakan pendiriannya apabila kena pada tempat, masa dan suasananya. Apa yang dirasakan benar, dinyatakannya dengan jelas dan beradab sekalipun pahit. Dia tidak akan bermuka-muka. Kata-katanya adalah dari hati bukan “ambil hati”. Dan dia bertanggungjawab atas pendirinyannya bukan bersifat “lempar batu, sembunyi tangan”.

Wednesday, March 13, 2013

jangan hanya mendengar sebelah pihak.

selama ni, selalu kita dengar atau baca perihal ketidakpuasan hati kita dengan bos di tempat kerja. semuanya serba tak kena. kemain kita buat luahan perasaan tanpa memikirkan perkara lain, yang penting, perasaan kita diluahkan dan kita puas. kita jadi lebih seronok bila mendapat komen yang menyebelahi kita. kemain kata betapa sial ada ketua begitu begini; betapa dia pun pernah mengalaminya. 

hakikatnya, aku juga begitu suatu ketika dulu. sampailah aku ditakdirkan menjadi ketua.

apa aku nak cakap adalah, there's always two sides of the story. so, chill - relax. bertenang dan banyakkan bersabar. muhasabah diri kenapa jadi begitu begini.

lainlah kalau orang tu memang palat bahahahahha.

aku sebenarnya sedang makan dalam dengan orang yang tak tahu menghormati orang atasan. awak, tak kiralah how efficient you are in organising your work etc, tapi kalau adab kurang, komunikasi hampeh - susahlah macam ni.

dalam satu jabatan, ada lima orang sahaja. jabatan yang kecil. masih baru; cuma dua tahun usianya. masih banyak nak belajar. yang jadi ketua, dulunya sahabat. sekarang pun sama, bila bukan pasal kerja.

but when it comes to work, please practice some ethics. that's all i'm asking. jangan melulu mempersoalkan keputusan aku. dan jangan buat keputusan tanpa berbincang sama aku. aku tahulah kau pandai, kau sangat tersusun orangnya - tapi beringatlah. semua orang banyak kerja. bukan kau saja yang sedang sambung belajar. semua orang tertonggeng-tonggeng jugak nak uruskan kerjaya dengan usaha menggali ilmu.

jangan angkuh, kawan. tak ada siapa paksa kau sampai kau tak cukup kaki tangan nak buat kerja. persoalannya, kenapa kau buat kerja orang dan kemudian kau emo kerja kau banyak?

adoi, sendiri cari penyakit kenapa melalak emosi sana sini?

kau petik suis amarah aku. bila aku bersuara tegas - muka kau merah padam. dan hati aku makin sakit bila kau semakin bersifat personal. aku cuba juga tahan sabar, kalau ikutkan baran mau aje aku tangankan hahahahhaa nampak tak aku cuba juga nak beretika dengan kau?

kawan, jangan simply kata kau sahaja yang bekerja menunaikan amanah tuhan. kita semua sama. mulut jangan biadap sangat, boleh?

bukan kau seorang banyak kerja, bitch.

Sunday, March 10, 2013

ringkas.


  1. terlalu sibuk.
  2. ambil cuti.
  3. makan hati.
  4. kenduri banyak.
  5. menulis thesis.
  6. demam.
  7. esok kerja.
  8. mood ke laut.