selama ni, selalu kita dengar atau baca perihal ketidakpuasan hati kita dengan bos di tempat kerja. semuanya serba tak kena. kemain kita buat luahan perasaan tanpa memikirkan perkara lain, yang penting, perasaan kita diluahkan dan kita puas. kita jadi lebih seronok bila mendapat komen yang menyebelahi kita. kemain kata betapa sial ada ketua begitu begini; betapa dia pun pernah mengalaminya.
hakikatnya, aku juga begitu suatu ketika dulu. sampailah aku ditakdirkan menjadi ketua.
apa aku nak cakap adalah, there's always two sides of the story. so, chill - relax. bertenang dan banyakkan bersabar. muhasabah diri kenapa jadi begitu begini.
lainlah kalau orang tu memang palat bahahahahha.
aku sebenarnya sedang makan dalam dengan orang yang tak tahu menghormati orang atasan. awak, tak kiralah how efficient you are in organising your work etc, tapi kalau adab kurang, komunikasi hampeh - susahlah macam ni.
dalam satu jabatan, ada lima orang sahaja. jabatan yang kecil. masih baru; cuma dua tahun usianya. masih banyak nak belajar. yang jadi ketua, dulunya sahabat. sekarang pun sama, bila bukan pasal kerja.
but when it comes to work, please practice some ethics. that's all i'm asking. jangan melulu mempersoalkan keputusan aku. dan jangan buat keputusan tanpa berbincang sama aku. aku tahulah kau pandai, kau sangat tersusun orangnya - tapi beringatlah. semua orang banyak kerja. bukan kau saja yang sedang sambung belajar. semua orang tertonggeng-tonggeng jugak nak uruskan kerjaya dengan usaha menggali ilmu.
jangan angkuh, kawan. tak ada siapa paksa kau sampai kau tak cukup kaki tangan nak buat kerja. persoalannya, kenapa kau buat kerja orang dan kemudian kau emo kerja kau banyak?
adoi, sendiri cari penyakit kenapa melalak emosi sana sini?
kau petik suis amarah aku. bila aku bersuara tegas - muka kau merah padam. dan hati aku makin sakit bila kau semakin bersifat personal. aku cuba juga tahan sabar, kalau ikutkan baran mau aje aku tangankan hahahahhaa nampak tak aku cuba juga nak beretika dengan kau?
kawan, jangan simply kata kau sahaja yang bekerja menunaikan amanah tuhan. kita semua sama. mulut jangan biadap sangat, boleh?
bukan kau seorang banyak kerja, bitch.
No comments:
Post a Comment