Friday, May 24, 2013

jangan mudah percaya.

kadang aku rasa blogger sekarang dah memainkan peranan macam media yang ada. maksud aku, sebagai medium pengiklanan. maka, harus diingat agar tidak mudah terjebak hahahah aku la tu yang selalu mudah terpengaruh mihmihmihhhhh.

terutamanya kalau bab makan. amboi mudah benar terikut. orang kata sedap, kemain mencari. sekali bila makan rupanya propa je lebih. entri disponsor kennn. terus rasa macam dammmmm terjebak lagi hihihi. ke sebab taste manusia lain-lain? anda bagaimana? 

esok akan pulang ke kampung. maka bersedialah menahan sabar dan bertenang bila diasak dengan soalan pasal kahwin. walaupun masa sudah semakin hampir, aku tetap tak suka orang sebok-sebok. not they care punnnn. saje carik modal nak memerli aku. heh. aku idaklah tua sangat pun hakikatnya. tapi yelah, since aku la anak sedara paling tua masih belum kawin, risau la kononnnn. konon.

hakikatnya, aku bosan kemana-mana tanpa my other half. cewaahhh gedik lempang kangggg.

dan sebenarnya, aku malas dan benci nak dengar orang kejikan bentuk badan aku. and lagi tak best, mengaitkan dengan aku nak kahwin. 

kalau gemuk, takleh kahwin ke? tak bahagia ke? tak orgasm ke? hahahha tetiba.

bye.

Friday, May 17, 2013

luahan perasaanlah, apa lagi?

aku seronok mc dua hari. tak pernah dapat berehat lama. tapi konon berehattttt. ada aje yang kena buat. haihhhhhh.

kadang hati aku sakit tengok orang layan orang mengikut kedudukan ni. apa beza pensyarah dan pegawai pentadbiran? apa beza pensyarah, pegawai pentadbiran, dan pelajar?

hanya kerana mereka pelajar, mereka layak dilayan ala kadar ke? usaha mereka, masa mereka - tak sama nilai dengan kita?

bekerja dalam industri pendidikan - semua kena tahu bahawa cabaran bukan hanya di kalangan pelajar. bukan semata pelajar kurang ajar. biadap. pemalas.

kakitangan pentadbiran, pensyarah - sama aje. mengajar supaya jangan membezakan antara manusia. in fact, you didn't walk the talk. shame on you. boo.

cabaran berada dalam industri pendidikan - tak sebulu sesama kakitangan, hasad dengki iri hati, pemalas, dan mudah give up bila kerja sedikit sukar.

just because they are students, you don't have the right to deny their effort. learn to appreciate. as much as you want to be appreciated, so do them.

arghhhhhh stress. mc pun kena datang keja. wtf.

Tuesday, May 14, 2013

terkilan.

bila jadi macam ni, ingat aku tak sedih ke?
susah hati sangat, okay.

kadang pretend as if nothing saddens me.
pura-pura, tahu?

dalam hati robek sompek meratap macam air terjun.

orang kata, bila hidup terlalu mudah dan ringkas dan bahagia;
pasti; pasti akan ada dugaan yang menanti.

maybe it is the moment.

heshh.
tak baik buruk sangka dengan Tuhan, tau.

Monday, May 13, 2013

editing.

boleh jadi gila meng'edit' hasil kerja manusia lain. 
susahhhhhnye!

kehadapan para ilmuwan.
tolonglah jangan pakai google translator.
jangan mengharap 100% kepada natang tu.

haihhhh. 30 more articles to go.
chayok chayok!

Sunday, May 12, 2013

bila dah lama tak menulis.

dulu aku suka menulis. suka tulis macam-macam di sini. tapi bila makin dewasa ni, banyak benda yang menghalang yang membuatkan aku rasa terbantut nak menulis hihihi. kekangan masa, kerahsiaan, perasaan manusia di luar sana, etc. banyak perkara perlu dipertimbangkan bila mahu menulis.

dua tiga minggu ini, emosi bergolak. aku salahkan hormon lagi seperti biasa hehehe. minggu lepas aku ke jakarta dan bandung, penat masih bersisa. duit pun dah habis banyak hahahaha. balik saja ke malaysia, dah dihambat dengan kerja yang macam-macam. sepanjang di sana pun sms bertalu-talu perihal kerja. adoi, aku sedang bercuti kot huhu.

jumaat ini ada program jabatan; dan program jabatan-jabatan lain yang bergabung tanpa menjemput jabatan aku. sedih, okay. sentap. di organisasi kecil aku bekerja cuma ada lima jabatan. empat bergabung melainkan jabatan aku. apa patut aku rasa? susah nak bekerja tanpa ada hasad dengki sesama manusia. aku cuma menjalankan tugas mengikut arahan dan kehendak kpi. kenapa terasa tergugat?

manusia yang mudah terasa terancam adalah manusia tak buat kerja, pada hemat aku. mohon aku dijauhkan dari sifat busuk hati dan hasad dengki.

Wednesday, May 1, 2013

mimpi itu.

i had been dreaming that i would cry my heart out.
that i cried so bad i felt so good afterwards.
that in that dream, i cried very hard and i just let everything go.

sometimes, i just have to admit.
that i'm so exhausted of pretending that everything is okay.
that i am okay with all these.
that i'm good with my life.
that i don't feel it.

i'm just so tired.
in a way, weirdly i cried only in my dream to tell that i no longer can take it.

i wonder if you notice what have i done for you.