Monday, June 24, 2013

wooohoooo.

semester dah tamat. pelajar pun dah selamat masuk ke pengajian ijazah. sekarang tengah mode busy menanda, key-in markah dan buat filing. kehidupan yang sibuk takkan pernah habis hihi. di kala aku terkejar-kejar sana sini, ada juga beberapa perkara baik yang berlaku.

yang pertamanya, aku dah selamat menjadi tunangan orang! hihi officially engaged last week. tak plan apa sangat pun, jumaat cari cincin, sabtu sarung. baju pakai baju kerja je hahaha. bedak pun tak pakai hihi hampeh betul. mama pun aku tak maklumkan ada bawa cincin sebab nak majlis serba ringkas. kau tahulah mak-mak ni; kang satu kampung nak dijemput hahaha.

keduanya, untuk subjek yang aku peningkan assignmentnya berminggu-minggu tu at last aku dapat A-. bolehlah tu hahaha aku bajet fail huhuhu. aku kira itu rezeki nak kahwin hahaha walaupun mungkin tak berkait langsung.

ketiganya, alhamdulillah berjaya secured booking dewan sebelah lelaki. hari sabtu kami bertunang, isnin book dewan hahaha mujur ada kosong. within 3 months nak prepare segala - aku dah macam nak pitam hihi. caca merba perancangan kami tapi orang kata kalau dah jodoh, semuanya mudah. aku rasa sangat smooth je preparation. after many many years getting to know each other, kini masanya telah tiba.

ecewaaahh. drama sangat kan haha. i is malu now.

apa rasa jadi tunang orang? hahaha biasa je. lebih gatal kot. hahaha.

No comments:

Post a Comment