Tuesday, May 12, 2015

this surely is.

aku sepatutnya period, tapi ni tak datang-datang lagi. tak sukanya perasaan main babacak ni weh! emosi dah macam tahi, dah sakit bengkak sana sini, tapi where is the blood? hahaha ganasnya marah tak nampak darah hahaha.

aku rasa annoyed baca entry orang tapi grammar tunggang langgang. kalau sekadar lupa singular plural past present takpe lagi, ni tahap semua benda nak letak be verbs. kau nak cakap ayat pasif ke apa ni? tapi mungkin ini cuma fasa hormon tahi je harapnya. aku tak mahu kedengaran seperti berlagak macam english perfect sangat. eh blog aku sukahati aku la hahahaha.

lagipun harini mood kacau sebab tadi semak tugasan pelajar, ada yang dapat kosong sebab plagiat. sakitnya hati bila pelajar buat tahi macam ni. ingat aku bodoh ke hapa? huarghhhhh.

rasa nak lempang sorang-sorang. sah lah nak period ni. cepatlah darah keluar. aku dah tak tahan emosi ni huhuu.

Friday, May 8, 2015

disturbed.

emosi terganggu. pertamanya mungkin kerana nak datang bulan jadi emosi sedikit haru biru. kedua, baru lepas habiskan pembentangan pelajar. sad, so sad. 

rasa sangat tidak berdaya bila kau tengok anak-anak didik berhempas pulas nak bercakap hatta ayat ringkas dalam bahasa inggeris. perkataan mudah juga disebut lintang pukang. mana silapnya? masa belajar dulu, aku diajar untuk mengajar bahasa inggeris, dalam bahasa inggeris. realitinya berbeza. mengajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu, kerana pelajar tidak mampu memahami butir percakapan, walaupun disebut dengan perlahan dan satu persatu. aduh. makanya bila aku bertutur bahasa inggeris, kemudian diterjemah dalam bahasa melayu, dengan harapan pelajar boleh mendengar bahasa inggeris, dan memahami dalam bahasa melayu. 

claim, bunyinya menjadi clam.
because, disebutnya bi-kaus.
society, disebut menjadi so-si-ti.
bahasa inggeris diterjemah sebagai language english.
from one country to another, disebut from national to national.
sudahlah country disebut kon-tri.

maka cikgunya menangis di dalam hati. risau, apa nasib mereka?

kau boleh kata, ala tak pandai bahasa inggeris pun boleh berjaya. betul, kejayaan itu subjektif. aku tak kisah kalau betul kau berbahasa ibunda- bahasa melayu dengan betul dan tepat dan seperti sebaik-baiknya. tapi, bila bahasa ibunda juga dirojak dan dirosakkan, dan bahasa inggeris langsung diketepikan - kau rasa?

sesungguhnya emosi aku sangat terganggu. i almost cried, choked with my own tears when i saw them struggling, just to say simple things in english.

what can i do more?