finally, after few busy weeks, today macam rileks sikit. ada je kerja, tapi bolehlah lagi cari masa membebel kat sini haha. ada beberapa perkara nak cerita, so i'll do it in numbers la. senang nak baca hohoho.
1. at my workplace, program mentoring ni wajib. kalau kau tak turut serta aktiviti, nanti tak cukup markah lepas tu gagal. thank god this semester program mentoring cuma 3 kali berbanding sebelumnya 6 kali kena jumpa dalam masa 12 minggu gila ke hapa macam aku takde kerja lain hahaha. so kalau ikut perancangan, 19/9 aku nak buat aktiviti pertandingan memasaklah konon. sekali minggu tu jerebu teruk, maka aku batalkan program sabtu, aku buat perjumpaan on friday instead. tapi ada student tak datang, and hari ni baru tunjuk muka selepas mendapat tahu dia gagal. alasan demi alasan kau bagi eee gerammnya rasa nak pijak je hahaha. ada ke bagi alasan takde kredit, kawan tak inform, kelas padat tak sempat nak jumpa nak tanya. duhhh. since bulan ogos aku habaq last perjumpaan 19/9, tak ke kau pelik tetiba 23/9 datang jumpa bitau kau, saya tak dapat maklumat apa-apa pun puan buat aktiviti; kawan saya tak cakap apa-apa pun. baik kau datang tahun depan je tanya, 19/9 tahun gajah haritu ada mentoring tak hahaha. lepas tu nanges nak aje aku telungkup muka dia dengan kain telekung aku ni huarrrghhh. ni dah gagal baru nak datang jumpa, tahu pulak kau takut yerrrrr hahaha.
2. ada lagi satu kes kelakar, yang aku rasa macam tak masuk akal langsung. harini tarikh akhir untuk hantar borang permohonan tabung infaq. jumaat lepas aku dah collect borang untuk aku sahkan, and bagi ulasan as mentor. lepas tu aku pesan, siapa lagi yang nak hantar borang, hantar kat bilik saya nanti. minggu depan baru datang ambil. on monday, aku dah maklumkan dalam group boleh datang kutip semula borang, and semua dah datang ambik. tetiba petang semalam, aku dapat text, student tanya borang dia mana, dia datang bilik aku borang dia takde. seingat aku, memang aku takde terima pun borang dia tu, so aku tanya dia bila dia hantar. dia jawab, jumaat. okay. aku dah pelik sebab kalau jumaat kenapa aku tak dapat. memang dia ada text aku jumaat petang, tanya pukul berapa last hantar borang, and i said at 5 p.m. so bila takde borang dia, aku assume dia tak berminat nak memohon la kot. aku tanya balik, you hantar kat mana? kau tau apa dia jawab? dia hantar kat kelas kosong wehhhhh. kelas kosong! bukan bilik akuuuuu. ya rabbbb. tak terjangkau akal - punyalah tak logik kau boleh hantar borang kat kelas yang tak ada orang, kau letak atas meja what the fishhhh hahahahaha aku terbahak-bahak gelak pikir aiyoooo apesal laaaaaa kau ni badigol sangat hahahaha. dia kata kawan dia cakap hantar situ. nak je aku tanya kawan kau tu memang nak pedajal kau ke cemana ek hahahaha. of course la lepas tu pergi cari balik, borang tu dah takde. mesti acik cleaner dah buang sebab dia ingat sampah huuhuhu. sorry la dik non, hakak tak mampu nak tolong hihihi.
3. student ni, bab belajar, bab buat esemen semua kalau boleh nak hantar lambat. tapi bab carrymark kemain kau kannnn semua nak laju je. kengkonon nak target untuk exam. seingat aku masa belajar dulu, sekali je aku tau carrymark aku. tu pun ciput gila siap lecturer cakap u will probably fail my subject terus aku menangis-nangis cam orang gila nak berhenti belajar terus bahahahaha. lepas tu, sumpah aku tanak tau langsung berapa aku dapat hahaha sebab trauma. mampus laaa lecturer nak tampal ke tak ke, aku tanak tahu. students ni semalam hantar assignment, harini nak tau markah. kau ingat kerja aku memang marking paper kau je eh? dengan tulisan macam menulis pakai kaki, berair mata hakak ni nak baca tau. nak je hakak suruh kau makan kertas esemen kau ni, dik. dah macam rupa belacan aku tengok. dengan siap ada kesan sambal wehhhhh! ni nak tunjuk kau memang semangat buat kerja aku ke cemana ni hahaha.
ni contoh. hantar esemen, selak-selak, ada lalat.
epic tak? hahahahaha.
cukuplah untuk hari ni. panjang plak aku tulis hahaha. nak pergi kelas. ye, aku masih ada kelas walaupun esok raya hohhhh. nanti rajin aku carik lagi benda-benda yang student buat aku terhibur heheheh.
p/s: cemana pun diorang ni, aku taklah benci ke hapa. aku cuma manusia biasa okayhhh. ada time rasa bengang, ada time rasa sayang. love-hate relationship gitewwww hahaha. selamat hari raya korang!