alhamdulillah, my surgery went well. thank you for all your kind wishes. minggu ni aku dah masuk kerja. mc cuma seminggu, but alhamdulillah luka semua kering bercantum elok. since it was laparoscopic surgery, luka ciput je pun.. ala-ala luka kena pisau sikit saje.
that type of surgery itself is less risky, cuma in my condition, the risk is more. disebabkan berkemungkinan ada komplikasi, kitorang laki bini decide kabor ke orang operate remove cyst jela, nothing else. starting from that point, semua orang dok ingat aku ni ada masalah kesuburan, therefore dah dua tahun kahwin masih tak membunting. what people didn't know is, kami memang plan secara alami hahaha. memang we plan to start having kids not that early. i know, ramai yang kata tak baik merancang, nak-nak kalau anak sulung. tapi bukankah Allah itu sebaik-baik penentu kejadian? kita hanya merancang, Allah yang menentukan? kami merancang lain, Allah bagi lain. ha apo nak dikato? aku memang dah mula ada perasaan nak ada baby starting this year, tapi macam takut-takut lagi. aku dok la doa pada Allah, berilah bila Kau rasa aku bersedia, kami bersedia. kalau ikut kami ni memang berdua sampai hujung hayat la sebab penakut nak mampus laki bini haha. memang serah kat Allah bulat-bulat, tapi dalam masa yang sama takut tamau lagi ha kau rasa cemana bipolar tak laki bini? haha.
yang wanita-wanita, beria suruh aku makan supplement bagi subur, pergi mengurut untuk betulkan peranakan, urut untuk bagi subur. yang para lelaki pulak, suruh laki aku makan jamu la vitamin la apa la bagi senang lekat. hahaha sian laki aku terkulat-kulat. and what they didn't know is, aku dah pregnant pun masa aku discovered aku ada cyst! dua benda yang buat aku tanjat, pertamanya - aku pregnant hahaha, pastu masa nak bukak buku pink kat klinik kesihatan, masa tulah aku discover aku ada cyst ngok ngek tu.
kitorang memang sangat berjaga-jaga nak bitau orang aku dah membunting, pertama sebab ni first pregnancy and with what we had gone through dengan kakak aku, kami memang sangat berhati-hati, memang decide nak simpan sampai perut aku terbonjol tak boleh sorok. orang akan kata, kenapa nak macam tu pulak, we should be happy la apa la. tapi kami pun ada alasan kami sendiri. suka duka keluarga yang susah orang nak faham paranoid tu macam mana. explain pun tak guna sebab orang pun ada pandangan masing-masing, so kita hormati jela kehendak masing-masing okayh? hehehe.
sebab kedua kenapa kami macam hesitate tamau kabor ke orang yet sebab surgery ni ada risiko keguguran. keguguran bukan kerana surgery sahaja, tapi risiko ubat bius, risiko gas yang dimasukkan untuk kembungkan abdomen etc boleh menyebabkan fetal distress. tapi alhamdulillah, anak aku memang fighter, macam-macam dah aku lalui tapi Allah masih panjangkan umur dia untuk aku merasa perasaan perut membesar tidur tak lena susah hati semuala hahaha sebab dia selamat for now. masih bebas berjoget-joget dalam perut aku. duduklah kau kat situ anak oi.. dok main elok-elok sampai masa selayaknya kau keluar nanti.
berbalik kepada cerita pasal ketidaksuburan. yes, memang cyst boleh jadi punca masalah susah nak pregnant, but in my case it wasn't. kitorang tak marah orang dok pikir kitorang tak subur, kitorang laki bini tergelak-gelak berdua bila people keep on shoving ideas and opinions about our inability to conceive. kitorang tak salahkan diorang pun sebab they didn't know aku pregnant, how i discovered my cyst etc. so sekarang laki aku dah bolehlah nak jawab yang aku dah pregnant, kami takde masalah, alhamdulillah.
so begitulah masyarakat kita. begitu mudah buat telahan ada cyst sahaja, haa tak subur la tuu patutlaa lama sangat kahwin takde pape lagi. sabor jela aku hahaha. tapi yang mereka tak tahu, setiap wanita ada cyst, it's normal. cumanya samada cyst tu mengganggu atau tidak, bahaya atau tidak, kita sendiri kena pastikan dengan doktor. aku bersyukur sebab Allah atur semuanya cantik je untuk aku. baby ni satu hikmah. walaupun kami tanjat teramat (nanti aku cerita la kenapa baby ni ajaib sikit hahah), tapi kalau bukan kerana anak aku ni, aku takkan tahu aku ada cyst yang perlu dibuang.
sebab tu masa nak operate, memang aku sedih bila dimaklumkan ada risiko i might lose the baby. tapi aku redha sebab dialah hikmah yang Allah nak bagi. dan sakit buang cyst ni cuma sikit je daripada perasaan risau bila dah jadi mak nanti. Allah nak bagi aku merasa, susahnya jadi mak hahahahah. mama, anakmu insaf sebab asyik melawan hahaha. i love you, mama.
aku nak pergi kelas. nanti aku cerita pasal laparoscopic surgery during pregnancy. melilau aku carik info susah sangat nak dapat. kot kalau ada orang jumpa blog aku boleh la diorang dapat idea and some comfort kot. i know how it feels. been there, done that hehehe.
btw, terima kasih korang sebab doakan yang baik-baik. kalau tak keberatan, doalah jugak untuk kesejahteraan aku dan baby fighter ni ye. mucho gracias! :)