Monday, August 28, 2017

susahnya nak berahsia.

selama aku menulis, sebolehnya aku cuba serahsia mungkin berkaitan dengan identiti diri dan juga makhluk-makhluk terpilih yang aku share dalam ni. i don't feel comfortable if people know so much about my life hahaha introvert acah-acah.

masalahnya, aku baru di'diagnose' kena anxiety attack tahap rendah last week. hakikatnya, so many many things happen in life now. rasa hilang kawalan, overwhelm sangat sampai satu tahap aku rasa nak tidur tanpa anak tanpa suami gila tak? adakah ini bibit-bibit depressi?

banyak sangat benda bermain dalam kepala. nak tulis kat sini, aku dok asyik tulis padam tulis padam. haihhh. masalah terlalu banyak, tapi tade penyelesaian lagi buat masa ni. bingung. 

kerja pun terganggu. hubungan dengan orang terganggu. aku rasa nak sangat cerita kerisauan aku, tapi bimbang akan membebankan orang. benda yang merisaukan tapi masih tak ada penyelesaian. penat nak cakap dengan laki, sebab ni terlalu privasi. i know he would understand, tapi letih memikirkan masalah sama. if i keep on talking about the same prob, dia mesti kata udah-udah la tu memikir. tapi benda tak selesai, and it's bugging me huhu.

stress. stress. stress.

tahap aku rasa nak tinggal semua. tamau hadap dah. orang tengok aku cool, macam rilek tapi otak berkecamuk, kepala pusing pikir non stop. orang ingat aku tenang. tuhan je tahu betapa semak serabut nya kepala aku ni. kalau orang boleh tengok, mungkin akan geleng mengetahui betapa kusutnya pemikiran aku ni.

aku tau aku tak patut berdoa di sini. menulis di sini bererti aku berdoa di media sosial. sedangkan tidak. aku menulis kerana sambil menaip aku menyatakan permintaan aku pada tuhan. supaya bila dibaca berulang-ulang, doanya jugak diulang-ulang. juga mungkin kawan-kawan yang tak diketahui turut boleh mendoakan. bukankah doa yang tidak diketahui lebih mujarab?

kawan-kawan, doakan ribut hidup aku berlalu pergi. doakan urusan aku dipermudahkan. tolong doakan masalah keluarga aku yang satu ini boleh diselesaikan. kami keluarga pincang selepas kematian papa. pincang tahap kau takkan terbayang; tak pernah dipamer dalam mana-mana drama di kaca tv kepincangan tahap mega ini. tolong doakan semua kuat, semua bersabar, semua jumpa jalan keluar.

doakan adik aku sihat kembali. jauhkan setan itu daripada dia, ya Allah. sehandal mana setan itu, tetap Kau tuhan sekian alam. dan Kau yang Maha Berkuasa. kembalikan dia ke fitrah asalnya, ya Allah. Yang baik, yang soleh, yang menyenangkan. Allah Allah Allah.

Aku serabut. 

4 comments:

  1. May Allah ease. - Nina -

    ReplyDelete
  2. aamin. pls try to meet dr hazli hukm or his clinic in cheras
    03-91030388. he's very good & chill.

    ReplyDelete
  3. Moga semua urusan di permudahkan. Dan tenang. Dugaan Allah bagi ikut kemampuan kita. Insyaallah, you mampu nak hadap semua ni. Semoga keluarga juga sentiasa dalam lindungan dan Allah.

    Jaga diri dan jangan putus asa k. INsyaallah, tiap masalah ada penyelesaiannya.

    xoxo.

    ReplyDelete