Monday, March 12, 2018

second marriage.

kegagalan buat kau belajar what works and what doesn't. second time, you expect to be better and wiser. kau assume kau patut lebih cakna, lebih alert, lebih mahir serba serbi. but siapalah kita dalam menilai kemampuan diri. kadang-kadang tersasar sebab manusia itu fitrahnya pelupa.

aku cuba untuk terima, tapi lepas satu persatu kau tertanya-tanya kat mana effort untuk jadi lebih baik? nampak macam tak ada apa yang berubah. tapi, again, siapalah aku untuk menilai. aku cuma orang luar yang melihat. lama-lama kau decide, lantakkan ajelah. family, tapi bukan bawah tanggungjawab aku pun hahah.

anyway, nak cerita pasal depression. 

haritu, last posting aku, i wrote i was not okay. aku tulis jugak sebab aku nak jadikan satu ingatan bahawa aku juga insan lemah. aku tewas dengan perasaan sendiri. who am i to fool? diri aku kot. i know something was not right. aku kena panic attack, i couldn't breathe. aku menggigil dan aku tak boleh bersuara. apa saja laki aku cakap, aku rasa dia 'menyerang' aku. so not good.

aku macam terawang-awang. bawak kereta tanpa arah tujuan. aku tak tahu nak kemana. dengan siapa aku nak bercakap. please, jangan cakap dengan aku aku patut solat dan cakap dengan Allah. i needed someone so badly. aku mati kutu. last-last aku pi klinik. doktor tanya aku sakit apa. aku jawab, saya sakit kepala. remember aku cakap aku tak boleh bersuara? suara aku pecah-pecah dan bergetar, sebab aku tahan nangis. like, kenapa aku begitu sayu? soalan biasa sahaja seperti selain sakit kepala, mana lagi sakit? since bila sakit ni? BP you sangat tinggi ni ok ok tarik nafas lepas tarikkk lepas. doktor kata, awak bukan sakit kepala. awak tertekan pasal apa ni? awak citer kat doktor sekarang. you look so bad. tell me what's wrong.

terus aku mengongoi macam baby hahahah. gelak la kan sebab skang dah okay dah. hari tu buat aku realize, kuat macam mana pun kita rasa diri kita, kita cuma manusia biasa. ada breaking point masing-masing. rasa kelakar bila aku borak dengan member aku, dia muka tak percaya sebab dia kata dia tak sangka aku akan sehazabedah gitu. aku tatau tu pujian ke apa hahaha. hubungan dengan member aku ni aneh. we knew each other masa sambung belaja haritu. lepas tu dua-dua drop out hahaha. jarang-jarang contact, but so significant to each other. dia tak judge kesilapan aku like others do. hidup dia unik. mengabdi kan diri berbakti pada keluarga. aku kagum. dia pulak dok kagum dengan aku kata aku kuat semangat la very positive la wehhh tu semua propa berlakon baik dok adaaa aku habaq hang hahaha.

hakikatnya, aku masih lagi si paranoid dengan orang, masih lagi tak gembira bekerja hahaha. aku patut kerja tapi ni dok mengarut tang ni plak. haduyai. oklah nak work work work.

bai.

7 comments:

  1. Apakah kaitan dengan second marriage? Should I read the previous posts?

    ReplyDelete
  2. post i berkecamuk. since it's family related selalu iols hint2 je dalam post kah3. ada i tulis here and there sikit2. but thats okay, not that important anyway hahaha.

    ReplyDelete
  3. Been there.
    Pernah rasa, hati numb.
    Takda perasaan. Drive tak tahu ke mana.
    Really need a good friend at that time.
    Kawan pulak jauh masa tu.
    Colleague keja tak dikira kawan yg boleh share smua bnda..
    Try to hide, tp sampai at one point..u just...falling apart.
    Tp bagus that awak jumpa doktor.
    Sy ni penakut. Simpan sorg2, nangis, teriak, takda perasaan..ntah, berkecamuk.

    In sha Allah, kita sama2 kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i try to hide but this blog is my solace. sometimes talking to others buat masalah lebih kusut. sebab masing-masing ada pandangan, ada emosi etc. sometimes you just want to be listened to. bukan bila kau cakap orang judge, start telling their story pulak yang they thought is similar to yours huarghhh aku rimas. so yeah, kadang-kadang kau hanya nak meluah tanpa ada campurtangan cerita orang lain hahahaha. so kat blog senang kot. tu aku la rasa haha.

      dont worry beb. kita ada kekuatan yang kita tak tau. tapi tak lupa jugak, kita cuma manusia biasa yang masih punya breaking point. apa pun, Allah bersama hambaNya yang sabar. aku doakan ko dapat ketenangan. carik tenang dalam ribut. moga ada sinar di balik kelam. :)

      Delete
  4. dude. aku baru perasan aku tak bubuh link blog ko kat blog aku yang separa nyawa tu. dah link ni senang nak tengok apa cerita. my 2 cen is, bagus la kita akui kita ada masalah. Pada masa itu baru kita tau tinggi rendah status kita di dunia. aku pun banyak masalah yang tak yah la cerita. dah kerepot ni (mid 30s) aku cerita direct pada orang je le mostly. Syukur ko ada rakan sanggup dengar secara neutral, aku rasa sunyi sekarang tapi aku rasa tu perasaan aku je kot. Best of luck dude.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, beb. haha recently i've been missing too. felt it was not right to write anything regarding my problems, but heck my blog my sukahatilah hahaha.

      sebenarnya banyak yang boleh disyukuri kalau diperhalusi. cuma tulah, kadang we dwell too much on what bothers us than focusing on what we should feel good about kan. the more you live, the more you realize you are different than others dan kau mula tertanya-tanya your purpose of life, why this and that hahaha. maybe inikah yang dinamakan middle life crisis? hahaha.

      Delete
  5. thanks beb. aku dah ok banyaaaaaak sangat. kerja hakiki aku mengajar remaja-remaja yang moden dan banyak isu saikologi buat aku cepat realize aku tak ok, this is not just stress or burnout tapi more. nak self diagnose tak layak but you shud know yourself better kan? so there i was sobbing so hard depan doktor hahahaha. kalau fikir macam kelakar. but if it didn't happen mungkin aku tak akan okay macam sekarang.

    the pain accumulated without you realizing it. tau-tau je meletus. now i get better insight how to help and deal with issues like this harapnya boleh bantu students jugak nanti.

    thanks again, beb. being here anonymously has made me realized, i do have friends out here. thanks tau! *HUGS*

    ReplyDelete