weh, valid lagi ke eh menulis kat sini hahaha. tapi takpelah. aku nak update sikitlah apa dah jadi kat diri aku lepas kena covid tu. aku ingatkan aku kena long covid. aku asma teruk weh... like sehari mesti 4-5x kena attack. like simple things i did - stuck dalam traffic jammed, angkat anak naik kereta and buckle up pun aku boleh kena asma. aku rasa memang deteriorate sangat masa tu, and rasa macam life takde kualiti gila la.
tambah pulak struggle dengan masa tu isu kerja (tak berkesudahan hahahaha) dan masalah tengah belajar postgrad... i've started to have problems with husband jugak. gaduh-gaduh kecil membawa kepada gaduh besar... aku start jadi baran and pukul anak-anak... haih. climax of everything, bila SV aku said nasty things... and did not try to help at all to guide etc (banyaklah dia buat macam-macam)... aku decide aku nak quit. cold and bold aku terus decide untuk drop everything.
and that was when my asthma was healed. hilang terus.
sepanjang masa aku berbalah dengan perasaan sendiri. yelah, 3 subjek je lagi aku nak tamat masters ni weh. tiga je lagi ya ALLAHHHHHHHH.... rasa rugi tak?? yeeeee..... menyesal tak?? takkkkkkk weh takkkkk. aku dah redha. masa aku bagitau laki aku hawa-hawa nak berhenti tu... ada la jugak benda dia cakap menyinggung perasaan. seminggu aku terpikir-pikir apa dia cakap. tapi yelah. kita yang kenal diri kita weh. no one else hatta tidur sebantal satu selimut semua. kita yang tau struggle emosi kita. aku mak. tidur tak cukup sebab anak menyusu. dah la sejenis nangis jerit-jerit tengah malam... ya ALLAH hilang sabar aku. anak aku trauma dengan mak sendiri. kau rasa??? jadi tak. aku tak menyesal. kalau ye pun aku berjaya dapatkan masters aku tu, anak aku dapat apa? mak yang zalim. kau tau tak?? kejam. sebab aku pukul dia. aku tarik rambut dia. aku sepak muka dia mulut dia sampai berdarah. sebab aku tak tahan dia cranky, dia menangis-nangis melekap dengan aku. sebab aku cuba nak study. aku jadi baran semua benda aku rengus. aku sinis. and that is not the memory i want my kids to have about their mother.
she was only 2. aku ingat dia keras, dia takde perasaan dia lain macam perangai banding abang dia. aku rasa dia monster dan dia sengaja sabotaj aku. aku jadi macam binatang dengan anak sendiri. attacking her when i was supposed to protect her. i am her mother. and that saddens me. so yeah, aku tak menyesal. it's okay aku takde masters. yang penting anak aku tak ada monster as mak. eh macam rhyme haha.
aku rasa macam gelap sangat masa tu... paling sedih teringat suara sayu mendayu dia menangis di balik pintu... tak mahu dipeluk dan dipujuk. she was only 2......
and that's it.
few months after, dialah anak paling gembira... berceloteh itu ini.. suka peluk dan cakap terima kasih pada aku. suka cakap rindu makkkk.... cubaan aku nak menulis ni pun aku tak boleh berhenti menangis. she was only 2... kesian dia hilang mak kejap. semoga ALLAH pelihara anak aku dari kejahatan aku sendiri. selalu aku cakap dengan husband she grows up too soon... terlalu cepat sangat. sekarang 2 tahun 6 bulan, dia dah berhenti menyusu... and her speech masyaALLAH terlalu lancar... boleh nangis dengar dia berceloteh bagitau apa dia rasa. that she was sad i was mad at her.... "laila sayang makkk... rindu makkk... terima kasih mak jaga laila."
Lillahita'ala, takde sedikit pun rasa kesal being a drop out. aku percaya, bukan rezeki aku kat situ. dan aku bersyukur ALLAH tak biar aku hanyut mengejar dunia sehingga anak aku jadi mangsa. dan baguslah. apa yang aku ingat long covid tu cumalah symptom anxiety rupanya.
banyaklah lagi punca anxiety tu usahlah kita cerita di sini. ni pun rasa dah panjang hahahaha. kau tau apa lagi yang bagus bila aku berhenti belajar? laki aku sendiri cakap aku lebih tenang, i am being myself again... dan aku lebih gembira. kehidupan aku siang kerja balik fokus anak-anak dan suami. aku tak mampu untuk buat lebih lagi. cukuplah setakat ini, ini sajalah kemampuan aku.
dunia mungkin tak memandang tinggi pada aku sebab yelah, walaupun aku pendidik tapi education level aku degree saja... but that's okay. aku content dengan life aku... dan yang penting, aku happy. alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment