Saturday, December 31, 2011

what i want most now.

to spill out everything that bothers me to the utmost.

i already have the answer.
the choice to make.
the cure of the pain.

but the cure isn't just a cure.
it will kill me instantly.
problems are solved, but i'm dying.

how i wish i'm a real angel.

Friday, December 30, 2011

andai aku seorang ibu.

tengahari tadi aku melepak di pantry dengan kawan-kawan. ada seorang kawan aku baru je menjadi ibu tiga bulan lepas. dan hari ini beliau membawa anaknya ke pejabat. aku tak ada masalah kalau kau mahu bawa anak ke pejabat, tetapi jika ada rancangan mahu ke suatu tempat adalah lebih baik jika rancangan itu difikirkan baik-baik dan memasukkan anak sekali. sebabnya bila anak ditinggalkan dengan kawan-kawan di pejabat, lepas tu menangis punyalah kuat haih kesian pulak ye dak?

memang orang lembut hati dengan bayi, tapi aku harap walaupun kawan-kawan neh baik-baik belaka janganlah dibuat selalu sebab nanti orang mengata pula. aku boleh je tolong jaga tapi aku tak jaminlah aku takkan bercakap tentang sikap ibu suka lepas tangan ni. jujur neh aku cakap awal-awal.

anaknya selsema. mengikut pengalaman aku yang banyak jaga budak dan bayi, jangan bagi dia tidur bantal rendah. ini, main letak je anak tu. sudahlah tak selesa, kipas angin betul-betul atas muka, macam mana nak tidur walaupun aku tengok muka dah selebet sangat sebab mengantuk.

anak tak menangis, dijolok jugak suruh menyusu sebab konon nak bagi tidur. lepas tu dah tidur, biar je menggonggong kantung susumu itu. mak aku marah kalau macam tu. sebab bila dah dibiasakan macam tu, konsep dia sama macam kau bagi anak tidur dalam buai. bila tak ada atau tak buat macam tu ragam dia lain macam. end up bila ke majlis kau pun berkepit je dengan anak terus kelihatan seperti berat tulang ha dah jadi mangsa umpatan orang lagi. orang kalau nak mengumpat neh bukan kira kau mak ke ada anak kecik ke hapa. so jangan bagi peluang untuk diumpat.

lepas tu kalau anak dah tamau menyusu, cepat-cepatlah kaver buah dada kau tu. hadoi walaupun aku perempuan dan mungkin jadi ibu suatu hari nanti tetap aku tak teringin nak tengok buah dada orang neh. kalau ye pun kau rasa buah dada kau mengancam tapi biarlah laki kau je yang tengok, okay?

aku tegur juga tadi anaknya tak selesa hidung tersumbat. tapi yang dia jawab 'eh tak ah, kahak je'. duhhhh dah kalau bernafas berbunyi kahak maknanya dia bernafas guna mulotlah~ aku tak tahu pula kahak tu menghasilkan bunyi di hidung grrrr. nak jadi ibu neh bukan cuma teran dan keluar anaknya, tapi pekalah sikit dengan benda-benda lain. aku tak sampai hati aku ambil dan tepuk-tepuk sampai tidur. yang maknye tergodang tidur jugak haih tak segan ke anak kau orang yang concern. kalau tak fikir anak tu memang la aku tendang maknya wahahah bengis nyahhh.

dan paling aku tak boleh blah, haih tukar lampin anak tapi kau tak basuh alat sulitnya. alasan, anak alah dengan wet tissue. errr kalau camtu kenapa tak pakai air? peliklah. kau tahu tak hukum najis? kasihan anakmu. memanglah najis bayi lelaki hukumnya najis ringan tapi kasihanilah anakmu diselaputi air kencing sendiri wawawa. kami yang lain terpaksa berpandangan sesama sendiri.

hurmmm kalau fikir-fikir memanglah aku neh tak baik juga mengata kawan sendiri di sini, tapi apa nak buat dah aku tegur tak jalan juga yelah aku ni siapa jangan kata beranak kahwin pun belum. jadi aku seperti biasa membebel di sini sebagai peringatan untuk yang membaca dan juga diri sendiri. semoga kawan aku boleh menerima hakikat bahawa dah menjadi ibu tak bermakna kau seorang yang lebih baik daripada aku yang bujang wahahahaha tah apa nasihat.

ok baiiii~

ku merindu esheeehhh.

kalau entri sebelum ini aku sepertinya meroyan sorang-sorang, sekarang aku sungguh gumbira hati berbunga-bunga hewwwwhewwwww. mana nak cari kawan baik yang sanggup mengembara ke pasar malam memburu makan malam untuk kawan baik yang sibuk berjuang mendidik anak bangsa?

jawapannya.... sudah ku temui. hihihi wahai kawan baik ku, sudahkan kamu berkahwin denganku? hihihii.

Thursday, December 29, 2011

we are all living in denial, aren't we?

aku sebenarnya  bukanlah manusia yang mudah difahami, and sometimes i hide everything i feel because i don't want to hurt anyone else. dulu, aku lebih banyak menyorokkan rasa hati. sekarang macam dah kurang sikit sebab aku selalu luahkan pada incik kekasih. 

cuma adakalanya, ada beberapa perkara aku tak boleh nak terlalu jujur. susah. sebab pertama, aku tak reti nak mulakan macam mana. dan kedua, macam biasa aku sudah tahu apa kesannya. most of the time bila aku luahkan pada incik kekasih, maknanya aku memang dah tak boleh hold everything to myself. aku rasa seperti dada aku mahu meletup.

dan masalahnya bila aku diganggu dengan sesuatu, aku keep on thinking about it. dan bila aku start untuk rasa marah, susah hati, sedih etc - aku terus jadi senyap dan berat mulut. orang memang akan instantly boleh tahu aku memang bad mood sebab walaupun mulut aku cuba untuk tak cakap or luahkan apa-apa, muka aku tetap yang paling jujur. 

sekarang aku ada satu terapi baru. aku suka hembus nafas as if orang nak bersalin. i learn that it eases the pain i have. tak kisahlah fizikal atau emosi. kadang bila aku nak marah or nak menangis, aku buat aje begitu untuk tenangkan diri sendiri. kamu bagaimana? ada tak terapi yang bagus yang boleh aku amalkan?

hari ini aku tak gembira. ada banyak perkara mengganggu minda aku. semalam aku terfikir, kadang kala kegagalan sesuatu hubungan bukan sebab pasangan itu sendiri, tapi faktor dari luar. atau orang lain. tidaklah aku kata hubungan aku dan pasangan aku gagal - aku terfikir kerana sesuatu secara tak sengaja. tapi siapa yang setuju dengan aku sila angkat tangan.

berkenaan tajuk entry - it's more like me. aku memang hidup dalam penafian. aku nafikan macam-macam, termasuk perasaan aku sendiri. kadang i really want something sooo badly tapi kerana aku tahu aku akan menyusahkan dan mungkin menyedihkan orang yang aku sayang maka aku akan beri pelbagai alasan as if aku tak teringin pun.

sometimes aku teringin nak orang tahu apa sebenarnya isi hati aku tanpa aku perlu luahkan dengan kata-kata. teringin orang faham kenapa aku marah dan sedih. teringin orang mengerti kenapa kadang-kadang aku berperangai seperti biatch atau green monster. percayalah, aku pun tak ingin mendera emosi aku begitu tetapi aku tak ada pilihan. kau ingat seronok ke mengongoi-ngongoi atau menyinga sana sini meneran to make your point heard.

aku terbayang sifat semulajadi anak kecil yang meragam kerana mahukan sesuatu tapi tidak tahu berkata-kata. aku melihat aku seperti itu. ada sesuatu yang aku pendam, tapi tak boleh diluahkan membuatkan aku berperangai jijik. seperti kau sudah geramkan sesuatu but nothing you can do about it dan secara tiba-tiba ada perkara lain yang memanglah geram tapi sebenarnya tak apa-apa pun maka terus kau amuk as if it's a big deal. heh tak apalah kalau kamu tak faham. aku faham je.

dan aku ada satu perangai pelik. bila aku terlalu marahkan sesuatu aku menangis sambil meluahkan. tu kadang  bila marah aku suka diamkan diri aje. tak payah nak luah-luah kang lain jadinya. tu kalau marah. kalau sedih tayah cakaplah. tahu-tahu dah meleleh. heh dulu muda aku tak begini pun, serius shit weh. muka ketat je orang ingat aku sombong berlagak acah-acah cun aje bahahaha. tapi sejak makin meningkat umur neh makin murah pulak airmata eee mensikkkk. dan airmata aku lagi murah bila dengan encik kekasih. ini lagi aku menyampahlahhhhh kau dah apehal nak jadi ratu airmata sangat sekarang, pompuannnnn?

huishhhh dua tiga hari ini emosi aku kurang stabil. mungkin kerana nak period. heh again, kau jadikan pms sebagai alasan padahal kau memang tak puas hati dengan macam-macam hal hari neh. tunggulah nanti dah lepas datang bulan macam mana pulak emosi aku. ke aku cakap ala-ala kita puuutaaaaaarrrr abang halim!

heh whatever.

Wednesday, December 28, 2011

teka teki


cuba teka apa yang aneh. hihihi.

working station.


aku suka je bergolek-golek buat kerja. tapi aku rasa dengan pinggang mak nenek aku ini, i definitely need a new working station. beberapa minggu lepas, pinggang aku tergeliat gara-gara meniarap guna laptop. hahhh ambik kau, sampai hari ini sengalnya masih ada. i need a small table, and a comfy chair. budget bawah 100 bahahaha nak cantik, grand tapi murah. so like my officematessss.

fuuuuhhhhh. berdebor jantung neh tak hilang lagi. takutnya nak tunggu feedback dari bakal supervisor kesayangan wuuhuuu.

Tuesday, December 27, 2011

my heart beats faster than i can imagine.
super duper anxious.


for the fear which i can't explain.