Friday, December 30, 2011

andai aku seorang ibu.

tengahari tadi aku melepak di pantry dengan kawan-kawan. ada seorang kawan aku baru je menjadi ibu tiga bulan lepas. dan hari ini beliau membawa anaknya ke pejabat. aku tak ada masalah kalau kau mahu bawa anak ke pejabat, tetapi jika ada rancangan mahu ke suatu tempat adalah lebih baik jika rancangan itu difikirkan baik-baik dan memasukkan anak sekali. sebabnya bila anak ditinggalkan dengan kawan-kawan di pejabat, lepas tu menangis punyalah kuat haih kesian pulak ye dak?

memang orang lembut hati dengan bayi, tapi aku harap walaupun kawan-kawan neh baik-baik belaka janganlah dibuat selalu sebab nanti orang mengata pula. aku boleh je tolong jaga tapi aku tak jaminlah aku takkan bercakap tentang sikap ibu suka lepas tangan ni. jujur neh aku cakap awal-awal.

anaknya selsema. mengikut pengalaman aku yang banyak jaga budak dan bayi, jangan bagi dia tidur bantal rendah. ini, main letak je anak tu. sudahlah tak selesa, kipas angin betul-betul atas muka, macam mana nak tidur walaupun aku tengok muka dah selebet sangat sebab mengantuk.

anak tak menangis, dijolok jugak suruh menyusu sebab konon nak bagi tidur. lepas tu dah tidur, biar je menggonggong kantung susumu itu. mak aku marah kalau macam tu. sebab bila dah dibiasakan macam tu, konsep dia sama macam kau bagi anak tidur dalam buai. bila tak ada atau tak buat macam tu ragam dia lain macam. end up bila ke majlis kau pun berkepit je dengan anak terus kelihatan seperti berat tulang ha dah jadi mangsa umpatan orang lagi. orang kalau nak mengumpat neh bukan kira kau mak ke ada anak kecik ke hapa. so jangan bagi peluang untuk diumpat.

lepas tu kalau anak dah tamau menyusu, cepat-cepatlah kaver buah dada kau tu. hadoi walaupun aku perempuan dan mungkin jadi ibu suatu hari nanti tetap aku tak teringin nak tengok buah dada orang neh. kalau ye pun kau rasa buah dada kau mengancam tapi biarlah laki kau je yang tengok, okay?

aku tegur juga tadi anaknya tak selesa hidung tersumbat. tapi yang dia jawab 'eh tak ah, kahak je'. duhhhh dah kalau bernafas berbunyi kahak maknanya dia bernafas guna mulotlah~ aku tak tahu pula kahak tu menghasilkan bunyi di hidung grrrr. nak jadi ibu neh bukan cuma teran dan keluar anaknya, tapi pekalah sikit dengan benda-benda lain. aku tak sampai hati aku ambil dan tepuk-tepuk sampai tidur. yang maknye tergodang tidur jugak haih tak segan ke anak kau orang yang concern. kalau tak fikir anak tu memang la aku tendang maknya wahahah bengis nyahhh.

dan paling aku tak boleh blah, haih tukar lampin anak tapi kau tak basuh alat sulitnya. alasan, anak alah dengan wet tissue. errr kalau camtu kenapa tak pakai air? peliklah. kau tahu tak hukum najis? kasihan anakmu. memanglah najis bayi lelaki hukumnya najis ringan tapi kasihanilah anakmu diselaputi air kencing sendiri wawawa. kami yang lain terpaksa berpandangan sesama sendiri.

hurmmm kalau fikir-fikir memanglah aku neh tak baik juga mengata kawan sendiri di sini, tapi apa nak buat dah aku tegur tak jalan juga yelah aku ni siapa jangan kata beranak kahwin pun belum. jadi aku seperti biasa membebel di sini sebagai peringatan untuk yang membaca dan juga diri sendiri. semoga kawan aku boleh menerima hakikat bahawa dah menjadi ibu tak bermakna kau seorang yang lebih baik daripada aku yang bujang wahahahaha tah apa nasihat.

ok baiiii~

2 comments:

  1. tubuhkan PAMB: parti anti mak buyung. menentang mak buyung (bakal,sedang atau selepas beranak) yg berperangai menjengkelkan.

    ReplyDelete
  2. ngu3 mana boleh parti2. i benci politik. parti tupperware boleh la hik3.

    ReplyDelete