aneh bila melihat orang berlumba-lumba menegur membetulkan orang sana sini tapi lupa melihat cela sendiri.
tak, apa yang kau cuba sampaikan itu betul.
memang benar.
cuma niat yang baik tidak menghalalkan cara.
pendekatannya harus beradab dan lemah lembut.
Rasulullah s.a.w tidak terus menerus menjerkah memaksa.
tuturnya lembut, dan tegurannya diterjemahkan melalui perbuatan baginda sendiri.
aku sendiri sopaknya merata.
jadi memang bukan orang yang terbaik untuk membetulkan apa yang tidak kena.
cumanya jika sudah termaktub dalam kitab dan sunnah, kenapa masih mahu melawan?
sebab itu bukan cara kau, ye?
aneh bila aku tengok orang melaung-laung marah kerana diminta menutup aurat mengikut yang sepatutnya.
aneh bila aku tengok orang-orang berpendidikan beria-ia benar tidak bersetuju lantas menzahirkan dengan hijab yang lebih tidak patut.
aneh sungguh.
ye, aku faham kalian cuba menunjukkan cara mereka menegur itu tidak kena dengan jiwa.
tapi perbuatan kalian menjelikkan aku.
malulah.
sebab kita sering melaungkan yang muda harus hormat yang tua.
yang ada harus patuh pada peraturan dan undang-undang.
itu baru cerita dunia.
akhiratnya bagaimana?
tiba-tiba tak sama.
ceritanya sudah lain.
ish anehlah.
bukan apa, aku tahu aku ini penuh panau sopak cela merata-rata.
jadi bila ditegur aku diamkan sahaja.
sebab kalau kau melalak-lalak pun.
yang salah tetap salah.
bukan itu yang aku mahu hulurkan pada anak-anakku.
bukan.
:)
No comments:
Post a Comment