Monday, August 29, 2011

tahun kedua.

dulu, selalu aku terfikir apa akan jadi pada aku bila sesuatu yang tidak aku sukai berlaku. adakah aku cukup kuat untuk menghadapinya, atau aku akan rebah bersama dengan khabar buruk itu eceh ayat puitis. tapi benar, you will never know until you've gone through it first.

i've surprised myself. i never know i could be this strong and tough. walaupun kadang-kadang aku melet-melet juga menangis, tapi alhamdulillah aku tidaklah seteruk mana. dan yang paling ketara, aku mula menghargai apa yang aku ada. walaupun mereka jauh daripada kesempurnaan. 

sungguh, kau takkan mengerti apa yang aku lalui. tapi aku tahu setidak-tidaknya kau mencuba untuk memahami. dan cuba untuk menggantikan apa yang tiada. rasa mahu menangis bila difikir-fikirkan.

kita selalu meminta-minta pada sesuatu yang kita rasa baik dan kita suka. tapi tanpa kita sedar, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik. esok aidilfitri kedua tanpa papa. kehilangan papa mengajar aku untuk lebih mengutamakan keluarga, walaupun kadang-kadang they drive me crazy. sebab all in all, sehebat mana pun kita sebagai manusia, atau disukai setinggi mana pun kita, tetap kita keseorangan tanpa keluarga. dan walaupun aku selalu emo dan geram dengan keluarga, tetap rumah mamalah tempat yang paling aku suka melepet, nak-nak dah ada sofa baru yang gebus - sambil melihat buah pelam bergayut-gayut di pokok.

i really have learned  my lesson, with the most expensive price. buat sesiapa yang membaca entri ini, satu sahaja pesanan aku. mungkin ibubapa kita bukanlah seperti mana yang kita kehendaki, tapi sungguh, bila mereka tak ada - kau memang terasa bahawa they are just the best parents for you. rugi sangat kalau tak rapat dengan mereka. tolonglah jangan jadi seperti aku. kalaulah aku boleh katakan pada papa how i thank him for all the lessons he had taught me, and to let him know i'm sorry for what i've done yang banyak menyinggung hati dan perasaan.

salam aidilfitri semua. aku doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. :)

Saturday, August 20, 2011

tentang tradisi dan budaya. crap crap crappy crap crap.

masyarakat kita perlu lebih diingatkan tentang budi bahasa tak mengira umur dan pangkat. yang muda wajib menghormati yang lebih berusia, dan yang berusia juga tak sepatutnya tidak menghormati golongan muda.

ada sesetengah perkara tak perlu dijadikan topik perbualan sesama manusia walaupun sekadar mahu berbasa basi. contohnya tentang perkara-perkara sensitif seperti perihal pendapatan, bentuk badan dan rumahtangga. 

bila yang tua kononnya mesra dan cuba beramah tamah dengan anak saudara, tak perlulah nak buat lawak bangang tentang bentuk badan ataupun timbang berat beliau. siap ketawa-ketawa acah-acah lucu yang beliau terlebih serbuk penaik *mentang-mentang anak saudara berniaga cookies* ish tak sesuai ok. takkan kau expect beliau untuk turut bergelak ketawa juga? gila.

kadang-kadang si anak saudara buat-buat tak kisah sebab beliau malas nak tanya perihal rumahtangga anak kau yang dah diceraikan talak tiga dan anak kau yang tak tahu duduk letak koordinat geografinya. sementelah kau itu lebih berusia dan pangkat bapa saudara.

pendek kata, jagalah mulut tuh. tak guna tonggang tonggek solat mengaji tapi hubungan sesama manusia kau tak jaga. and please, respect is to be earned. it doesn't come along with you age.

orang kita, bila berjumpa selepas bersalam ayat paling cliche akan keluar daripada mulut adalah: "amboi berisi/besar/sihatnya kau sekarang" dengan nada perli dan diikuti gelak ketawa. bukan aku menyanjung budaya barat, tapi ada tak kau dengar mereka mulakan perbualan dengan "hey you look fat/ugly/sucks"? tak ada kot. they always start with a compliment on how great you look. fine, sekarang kau mungkin nak kata jujur itu lebih baik daripada bersikap hipokrit, kan?

but what is to lose pun if you say nice things, kan? i bet Rasulullah never said nasty things to his friends and families. kalau ye pun mahu menegur, bukan itu caranya. ah you all lebih islamik daripada i therefore you guys should know better.

seriously, this is sickening. sigh.

being bold.

ada ketika aku lebih prefer untuk menjadi seorang yang ekspresif. 
contohnya begini:

kawan: weh, nanti ajar cemana nak pergi soho... *sambil tersengih termonyeh*
aku: ah malas. apehal nak aku ajar plak. pergilah tanya orang lain.. laki kau kan ada. *gelak-gelak sindir*
kawan: terdiam. *kemudian menghilang beberapa minggu*

pada sesetengah orang yang tak mengenali aku pasti akan kata aku ini biadap. orang tanya elok-elok aku jerkah sebagai jawapan. tapi mengenali kawan aku yang seorang ini, aku tak ada pilihan lain selain daripada menjadi sangat jujur pada diri sendiri dan dia. orang mudah simpati pada dia kerana dia mengandung, dan aku ini suami pun tak ada. tapi aku rasa kalau kau boleh baik dengan aku masa tak ada kereta dan hidup mengharapkan orang, kenapa aku perlu melayan kau yang dah semacam sombong kerana sudah ada kereta baru?

dulu hari-hari kau tumpang orang kot. takkan tak ada sedikit rasa mengenang budi, atau ada sedikit nilai persahabatan untuk kau khabarkan yang kau sudah ada kereta waima kau tak perlukan kami lagi. anehlah pada aku kalau kau kata kau malu sebab masa nak beli, beria tanya sana sini menumpang orang ke sana ke mari tak malu ke?

dua tahun kau bersama dengan kawan pejabat. tetiba ada kereta kau dump mereka as if mereka terhegeh-hegeh sangat nak naik kereta kau. hadoi gila kampung perangai. padahal dulu apa-apa hal merekalah yang kau harapkan. nak-nak sejak kau naik pangkat. tapi dulu kau cool. seronok je kawan dengan kau before kau kahwin dan mengandung. pelik betol bila manusia begitu mudah berubah. ke aku yang berfikiran kritikal tentang sikap orang?

entah. aku tak faham. mungkin juga aku yang bermasalah. berbalik kepada permintaan dia untuk diajar ke soho, aku memang tak mahu ajar apa-apa. sebab kalau kau tahu merayap sampai tak lekat di opis, apalah sangat setakat soho tu. bukan aku tak boleh ajar, tapi all this while kau merayap tu ada ke kau tanya aku atau minta aku ajar tunjuk jalan?

lepas tu yang paling aku sakit hati, jujur je cerita pada aku dengan gelak ketawa "laki aku bising - asyik2 dengar cakap kau je". ah pulak. padahal kau yang beria-ria tanya di mana food yang best. ah lantak kau lah. kesah pulak aku kalau kau sesat. 

eh tah lah. aku kot yang memang ada masalah berkawan. seriously i need pets. tah apa kaitan tah. heh.

Sunday, August 14, 2011


beggars never can choose. 

:)


cherish whatever you have while you still can.