Monday, August 29, 2011

tahun kedua.

dulu, selalu aku terfikir apa akan jadi pada aku bila sesuatu yang tidak aku sukai berlaku. adakah aku cukup kuat untuk menghadapinya, atau aku akan rebah bersama dengan khabar buruk itu eceh ayat puitis. tapi benar, you will never know until you've gone through it first.

i've surprised myself. i never know i could be this strong and tough. walaupun kadang-kadang aku melet-melet juga menangis, tapi alhamdulillah aku tidaklah seteruk mana. dan yang paling ketara, aku mula menghargai apa yang aku ada. walaupun mereka jauh daripada kesempurnaan. 

sungguh, kau takkan mengerti apa yang aku lalui. tapi aku tahu setidak-tidaknya kau mencuba untuk memahami. dan cuba untuk menggantikan apa yang tiada. rasa mahu menangis bila difikir-fikirkan.

kita selalu meminta-minta pada sesuatu yang kita rasa baik dan kita suka. tapi tanpa kita sedar, Allah itu maha mengetahui apa yang terbaik. esok aidilfitri kedua tanpa papa. kehilangan papa mengajar aku untuk lebih mengutamakan keluarga, walaupun kadang-kadang they drive me crazy. sebab all in all, sehebat mana pun kita sebagai manusia, atau disukai setinggi mana pun kita, tetap kita keseorangan tanpa keluarga. dan walaupun aku selalu emo dan geram dengan keluarga, tetap rumah mamalah tempat yang paling aku suka melepet, nak-nak dah ada sofa baru yang gebus - sambil melihat buah pelam bergayut-gayut di pokok.

i really have learned  my lesson, with the most expensive price. buat sesiapa yang membaca entri ini, satu sahaja pesanan aku. mungkin ibubapa kita bukanlah seperti mana yang kita kehendaki, tapi sungguh, bila mereka tak ada - kau memang terasa bahawa they are just the best parents for you. rugi sangat kalau tak rapat dengan mereka. tolonglah jangan jadi seperti aku. kalaulah aku boleh katakan pada papa how i thank him for all the lessons he had taught me, and to let him know i'm sorry for what i've done yang banyak menyinggung hati dan perasaan.

salam aidilfitri semua. aku doakan semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya. :)

2 comments:

  1. yeap hargailah org yg tersayang. selamat hari raya luf!

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya sayangku~

    ReplyDelete