Saturday, August 10, 2013

not a wish.

i've just realized that i only posted two entries in july and august. i think it's a sign of maturity because i no longer feel desperate to rant here hahahaha.

i usually use this blog as a place to pour everything out. surely la benda yang negatif, kan. no difference to what i'm gonna do today. 

blame my hormone, as always.

untuk yang masih belum tahu, my mom lives di pinggir bandar. masih dalam komuniti kampung sepatutnya (because mentaliti memang kampung la orangnya hahaha). aku tak tahu sama ada perbuatan main masuk rumah orang tanpa dijemput tu adalah satu amalan warga kampung, or they are just my mom's friends?

macam hari ini, selepas dua hari penat beraya - aku bersantai-santai cuba nak evening nap di sofa ruang tamu. orang datang, main masuk je rumah. aku dengan tak bertudungnya dengan terbongkangnya lagi. where's your manner, aunty? nak jadi cerita, aku dah kunci pintu tapi kunci rosak so ibarat memang tak kunci la hohoh.

kami adik beradik memang selalu pesan pada mama, supaya sentiasa kunci pintu. sebab bukan makcik itu aje, ada beberapa makcik lagi. in fact, aku rasa macam semua neighbours mak aku macam tu. -____-"

dah la main terjah je, yang lagi tak suka tu anak nak kahwin 24 august ni, ni baru nak hantar barang nak buat hantaran. dengan tak tanya dulu boleh ke tak etc, kau main suruh je kan? taula mak aku baik dengan kau; tapi dah kalau orang mintak hantar barang awal tu jangan la buat ikut sedap kau je. kami pun ada kenduri ni nanti. banyak lagi benda tak setel. grrrrrr.

lepas tu bengang-bengang sound mak aku tak jadi nak ikut anak nikah di johor. memang la mak aku pernah cakap nak ikut, tapi kenduri kami kan dah dekat. kau dah apehal tak paham bahasa sangat? dahlah mak aku dah cakap aku nak kahwin bulan september, kau nak jugak buat dekat-dekat dengan date kami then nak hangkut mak aku sana sini suruh buat itu ini untuk kenduri kau? what the what la makcik.  kawan tu kawanlah jugak. ini sudah lebey ni.

serius tak faham orang macam ni.

my mom is a very very meticulous lady. sangat perfectionist. gift yang aku wrap and balut ribbon pun tak lepas qc dia. aku yang terkenal dengan tangan artistik pun fail dengan jayanya, kau bayanglah manusia lain bahahaha.

since everything mama nak buat, progress is very very slow. so anything that may disrupt her work, memang akan dibenci oleh aku.

grrr i is stress. haihhhh.

No comments:

Post a Comment