Wednesday, August 28, 2013

merepek macam biasa.

1. Persahabatan A dan B terputus kerana B buat hal sama A. Hal yang tak boleh diterima akal, apatah lagi sama hati yang emosi. A memutuskan untuk tidak menjemput B ke majlis perkahwinannya. C tetiba menyinga dan lebih sudu daripada kuah. What the hell? Hormatkanlah perasaan A yang mungkin tak berasas pada C, namun siapalah B, C, D mahupun E or whatever mahu menghukum atau menilai. Hak masing-masing; again - hormatkan perasaannya dan jangan dipersoal kenapa begitu begini. Soal hati tak mudah dirungkai atau dijelaskan.

2. Aku masih belum rasa debarannya walaupun masa dah tak lama. Ada kurang dua minggu jika tolak hari minggu. I didn't get to enjoy my weekends sejak persiapan semakin serius hua hua hua.

3. Jika ditanya apa perasaan nak kahwin, jawapan aku satu je. Macam tak percaya. Adakah ini pengakhiran cerita cinta kami? Hoi mestilah tak. Mungkin lebih indah lagi ceritanya lepas ini. Dah halal, dah boleh gatal-gatal cakap bukan-bukan hahaha!

4. Kebelakangan ini aku asyik buntu nak menulis. Berjam-jam merenung skrin, namun tangan kaku membeku ecewah. Fikiran melayang entah kemana. Aku masih belum mohon cuti untuk berkahwin; in fact, aku masih belum memutuskan bila mahu bercuti dan sampai bila. 

5. Semester ini aku tak ada kelas. Cuma kena fokus menulis thesis. Chayok chayok! Kerana otak berserabut maka aku hentikan dulu buat sementara (alasan hahah). Myotherhalf dah siap pesan lepas kahwin dia pula akan pastikan aku berkampung di Wisata sampai ada progress hahaha takutnya! Dahlah bakal bapa mertua seorang ahli akademik berjaya.

6. Persiapan kahwin menyeronokkan sebab myotherhalf banyak melibatkan diri. Dulu sering berasa takut sebab banyak baca blog kata lelaki suka buat tak endah, ada yang sampai tak ambil tahu dan kelihatan seperti tak berminat nak berkahwin. Hoi, pantang aku kalau si dia buat aku rasa terhegeh-hegeh macam aku seorang yang nak kahwin hahaha.

7. My beloved supervisor baru memberitahu yang beliau akan melibatkan aku dalam research team beliau. Ini adalah berita gembira. Sangat gembira. Aku anggap ini rezeki pengantin baru hihi. Semoga beliau diberi hidayah dan menjadi muslimah yang solehah. Eh, semoga hidayah menjadi milik kita semua, dan kita semua jadi muslimah solehah. Ha baru betul.

8. Aku lebih risau memikirkan bagaimana percaturan penjagaan keluarga nanti. Siapa kata kahwin orang dekat itu mudah? Sukar juga sebab banyak hati yang perlu dijaga ada berdekatan. Moga Allah melindungi kami berdua daripada perkara yang tidak baik, dan dijauhkan daripada kelalaian dalam menunaikan tanggungjawab terhadap kedua ibu bapa. 

9. Aku dah nak kahwin wehhhhh. Serius rasa macam nak cubit-cubit pipi sebab masih tak percaya. We went for our pre-wed photoshoot last saturday - satu pengalaman yang awkward hahahaha. Sejak dari awal, bakal ibu mertuaku sudah berpesan jangan rapat-rapat. Errr, ye makcik. Saya pun sebenarnya pemalu hik hik. Sumpah awkward kena pandang senyum-senyum buat muka ayu dan tahan nafas, tahan perut bagi nampak kempis hahaha.

10. Qila (take a peek), i'm sending you a card. jemput datang ye! Kau pernah kata kau tak tahu nama aku, kan? Dalam kad tu terpampang nama aku hihi tapi rahsiakan ye. Aku pemalu hahahah.

p/s: takziah ye. aku berulang kali baca entri kau, but i didn't have the strength and i couldn't find the right words to say. Kau pun tahu how i struggle till now when i lost my dearly dad three years ago, kan? Tapi aku doakan yang baik-baik buat kita yang dah tak berbapa ni k. Allah sentiasa menjanjikan yang terbaik - itu pasti. His legacy, we are. Pass it on, so that what is good in him will be remembered and cherished by others as well. 

9 comments:

  1. 8. True. Bukan mudah dapat orang dekat. Kebarangkalian untuk kalian berulang-alik back and forth adalah tinggi.

    10. InsyaAllah. Dah lama ke posnye? Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8. rumah mak aku lebih jauh berbanding rumah mak mertua. risau juga ni hahaha.

      10. hari ni. esok lusa sampai la kot hehehe. tapi kad simple-simple je. penanten bajet hahaha.

      Delete
  2. 8. Haha. macam aku kalo balik Banting rumah mak mertua akan sampai dulu. Jadi kalo balik rumah mak mertua memang pergi rumah mak mertua. Kalo balik rumah mak aku memang akan singgah rumah mak mertua. haha what to do??

    10. Hari ni x sampai lagi.. rumah kau kat mana eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe more or less macam aku la nanti kot hahaha. tapi okay kot as long as duduk rumah sendiri. kotttt la. haha.

      rumah aku kat ampang. majlis dekat dewan jps ampang, nearby ampang point. kad dah sampai tak? sorry lambat sikit reply. aku macam-macam hal hihi.

      Delete
  3. kad x sampai wehhhhh... bila kau pny majlis nih

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. 14/9. Haha mungkin gak la. Aku antar kat alamat ko bagi dulu. Aku email softcopy bleh? Meh email.

      Tapi ramai kawan aku pun complain kad tak dapat lagi. Saje je tau pos malaysia ni nak tambah stress aku hahah.

      Delete
  5. aqila.nur@gmail.com ye ke.. takkan lambat sgttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. beb, aku dah email hihi.

      Delete