Nowhere, actually. Cuma mojo nak menulis tak hadir. Lima enam belas kali *exaggerate* buka blogspot, taip sikit, tutup. Ulang rutin, same thing. Hahaha alasan.
Sekarang di pejabat incik somi. Tak, bukan bekerja. Singgah aje, nak beli tiket wayang cerita hobbit untuk malam nanti. Talian telefon di rumah kapuut maka internet pun tiada. Mungkin akibat hujan tanpa henti. We're going back to ampang after this. Konon nak breakfast dengan mama, tapi ini mungkin hanya sebagai lawatan anak ke rumah mak sebab dah lewat hahaha. Blame me. Malam tadi minum kopi, langsung tak boleh tidur. I should have stopped. Dah lama tak minum kopi, sekali padan muka. Terbeliak-beliak biji mata tak mahu lelap.
Hujan menyebabkan banjir teruk. Catastrophic. But instead of blaming here and there, berdoalah Allah permudahkan urusan kita semua. Tiada gunanya menyalahkan orang sana sini. Pokok pangkalnya, kita. Setiap manusia akan dipersoalkan perihal tanggungjawab di akhirat kelak. Soalnya, have we done ours? Allah berikan bencana pada kita bukan semata menghukum, namun sebagai tanda kasih. Sebagai tanda menguji sejauh mana keredhaan dan ketaqwaan kita. Sejauh mana, kita menerima qada' dan qadar. Bukankah itu antara rukun iman kita sebagai orang Islam? Terima kasih, ya Allah, kerana masih ingatkan kami.
Aku bukan orang alim. Masih belajar. I am far from perfect. Tapi nak juga merasa jadi ahli syurga. Marilah kita pakat-pakat kejar, kawan-kawan. Dalam islam, kita dah diajar untuk berkata baik, bersangka baik. Allah maha mengetahui. Jika benar kita teraniaya, Allah tahu, dan Allah maha adil. Yakinlah.
Teruskan berdoa agar Allah permudahkan urusan kita. Allah tidak memberikan sesuatu yang sia-sia. Pasti ada hikmahnya. InsyaAllah.
Sekian, daripada ustajah hari sabtu. *peace*
No comments:
Post a Comment