kembali bersiaran selepas begitu lama menyepi. sebenarnya, banyak benda aku nak merepek kat sini. tapi entah, asal menatap skrin je - fikiran aku menerawang entah ke mana. mula fikir itu ini, mula bertelagah dalam diri nak tulis ke tanak hahaha kompleks sangat diri ni rasa tetiba hoho.
aku cuba juga balas komen di entri sebelum ni, terasa seperti nak balas satu-satu. tapi aku rasa macam tak tertulis betapa aku sangat berterima kasih. ni, aku rasa nak buat satu entri khas la sebagai tanda terima kasih hihihi.
tenkiu, korang. tenkiu kerana mendoakan kami sekeluarga, terutama kakak aku. so far dia okay, cuma once in a while mesti akan menangis juga. biasalah. aku pun hari-hari tengok gambar baby rayyan lalu tersenyum seorang. Allah sayangkan dia. sekurang-kurangnya, dia dah terjamin syurga. kita? takut kalau fikir huhu.
banyak dugaan dalam keluarga sekarang. banyak yang aku nak simpulkan. tapi aku nak bersiap ke pejabat ni. tadi before lunch break, singgah ke klinik sebab migrain dari semalam. ubat migrain dah habis, kena juga jumpa doktor. aku tak minta mc pun. nanti bos meroyan pulak bila aku kena mc lagi LOL. ni hujan, jadi aku rileks-rileks aje bersiap. malas nak redah hujan basah-basah hekhekhek.
hari ini husband kerja di concord inn, sepang. ada conference di sana. antara usaha beliau nak menjana pendapatan hehehe. sejak aku dah tak jadi HOD ni, gaji memang menyusut. tapi tak apalah. apalah sangat harta dunia banding dengan dosa aku bekerja secara tak ikhlas. dah lah tak ikhlas, aku dok jadi punca orang lain buat dosa pulak mengata aku macam-macam. eh ni ayat kengkonon redha la ni hahahaha. esok diorang buat aku lagi, merempan lagi dalam blog hahah.
hujan dah berhenti. hujan di hati bila lagi? eh eh. deep sangat. hehehe.
No comments:
Post a Comment