Thursday, June 11, 2015

antara ayah dan suami.

aku selalu baca yang kita akan ada kecenderungan untuk memilih pasangan macam ayah kita. kalau lelaki, mereka akan pilih isteri macam mak mereka. i mean, bukanlah pemilihan ala odiepus complex tu, tapi lebih kepada ciri-ciri kewanitaan eh susah pulak aku nak bagi pencerahan hahaha. yang pentingnya, aku nak cerita pasal betapa benarnya aku rasa bab pilih laki perangai cam bapak aku ni hahaha.

bapak aku seorang yang lucu, suka buat anak macam kawan, suka membahan anak-anak. masa bapak aku hidup, kira aku dengan bapak aku ni bff la. kitorang la kawan gaduh, kitorang jugaklah kawan kamceng. sekarang kira laki aku pulak take over jadi bff aku hahaha. kadang-kadang annoying, kadang-kadang kelakar nak mampus, bila tak jumpa teringat, bila jumpa gaduh lawan cakap hahaha rumitnya aku rasa nak terangkan perasaan tu. 

bapak aku ada satu perangai yang selalu buat mak aku stress. perangai tak suka duit banyak. hahahahah ada eh orang tak suka duit? ha bapak aku lah tu. bapak aku ni asalannya anak orang kaya. mak bapak banyak harta tapi disebabkan konflik keluarga yang bertahun-tahun (sampailah sekarang ni), bapak aku tak merasa pun harta tu. dan aku pasti, kalau dia hidup lagi sekarang pun dia memang akan cakap tak hingin hatta sesen pun duit tu hahaha. masa dia hidup almost every time dia jumpa aku dia akan cakap - let go je bahagian dia, jangan gaduh kerana harta pusaka, jangan kerana duit adik beradik porak peranda. jangan berebut harta. bapak aku sangat terkesan dengan apa yang jadi pada keluarga dia, so dia seboleh-bolehnya memang hidup zuhud jugaklah. dia hidup dengan apa dia ada, he never sought for more. kami melalui kehidupan yang susah, kerana itulah bapak aku. he spent what he earned, though it was little. 

apa kaitannya dengan laki aku? haaa sama perangai tak suka duit banyak. kalau orang berniaga nak kaya, laki aku sebaliknya. i mean bukanlah dia tak mahu jadi kaya, tapi bab untung dia ambil seadanya sahaja. he never takes more than it is supposed. contohnya, kami ada perniagaan confectioneries. laki aku kan lulusan patisserie. sebelum dia belajar bidang tu lagi, kitorang memang dah ada bisnes cookies. bila dia sambung bahagian tu, we just expand the business - start jual kek, cheesetarts etc. ni dah nak raya, so macam biasa order cookies dibuka. walaupun harga barang mencanak-canak naik, laki aku decide untuk maintain harga lama, rm17 untuk 50 pieces cookies. kami kecilkan margin profit kami instead of naikkan harga produk dan maintain untung. guna buttercup hokay. lepas tu selalu dia lebihkan kadang-kadang sampai 60 pieces sebalang hahaha.

dia bilang sama aku, 'kita sedih gst buat kos hidup kita meningkat. kita complain harga barang makin naik, gaji remain the same. yet kita nak naikkan harga produk kita? then kita sama jela macam orang lain. hanya pikir periuk nasik sendiri'. sentapppppppp aku hahahaha. dia kata bukan tak untung, cuma kurang je daripada sebelum ni. dia kata, tak semua mampu nak beli oven untuk buat kuih raya sendiri. nak beli kuih siap, kalau mahal sangat mana mampu. kesian orang susah, nak kuih sedap tapi tak mampu. hahahahaha tak menangis kau dengar laki cakap macam tu? yang dia fikir orang susah tu ha. kawan-kawan kerani anak ramai. anak suka makan chocolate chips cookies tapi harga mahal tak mampu beli banyak. 

laki aku selalu cakap, dia tamau kaya. dia cuma nak senang je. walaupun harta bapak dia berkepuk, masih dia nak rumah kecik je. makan ala kadar. baju kalau tak sale, pikir lapan juta kali. nak beli barang, fikir yang mana lebih ekonomi hahaha bunyi macam kedekut kan? tapi aku dah biasa, 14 tahun dah kenal hahaha. 

ni ada orang nak order tart nenas. tu aku je yang reti buat. tart nenas rupa nenas/landak, siap letak cengkih kat hujung, jem buat sendiri, isi jem lagi banyak daripada tepung. harga tart nenas kebanyakan aku survey rm25/50 pieces. ni pun dia tengah nego dengan aku untuk turunkan harga hahaha. adeh bukan hakak nak harta dunia, tapi buttercup mahal nak mampus dah sekarang. tapi towards the end, itulah sedekah jariah aku untuk orang. nanti hakak kira kos dulu ye. lepas tu baru hakak decide. tart nenas ni aku tak jual, memang each year buat untuk makan sendiri je. resepi daripada tokei tart nenas ulung tiap kali raya puluh-puluh ribu income hahaha. semalam aku buat untuk hantaran adik ipar, laki aku seronok la dapat makan jugak. memang buat lebih sebab mak aku pun suka. 

hilang rasa penat tengok orang suka makan hasil tangan kita. hikkks.

3 comments:

  1. alaa....sila la jual...

    ReplyDelete

  2. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@zalora.com.my. I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete
  3. sebak pulak baca entri ni.
    teringat kat arwah abah.

    **btw 1st time singgah ke blog ni. nice blog.

    ReplyDelete