aku start kurang sihat rabu lepas. aku memang senang jangkit sakit daripada orang. sebab tu kalau student batuk dan bersin, aku cukup pantang diorang buat depan muka aku tak cover-cover hahaha. aku kalau kena penyakit batuk, macam nak tertanggal ovari usus semua over sangat.
alkisah, since somi kena dulu maka secara tak pasal aku pun turut dijangkiti. dia kena sekejap je sebab somi aku memang jenis cepat baik kalau sakit. berbanding dengan aku, sampai hari ini masih menderita. ditambah penyakit baru since yesterday - mual tahap nak bercakap pun tak boleh. eh sebenarnya since ahad haritu. tapi it got worse semalam, membawa ke hari ini. nak pergi muntah di toilet, aku malu. nanti orang speku aku pregnant hahaha. jadi aku muntah dalam plastik kat bilik je. sounds disgusting, tapi percayalah yang keluar hanya cecair putih berbuih-buih what the hell aku cakap benda jijis ni huhuhu.
aku konon target nak sudahkan menanda paper final pagi ni. sebab plan esok nak key in. and petang ni nak stay at home buat kuih tart nenas untuk hantaran adik ipar. beliau nak bertunang ahad ni. hoihhh hantaran aku pun aku tak buat benda-benda macam ni hahahah. tapi mak mertua kata tart aku sedap, dan kerana aku nak cuba berpolitik maka ku turutkan hahahahaha padan muka.
last weekend we were so full, memang tak ada plan nak mengemas rumah pun. ditambah aku tak sihat makanya somi aku memang tak akan bagi buat kerja-kerja melibatkan habuk dan yang menambah penat. tapi biras aku kemain janji manis dengan mak mertua nak kemas rumah tapi end up biras aku tu pergi bercuti hahaha. mak mertua aku balik dari oversea trip, terus terjah tanya aku rumah dah kemas? terkudut aku nak jawab binawe punya biras kau yang janji aku yang kena hahahaha.
dalam minggu ni kesibukan akan berterusan. jangan on the day itself aku tombang sudahlahhhhhh. hurmmm.
No comments:
Post a Comment