Thursday, August 20, 2015

Musim.

Demam, but getting better. Plan nak ganti kelas sebanyak mungkin minggu ni gagal. Benarlah bahawa kita hanya merancang, tapi Allah tetap the best planner of all.

Rentetan perjumpaan dengan parents pelajar. Perjumpaan tu buat aku rasa lebih tertanya-tanya. Ini kes ketiga aku melibatkan pelajar bermasalah mental. Daripada tiga, dua kes adalah pelajar anak sulung, mak surirumah. Satu kes tu aku tak ada ambil tindakan sebab budaknya pasif, dan dia okay as long as dia makan ubat. Cuma persamaan antara mereka bertiga - pandai. Very smart, excellent students dari kecik. Kadang tekanan bukan dari luar, tapi diorang sendiri push themselves to the brim, then they break themselves. And the problem begins.

Kes pertama, budak ni rebellious. Kerana terlalu bengang dengan mak dia yang asyik nak good grades, dia melawan dalam diam. Memang dia belajar, tapi dia melawan tang lain. Suruh solat, tamau. Suruh mengaji, tamau. Syaitan pun amik peluang. Suara halus menjadi nyata, bayangan menjadi-jadi. Budak ni lompat dari balkoni. Tapi Allah sayangkan dia, dia sihat dia okay. But problem doesnt stop there. Dia cakap pada aku, dia malas solat sebab bila dia solat 'benda' tu ejek-ejek dia, kacau dia, pukul dia. Tengah cakap dengan aku kat bilik, dia tunjuk belakang aku - tu, dia tengah ejek saya. Kau rasa? Nak nangis tak? Hahaha dahlah berdua je.

Masa perbincangan dengan mak dia, we pushed her so much because she was so quiet. Dia biar mak dia je bercakap, sedangkan kita nak mak dia tau yang anak dia ni ada isu. Last-last dia emo, then baru mak dia dapat dengar luahan hati si anak ni. I advised dia tukar course, yang sesuai dengan jiwa dia bukan course yang mak suruh amik. And now she does well, alhamdulillah. Bukanlah aku yang berjaya selamatkan budak ni, it was teamwork from all. Tapi nak cakap, betapa pentingnya for her to have someone who could really listen to her problems. Kalau bukan cikgu ni nak dengar, siapa lagi? Her friends judge, cakap dia gila, takut nak kawan dengan dia sebab dia nampak benda huhu.

Hakikatnya, aku pun takut hahahaha. Tapi pura-pura berani je. Benda paling buat aku rasa berbaloi fighting for her is when she said - thank you for helping me out. Kalau bukan sebab miss, saya mesti betul-betul jadi gila. Tenkiu, miss.

Terharu, baq hang. Jadi cikgu ni bukan mengajar je. It needs more than just that. I am glad i was there to help. :)

Monday, August 17, 2015

kawan ajelahh.

hahaha cerita emo yang lepas, kesudahannya aku pergi jugak beraya rumah diorang. sebab laki aku kata, tak baik.. lakinya orang baik. maka aku redhakan aje, walaupun hati ini dilukai ecewah kemain kau kannnnnn padahal dah tua-tua nak terasa mendanya hahhah.

gila kau pergi rumah orang kaya, 1.3 juta beli rumah. telan-telan air liur aku mendengarnya. tak, bukan orang tu riak cuma menjawab kitorang tanya berapa harga rumah dia beli hahaha. dengar saja nombor, terus rasa nak menangis airmata darah. sekarang apehal rumah mahal sangat? biadap betoi harga tak pikir langsung perasaan rakyat marhaen macam aku ni hahahaha. laki dia memang la kelakar, and still the same old person yang aku dah kenal selama belasan tahun ni. walaupun duit berkepuk, alhamdulillah Allah bagi dia sifat rendah diri dan kelakar nak mampus macam dulu-dulu haha. in fact dia ni kawan baik abang ipar aku aka abang laki aku. tapi sebab laki aku ni memang share kawan-kawan dengan abang dia, so end up jadi kawan laki aku jugak la. diorang pun selalu main basket sesama, aku plak selalu menyibuk tepi court ala-ala cheerleader pom pom girl la eh gedik jugak aku rupanya dulu hahahahahahhaha.

tujuan aku menulis entri harini sebab nak bagi izzie seronok sikit hahaha. aku banyak kerja *alasan*, tapi biasalah monday blues *alasan jugak untuk setiap hari isnin untuk berpoya-poya hahaha*. next week kitorang laki bini akan ke langkawi selama empat hari sebab ada konferens huwaa nanges nak ganti kelas. aku tak present paper, tak jadi participant cuma ikut laki je hahahahaha takde tokoh ahli akademik langsung sebab malas nak present. tup-tup last minit opis laki aku decide nak lantik aku jadi mc - rezeki ke bala tatau la hahaha. lama dah aku tak buat kerja-kerja mencapab ni hihii. so orang langkawi, ada sesapa nak bawak aku pergi idaman suri and hig tak? bahahahahahahahah. dalam kepala nak shopping cadar and frying pan je. cadar idaman suri is the bestttttt. kain cotton tak berbulu, sarung bantal dia kasik empat terus, harga haruslah murah i loike!

petang satgi ada meeting, nak jumpa parents kepada pelajar bermasalah. kesian uols, muda-muda dah ada masalah jiwa. uols awasi lah anak-anak ye. tak salah nak anak berjaya dalam bidang akademik, but you need to know when to stop pushing. masalah pelajar ni, dia kena high pressure from the teachers and parents, and now wayar putuih terus apa pun tak boleh. kesianlah bila anak yang bijak akhirnya rosak sebab tak tahu macam mana nak handle kebijaksanaan anak tu. and telling you, this is not the first case. sudah banyak kes kami terpaksa lalui dan tangani yang kesudahannya memang menyedihkan. 

eh daripada happy terus suram nada hahahah. izzie, hang happy dak aku buat entry baru? hahahaha.

Saturday, August 15, 2015

Nak kawan ke tak nak?

Kau ada tak spesis kawan yang pasangannya sangatlah kau tak berkenan? Somi aku ada kawan sorang ni. Memang baik. Diorang ni kawan dah lama. Dan memang kawan ni dah bercinta dengan pompuan ni lama la jugak. Disebabkan aku pun bercinta lama dengan somi aku ni, makanya aku dengan gf kawan somi aku tu pun kenal lama la jugak eh peningnya apa aku cakap ni haha.

Dipendekkan cerita, aku memang tak ngam dengan gf now wife kawan laki aku ni. Dia memang sangatlah tak friendly, especially if u are nobody. Nobody nobody tu aku la hahaha. Masa diorang bercinta dulu, haram nak ditegurnya aku niiii. Fine, malu kot. So aku tegurla dulu buat-buat mesra. Punnnn haram tak dilayan hahahaha malangnya rasa tersua-sua sangat.

Masa diorang kawen, somi aku bawakla aku n adik dia. Masa ni kitorang tak kawen lagi. Masa salam penanten aka pompuan ni, memang dia bolayan je aku adehhh memang nak kena carut betoii pompuan ni haha. Masa abang somi aku kawen, masa ramai-ramai nak amik gambar, dia tolak aku ketepi hahahaha biadapnya lahaiii.

Ni laki aku ajak pergi umah dia. Bercampur baur perasaan sebab asben dia sangat baik, kami dah kenal lama tapi bininya hermmm sadisss. Masalahnya dia okay dengan somi akuuu haiyo. Anak dato katakan. Aku ni dahla tak cun, kaya jauh sekali laa.

Somi aku kata, at least masa kami kawen, dia tak tolak aku ke tepi, dan amik gambar bersama dengan kami laki bini. Errr u don't say? Dah aku penanten apekejadah nak tolak aku pulak hahahaha.

Dah, nak sambung sakit hati. Bye.