Monday, August 17, 2015

kawan ajelahh.

hahaha cerita emo yang lepas, kesudahannya aku pergi jugak beraya rumah diorang. sebab laki aku kata, tak baik.. lakinya orang baik. maka aku redhakan aje, walaupun hati ini dilukai ecewah kemain kau kannnnnn padahal dah tua-tua nak terasa mendanya hahhah.

gila kau pergi rumah orang kaya, 1.3 juta beli rumah. telan-telan air liur aku mendengarnya. tak, bukan orang tu riak cuma menjawab kitorang tanya berapa harga rumah dia beli hahaha. dengar saja nombor, terus rasa nak menangis airmata darah. sekarang apehal rumah mahal sangat? biadap betoi harga tak pikir langsung perasaan rakyat marhaen macam aku ni hahahaha. laki dia memang la kelakar, and still the same old person yang aku dah kenal selama belasan tahun ni. walaupun duit berkepuk, alhamdulillah Allah bagi dia sifat rendah diri dan kelakar nak mampus macam dulu-dulu haha. in fact dia ni kawan baik abang ipar aku aka abang laki aku. tapi sebab laki aku ni memang share kawan-kawan dengan abang dia, so end up jadi kawan laki aku jugak la. diorang pun selalu main basket sesama, aku plak selalu menyibuk tepi court ala-ala cheerleader pom pom girl la eh gedik jugak aku rupanya dulu hahahahahahhaha.

tujuan aku menulis entri harini sebab nak bagi izzie seronok sikit hahaha. aku banyak kerja *alasan*, tapi biasalah monday blues *alasan jugak untuk setiap hari isnin untuk berpoya-poya hahaha*. next week kitorang laki bini akan ke langkawi selama empat hari sebab ada konferens huwaa nanges nak ganti kelas. aku tak present paper, tak jadi participant cuma ikut laki je hahahahaha takde tokoh ahli akademik langsung sebab malas nak present. tup-tup last minit opis laki aku decide nak lantik aku jadi mc - rezeki ke bala tatau la hahaha. lama dah aku tak buat kerja-kerja mencapab ni hihii. so orang langkawi, ada sesapa nak bawak aku pergi idaman suri and hig tak? bahahahahahahahah. dalam kepala nak shopping cadar and frying pan je. cadar idaman suri is the bestttttt. kain cotton tak berbulu, sarung bantal dia kasik empat terus, harga haruslah murah i loike!

petang satgi ada meeting, nak jumpa parents kepada pelajar bermasalah. kesian uols, muda-muda dah ada masalah jiwa. uols awasi lah anak-anak ye. tak salah nak anak berjaya dalam bidang akademik, but you need to know when to stop pushing. masalah pelajar ni, dia kena high pressure from the teachers and parents, and now wayar putuih terus apa pun tak boleh. kesianlah bila anak yang bijak akhirnya rosak sebab tak tahu macam mana nak handle kebijaksanaan anak tu. and telling you, this is not the first case. sudah banyak kes kami terpaksa lalui dan tangani yang kesudahannya memang menyedihkan. 

eh daripada happy terus suram nada hahahah. izzie, hang happy dak aku buat entry baru? hahahaha.

2 comments:

  1. jenuhhhhhhhhhhh patploh kali ako duk coba post comment kat entry sebelom ni tapi tak kluaq. ako ingatkan pasai apalaaaaaaaa hang duk takmo nak accept komen ako ka apa??!! ropanya blogspot detect ako tak login lagi wordpress id ako.

    abaikan.

    1. ako suka hang dah tulih balik beloggggggg. nyeh nyeh nyeh. ako kan tak baca sokabar, makanya ako mengharapkan bacaan ilmiah sebegini!

    2. 1.3 juta? oklah, kecik ati jugak.

    3. bini dia?? bini dia punya cerita ako nak tauuuu!! apa dia buat wehhhh??!! adakah dia tolak tolak hang lagik sampai terjelepuk ke lantai pulak ka? mak tiri sangat beliau neh!

    4. kirim noritake kat HIG satu set buleh? yang 96 pieces, yang harga dekat 4 riban tu. ako duk perati dari aritu lagi, sampai bawak ke mimpi. tapi ako nak sebagai hadiah bakal perkahwinan ako yang tatau bila tu. ako accept ja hadiah orang kasik in advance.

    muahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Aku baca sokabar, tapi bahagian gosip je hahaha mak jemah sgt!

      2. Kannnn. Pejadah siap ada powder room bagai. Buat penuh sawang ja hahahaha *alasan padahal dengki haha*

      3. Bini dia buat bodo je kat aku. Cara dia cakap tu.. Macam dia tak kenal aku dah lama hahahahahahahha biadap betoi. Macam cerita laki dia zaman muda-muda. Errr i was there kot hahaha. Tapi takpela, aku tak kecik hati sebab busy melantak kfc nyummmsss.

      4. Sorry beb, noritake wa tak kenal. Norita samsudin wa tau laa *dark humor, sambil tiup2 kuku buat muka kekwat* hahaha.

      Delete