Saturday, August 15, 2015

Nak kawan ke tak nak?

Kau ada tak spesis kawan yang pasangannya sangatlah kau tak berkenan? Somi aku ada kawan sorang ni. Memang baik. Diorang ni kawan dah lama. Dan memang kawan ni dah bercinta dengan pompuan ni lama la jugak. Disebabkan aku pun bercinta lama dengan somi aku ni, makanya aku dengan gf kawan somi aku tu pun kenal lama la jugak eh peningnya apa aku cakap ni haha.

Dipendekkan cerita, aku memang tak ngam dengan gf now wife kawan laki aku ni. Dia memang sangatlah tak friendly, especially if u are nobody. Nobody nobody tu aku la hahaha. Masa diorang bercinta dulu, haram nak ditegurnya aku niiii. Fine, malu kot. So aku tegurla dulu buat-buat mesra. Punnnn haram tak dilayan hahahaha malangnya rasa tersua-sua sangat.

Masa diorang kawen, somi aku bawakla aku n adik dia. Masa ni kitorang tak kawen lagi. Masa salam penanten aka pompuan ni, memang dia bolayan je aku adehhh memang nak kena carut betoii pompuan ni haha. Masa abang somi aku kawen, masa ramai-ramai nak amik gambar, dia tolak aku ketepi hahahaha biadapnya lahaiii.

Ni laki aku ajak pergi umah dia. Bercampur baur perasaan sebab asben dia sangat baik, kami dah kenal lama tapi bininya hermmm sadisss. Masalahnya dia okay dengan somi akuuu haiyo. Anak dato katakan. Aku ni dahla tak cun, kaya jauh sekali laa.

Somi aku kata, at least masa kami kawen, dia tak tolak aku ke tepi, dan amik gambar bersama dengan kami laki bini. Errr u don't say? Dah aku penanten apekejadah nak tolak aku pulak hahahaha.

Dah, nak sambung sakit hati. Bye.

6 comments:

  1. Salam, gilelah org mcm tu. Sombong. Aku ada member kpd member slash opismate yg pangkat 41, tapi lagi dia banyak duit sbb personaliti tv. Namun xde pun dia pilih kawan sangat mahu pun pilih2 member for lunch. Aku je yg segan sbb tak de idea nak borak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uppps maksud aku lagi - laki as in suami

      Delete
    2. Yang anak dato tu laki ko atau org yg sombong tu?

      Delete
    3. mula aku rasa something was wrong with her, lelama aku rasa eh eh memang minah ni kekwat la hahahaha. tapi sebab laki dia sangatlah baik dan humble, terpaksalah aku telan perangai bini dia tu, dan berharap dia akan menjadi lebih okay selepas ni hahaha positipnya aku niii.

      anak dato tu laki aku. tapi laki aku kalau orang tengok macam orang kampung aje lol. sering dipandang hina kalau pergi kedai orang tak layan pun hahahaa who says anak dato can get anything they want? hahahaah.

      Delete
  2. ni jenis layan adalah berbeda bergantung kepada status doniawi ehh?

    eleh, ako pun anak datuk apa..cumanya gelaran datuk tu tak terguna pakai pasai ako panggil datuk ako as tok ki.

    geddit?

    ako memahami perasaan hang weh. sebabnya kompom tak best nak kena hadap. nak elak tak mampooo pasai laki hang sama laki dia baik. hang pun nak berbaik-baik jugak tapi masalahnya tahap tebai muka kita ni pun ada limitnya, betui ka? ako ni kalau orang salam hujung-hujung pun dah rasa macam 'awatnya ampa ni weh tak leh salam ikhlas sikit ka? salam punya lembik macam tak makan setahun!' pun ako dah boleh terpikiaq depa ni tak suka ako ka apa duk salam halai-balai, ni kan pulak kalau kena tolak masa nak bergambaq dengan pengantin?! ahahahhahaha..ako nak kesian tapi macam lawak pulak bila duk imagine situasi tersebut!!

    pi jaaa jumpa. huluq salam. pastu hang makan tanpa henti kalau dia takmo sembang dengan hang. takpun kata nak duk kat luaq, nak amek angin. takpun pura2 jatuh dalam bilik ayaq supaya dapat balik awai. lagi best, pengsankan diri.

    bernas tak idea ako?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha jangan kata hang, aku pun nak tergelak pikiaq kena tolak, sebab macam sangat tak jangka and tak sangka hahaha.

      Aku dah selamat pi dan selamat pulang dah. Laki aku kata biaq pi orang buat kita. kita buat ikut cara kita jelaa toksah gaduh2. Jadi.. Masa pi umah dia tu aku buat cara aku yang peghak tula hahahahaha. Sama-sama peghak laki bini terbahak-bahak gelak.

      Delete