Friday, January 8, 2016

when cursing is not really an option

ada few things that are bothering my hormonal mind for now. now aku tengah fikir, nak list down kat sini beserta pakej merempan ke tanak? hahahaha. nampak tak betapa hormon tak stabil sampai apa nak tulis pun kena consider banyak kali patut ke tak patut? yang nak dicarutkan ni bukan lain adalah ahli keluarga sendiri, rakan terdekat, dan beberapa hal peribadi yang kalau orang baca orang akan judge aku hahaha. eh tapi blog aku, sukahati akulah. ke patut aku tukar nama blog aku blog sukahati aku? eh pulak haha.

1. masalah kesihatan. sejak aku disahkan pregnant ni, dah dua kali admitted hospital. first, masa operate buang cyst. kedua, masa emergency tetiba aku sakit separa nak bersalin belah kanan. bermula dengan rasa macam cramp kat belah pinggang kanan, membawa ke perut. menyucuk-nyucuk, senak, cramp, sehingga aku muntah non-stop. sampai sekarang aku terbayang-bayang betapa azabnya sakit tu sampai aku rasa macam trauma sebab orang kata nak bersalin lagi menakutkan hahahaha gelak nervous. laki aku pun huru hara bawak pergi emergency putrajaya, sampai kena saman hahahaha part ni rasa nak mencarut tapi apakan daya undang-undang begitulah. doktor suspek UTI/batu karang/apendiks, tapi masa discharge doktor bagi antibiotik untuk UTI je. disebabkan aku pregnant, lepas tu urine ada darah and protein, haruslah warded. dua malam jugak melepet di hospital. ujian ultrasound memang kidney bengkak, tapi tak nampak stone ke hapa. xray tak boleh buat sebab aku membawa bayi, makanya dibenarkan pulang dengan syarat sakit hatta sikit pun kena ke emergency semula. seminggu aku mc gara-gara episod hitam itu hahaha. ni pun aku mc jugak sebab malam tadi bleeding, doktor kata uri kat bawah so harini sepatutnya bed rest tapi aku bosan asyik baring, aku main la internet kat laptop hahaha. mesti bos aku panas je sebab aku asyik mc. since aku sakit-sakit ni, never once she replied sebab aku inform dekat group whatsapp terus. aku malas nak whatsapp dia personal sebab her reply selalu minta aku tikam dia balik hahaha.

2. masalah aku yang kedua ni melibatkan ahli keluarga. tapi, bukan dengan pertalian darah samada di pihak aku mahupun suami. haaa kau rasa siapa dia ni? dia ni pun sama memang mintak kena tikam. lepas satu, satu dia carik pasal dengan aku sampai aku terpikir, eh kau dah kenapa bij?? haha. laki aku tak bagi mencarut sebab dia kata ibu mengandung kena jaga pemikiran dan perbuatan dan percakapan. mak aku pulak nasihatkan jangan membenci takut kenan kat anak hahahahahah bab ni aku sedikit gerun sebab aku nak tengok muka dia pun tak boleh. mungkin keadaan diterukkan lagi dengan pembawakan bayi. mungkin bayi ni pun tak suka dia eh hahah. dia cakap aku macam-macam, buat aku macam-macam, sedangkan aku kenal dia dah hampir belasan tahun; dari dia belum kahwin, aku pun tak kahwin-kahwin hahah. sekarang kau dah beranak pinak, bij. you got the man you want, bij. yang buat aku lagi panas, benda disampaikan pada aku melalui seseorang yang juga keluarga, tapi takde pertalian darah. same as this bij jugak sampai aku pikir eh kenapa kau kena jadi batu api ke apa ni hahaha. ada sekali tu sebab aku macam stress sangat perangai menyampai-nyampai ni, memang aku sound la satu kali. terus sampai skang dia tak menyampai dah, lepas tu bercakap dengan aku pun tanak bahahaha hamek kauuu terus aku pulak yang jadi the bad guy tak pasal-pasal. mak mertua aku pun sama, cerita gelak-gelak, aku pun gelak-gelak tapi dalam hati aku terganggu jugaklah huhu. apakah orang melihat aku sebagai seorang yang happy go lucky, jenis selamba nampak macam tak makan dalam tapi tahukah diorang aku juga manusia biasa? haishhhh bij, why la kau dilahirkan di muka bumi ini untuk menyakitkan hati aku? kenapa kau rasa tergugat dengan aku, bij? kau kan cantik, kurus. kenapa kau sakit hati sangat dengan aku yang sedikit gemok ni? aku ni miskin, pun kau sakit hati dengan aku, bij? bij bij bijjjjjjj. tu je yang aku mampu carutkan, itupun cuma kat sini hahahaha.

3. aku tak faham anak-anak dara sekarang. rumah kau memang takde akses public transport. motor kau kena curik. memang jatuh ditimpa tangga la kan. tapi boleh tak kau ada backup plan yang tak melibatkan laki aku? rasa awkward gila anak dara mintak laki orang nak tumpang balik ni. tak manis kot. lepas tu pulak kawan kau decide nak serumah dengan kau. kereta motor takde. so korang ni pikir ke tidak cemana nak pergi balik kerja? hahaha. aku tak selesalah. laki aku ni pulak bangsa tak sampai hati, tak reti cakap tak boleh. masa aku mc haritu, laki aku bitau dia nak tumpang balik. aku cakap tak manis. laki aku boleh pulak cakap takpe, dia duduk belakang. kau paham tak manis tak manis tu apa? kau berdua satu kereta, kau ingat aku nak bagi? hahaha. aku cakap, no. laki aku sanggup balik, amik aku kat rumah, pergi opis balik nak kutip budak tu dan hantar dia balik. aku macam whatttttttttt gerammmmmnya aku! hahaha. semalam pun sama. kitorang nak terus pergi tempat lain after kerja. disebabkan dua orang ni, dah macam teksi la pulak kami ni. hantar diorang balik, then baru uruskan pergi bank etc. aku dah panas ni. sekali dua bolehla. lepas ni macam mana? just because we stay within the same apartment compound, takkan kau fikir eh takpe, boleh tumpang. kos tu satu hal lah. tapi masalahnya awak-awak tu anak dara. satu office dengan laki aku, finelah. bukan aku boleh buat apa pun. but when you have the guts to ask from my husband, aku rasa cam whattttt the fisshhhhh. why must you include my husband in your plan? kawan opis aku, lelaki. sanggup dia jalan kaki punyalah jauh sebab tamau tumpang aku walaupun waktu tu kitorang sama bujang, dan dia memang tahu aku ada boifren. dalam kes macam ni, walaupun laki aku tau aku panas bengang tak gemar benda macam ni, tapi dia buat bodoh je sebab dia kata kesian pastu dia kata aku ni cool sebab tu dia suka aku. kau saja kan guna ayat cool tu tanak bagi aku marah? haha siamang betol. haritu lagilah. lagi sorang anak dara, officemate laki aku jugak. hp tertinggal kat opis, punnnnn suruh laki aku ambik kalau-kalau laki aku ada nak ke kajang, nanti dia datang ambik kat sana. of course la kan, adik dia nak kahwin, mestilah dia kena pergi rumah mak dia kat kajang. kau pancing ke apa ni? siap buat cerita kesian, kalau tak memang dia phoneless la sampai monday. kejadian hari khamis. kau rasa? rumah budak tu kat kajang. opis kitorang kat sempadan nilai. boleh kot ko datang amik kalau kau rasa urgent kan? takkkk. nak jugak pesan kat laki aku. laki aku pun sanggup laaa malam tu pergi opis balik, amik hp budak tu. hadoi memang sabariah sangat aku ni. nak aje aku ambik lempar hp tu masuk longkang hahaha. malam tu aku tak tido rumah mak mertua aku sebab mak aku ada kat rumah. so laki aku pergi sorang tidor sana, nak tolong-tolong apa patut sebab kenduri jumaat. sanggup tu budak tu drive malam-malam pergi rumah mak mertua aku, jumpa laki aku amik hp. haih memang mengurut dada sungguhlah aku ni. anak dara jenis apa ni ek? 

eh cukuplah. kesian anak aku ni mak stress-stress-stress hahaha. laki aku cakap pompuan senang kena histeria sebab selalu stress. asal aku stress je, tu dia ulang cakap. cuba kau jangan bagi aku sebab-sebab nak stress, boleh? hahaha. baik sangat pun susah, jahat lagilah susah. kenapalah orang suka amik kesempatan kat laki aku ni haih. lepas tu pulak bij tu pun sama, dok cakap laki aku macam-macam padahal laki aku ni bukan kacau dia pun hahaa. 

mungkin aku patut consider tukar nama blog kepada 'sabariah, sabar itu mesti'. tak pun, 'i got issues with people'. ke 'bukan mudah bersabar' hahaha. cilaka betol otak aku ni. tak berhenti fikir pasal hati sakit ni. must be the coffee ni. well, someone/something must take the blame hahaha. 

p/s: tahun baru, tapi perangai aku masih samakah? ishh bila nak matang dan berubah ni hahaha.

7 comments:

  1. Sebab ko tulis secara numbering, makanya ako pun nak komen secara numbering:

    1. ako baca 'bij' sebagai bijik. ko tau kalau bijik tu kepala otak ako meng-visualkan benda apa? bukan biji kuaci la syaiton! tapi B-I-J-I-K!! bahasa biologinya: clitoris.

    omomomo, kepala otak ako ni korup sangat kah?

    kendian ako ulang-ulang baca semua perkataan 'bij' tersebut sebab kau ulang-ulang tulis. kerbau pendek sungguh! lambat sangat rupanya otak ako berhubung antara satu sama lain.

    2. ni yang tolak kau atas pelamin tu ke? puahahahaha. tatau nak cakap apa, tapi nak gelak dulu. tikam tikam tikam!!

    3. ako ni tak kawen lagi, anak dara lagi tapi kategori anak dara veteran. walaupun sebelumnya ako juga pernah di jaman emas dan kegemilangan anak dara trang tang tang, ako jua tidak gamak dan tau malu bab-bab menumpang ni. hatta menumpang colleague perempuan pun ako malu, inikan pulak colleague lelaki.

    pada firasat ako, anak2 dara sekarang ini lebih berani kot. ko jangan..bukan ako nak cetuskan letupan gunung berapi tapi kau nampak tak yang laki kau jenis family man? dah ada kerjaya, dah stabil. sekarang semua orang nak hidup senang dengan jalan singkat.

    takmo takmo takmo. takmo nanti keluar ayat seperti, "sanggup jadik 'kakak' dan terima 'adik' baru tak?"

    ya allah. ako mohon yang baik-baik sahaja hendaknya. jangan stress weh.

    p/s: ni komen ke full entry?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. hahahaha aku nak taip perkataan penuh bijik tu tapi macam tak sanggup hahahaha. aku suci lagi kot, sebab bila kau mention ni baru aku terfikir hahaha.

      2. bukannnnn. episod hitam tu dah buang dah hahahaha. dia tak tolak aku, aku yang rasa nak tolak dia bagi jatuh gaung bahahaha.

      3. hahaha kannnnnnn wehhhhh. laki aku tu pulak inesen jerrrrrr. aku yang ngurut dada sebab tak boleh nak husnudzon sangat dengan anak-anak dara sekarang ni hahahah. kalau ikut style kiah-kiah, memang aku ganyang dah diorang ni *selinsing lengan baju* hahaha.

      Delete
  2. hahahahah ni very farniiii... gile kot tinggi sabariah you.. kalau kita dah lama carik jalan supaya upacara penumpangan itu tak terjadi.. pindah umah pun sanggup wei.. hahahah tapi apa kejadahnya main tumpang2.. sekali dua boleh la... hari2? banyak cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan takat pindah rumah, terpikir nak tukar tempat kerja pun ada hahahaha.

      Delete
  3. aku baca pun memang perlukan kesabaran yang tinggi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hanya mampu bersabar dan menadah tangan berdoa kuat-kuat supaya aku tak simbah cuka getah kat muka diorang hahahaha kejammmm!

      Delete
  4. sehingga harini ini, sabariah adalah nama ku hahahahah sebab budak tu tak paham signal laaaa. sabaq lagi ni wehhh. satgi kenan kat anak. mak redho huhu.

    ReplyDelete