aku selalu cakap aku bipolar kan? hahaha kadang macam sahih bipolar, sebab tiap kali nak tulis apa-apa kat sini, aku selalu terkenang-kenang terfikir-fikir what if orang judge aku? what if laki aku baca? what if orang yang kenal aku in real life baca? hahaha banyak fikir, lepas tu cancel lah tulis hahaha tu yang kengkadang lama tak ada update huhu.
lepas tu, tengok blogger lain earn income, mulalah rasa macam eh seronoknya cakap merepek pun boleh buat duit hahahaha. eh tapi fikir pulak, nanti kalau dah femes, kena jemput pergi event cemana? aku dahla pemalu bahahaha bodohnya perasan nak mampus hahahaha. laki aku tau aku rajin tulis kat blog, tapi lepas dia sentap dia ada terasa aku seperti mengutuk dia dalam ni, terus dia unfollow aku hahaha. aku pun tukar url terus sebab aku nak kan ketenangan dalam menulis hahahaha poyo je. laki aku kata kalau aku istiqamah tulis entry, mesti boleh femes jadi kaya jugak hahahaha ni lagi tak boleh blah gila kompiden kau bang dengan bini kau nii hahaha.
entahlah. since aku tak ramai kawan, ni jela tempat aku merepek atau tulis suara dalaman aku yang aku taleh nak cakap dekat orang lain, hatta laki sendiri walaupun laki aku tu boleh kira bff aku jugak. yela, manusia ni semua ada hati kot. aku pun takdalah bodoh sangat nak cakap main lepas je tak fikir hati orang hahaha. selalunya deep dark thoughts aku tulislah dekat sini, selain daripada percakapan merapu-rapu yang lain haha. tapi yang otak kuning-kuning aku tak tulis lah sebab aku ni sangat pemalu hahahahahhahahaha cam bangang selalu cakap pemalu tapi mulut riuh macamkan sosial sangat.
lepas tu kalau nak tulis pasal orang yang aku meluat ke, tengah sakit hati ke mesti nak berkias-kias hahahaha. acah-acah suci tanak mengutuk ke mengumpat tapi nak jugak bercakap nak let go la konon. bipolar la tu kan? hahaha. nak-nak kalau ada ikatan kekeluargaan macam adik beradik ke, ipar duai ke etc. rasa macam ishhh macam jahat je, macam tak patut je nak bukak pekong. tapi nanti jiwa kacau sebab tak dapat nak lepaskan apa yang terbuku di hati ni ecewah patutnya mengadu kat tuhan ni kau mengadu kat blog pulak hahahaha dasar iman cetek sungguh kau ni.
nanti bila hati aku berbolak balik, or aku rasa orang komen tapi tersasar daripada apa yang aku cuba sampaikan, mulalah aku rasa macam nak tutup blog ni, takpun tukar url lagi hahaha acah-acah melarikan diri and start all over again hahaha. apakes la isu dalaman ni selalu sangat menyemak ambil ruang yang tak patut dalam diri hahaha. padahal banyak lagi isu lain nak fikir, ini yang kau nak semak sangat. priorities la sangat hahahah.
tapi aku rasa sebagai manusia yang kompleks, benda ni memang akan berulang-ulang sampailah aku rasa menulis di sini dah tak relevan hahahah. aku pun kadang terfikir, blog aku ni kosong je, tak berwarna warni, gambar memang jarang ada, penuh dengan penulisan merepek berjela-jela. but why am i still here? hahaha dahlah, aku dah confuse.
terima kasih sudi baca aku merepek. kalau baca la. aku dengar amran fans kata, orang malaysia malas baca panjang-panjang hahahaha. aku? tengoklah. kalau penulisan tak menggunakan bahasa terlalu pasar, aku suka je baca hehehe. tu yang kadang kerja tak jadi, sebuk dok skodeng blog orang hahaha. aku nak komen aku malu. lepas tu kadang nak kena login etc terus jadi pemalas. pemalu dan pemalas, apa pun tak boleh hahaha. dasar betul.
lepas tu banyak haha haha haha dalam setiap ayat sebab nak cover supaya nampak tak terlalu kejam atau pedas, kan?
ReplyDeletemasalah untuk kita yang kengkonon nak tulis secara bebas tanpa prejudis ni, sekadar dalam otak kita sahaja. bila dah mula menulis, segala jenis hati kita akan consider. takut kalau ada yang sentap.
beza kita dengan orang orang yang suka bergosip/mengumpat adalah kita menyediakan bukti bertulis, manakala deme sekalian cuma lisan.
kalau private belog, macam mana nanti nak jumpa kawan baru yang sama bipolar wehhhhhhhh? hahahahaha
hahahahaa so true! tapi sebagai justifikasi, aku memang suka gelak, termasuklah gelak nervous. andddd aku ada perangai pelik di mana aku gelak bila aku sakit bapakkkk laaa saikooooo!
Deleteaku rasa in a way bersyukur jugaklah sebab dalam hati masih ada iman hahah kalau tak mesti dah banyak carutan dalam ni wehhh.
tak, tak. aku tak private. selalunya aku tukar url atau delete terus hahahaha gila betoi.
saya paling malas kalau baca tulisan shortform sampai tak boleh nak baca apatah lagi nak faham. penat.
ReplyDeletebukan budak muda je tulis macam tu, orang tua beranak pinak pun ramai je. terus zassss tekan butang pangkah di hujung atas belah kanan hahaha.
DeleteOmaigod..first time baca blog u dan this entry..ehh sama lah kita. i ingat i sorang je cam complex..kadang-kadang penat otak pikir apa orang nak kata..i kadang2 nak post status kat fb pun pikir beratus kali. nanti org comment mula la rasa cam nak delete je post tu. bongok betoi padahal org x heran pun ko nak post apa.
ReplyDeletehehehe tenkiu sebab spend your precious time baca tulisan mengarut i hahahah. haaa tu sebab i takde fb. sebab kadang i pun speku-speku orang tulis status deep-deep ni hahahahha buruk perangai.
Deleteand that's why i kadang-kadang reluctant nak reveal my real self here. sebab ni lahhh. bipolar sangat. i'm so scared of being judged. padahal sepatutnya lantak man botaklaa uolss nak fikir apa pun haha.
hahaha ramai rupanya geng bipolar.. tidaklah daku keseorangan! hahaha
ReplyDelete