Thursday, August 25, 2016

luahan perasaan mak yang emo

baru-baru ni aku diserang penyakit kemurungan. hahaha alasan kepada hati asyik nak sentap je huhu. tapi entahlah, macam berasas je perkara yang aku sentapkan tu. aku tak tahulah ni pembawakan diri lepas beranak ke hapa, aku terover perasan ke terover sensitif ke. nantilah ada masa aku teringin jugak nak share conversation menyentap jiwa raga tu hahhaa. tapi tu kena tunggu diri sedikit syaiton laa. kalau tengah perasan suci seperti sekarang, haruslah simpan diam-diam kan hahaha. 

masa fasa kemurungan tu, aku ni sedaya upaya tamau berkongsi sedih dengan suami. yelah, dilema kot sebab yang aku terasa tu dengan mak dia hahahaha takutlah iols nak cerita. maka berhuhuhu lah aku menangis sambil menyusu anak sambil tutup muka sendiri acah-acah laki tak perasan tengah menangis. padahal tak sedar ke badan berlemak sekali kau terhinggut-hinggut tersedu bergegar lemak di badan hahahah laki aku kata apehal badan you vibrate-vibrate ni hahahaahahaha. tapi percayalah, bertahan sehari je azam tanak share perihal itu. esoknya sebelum tidur aku pun telah mengadakan sesi hati ke hati dengan laki sungguh kelakar sebab cakap sambil telan-telan airliur tahan nangis heyyy kau dah kenapa perempuan ahahhaa.

laki aku sedikit pun tidak menafikan apa yang aku rasa, malah begitu baik memujuk dengan memberikan kata-kata berupa janji manis. laki aku kata dia tahu mak dia macam mana, dan dia tahu betapa besar usaha dan jasa aku nak bantu laki jadi dia paham kalau orang memperlekehkan usaha aku haruslah aku bersedih hihihi. aku bukan nak suruh laki aku menentang emak sendiri, memang jauh sekali tapi tolonglah faham betapa aku bersusah payah setiap hari demi memastikan kelangsungan hidup si ali bun bun tu hahaha. dan perkara jadi besar sebab one after another was said to me, so rasa kecik hati tu sepertinya dah terkumpul menjadi besar. and ada satu perkara besar berlaku, yang melibatkan wrong decision laki aku lantas aku menjadi mangsa, so itu antara penyumbang kepada semakin banyak perkara yang dicakapkan kepada aku sampai aku rasa eh eh dah apehal ni?

hahaha aku rasa korang yang membaca haruslah pening kerana dalam pada konon aku nak meluahkan perasaan, aku masih cuba berahsia agar tiada siapa menghakimi mak mertua ku itu. dia mak yang baik, dan aku menganggap segala apa yang berlaku adalah kerana aku. aku yang super sensitif, akulah menantu yang tak pandai bermain politik dan juga miskin tidak berduit untuk membodek eh eh. hahahaha.

dan lebih malang lagi, anaknya sendiri aka laki aku pun bukanlah insan berduit, malah sangat tidak mendambakan wang ringgit ishhhh tak paham aku orang tak gila duit ni hahahahah. dia lagi sanggup dapat hadiah berupa cuti tanpa rekod daripada mendapat wang tunai sebagai ganjaran perkhidmatan terbaik omg tolonglah bini kau nak shopping dan tiada kedai nak terima memo cuti tanpa rekod tu sebagai metod bayaran hahahahhahahahaha.

ketika aku kemurungan, pengasuh pula menghantar voice message berupa ali menjoyah bersama kain napkin dia (his new besfren) ohhh sungguh berbunga-bunga perasaan aku ini hilang stress hihi. and now i miss my son. minggu ni dia cranky sebab selsema. kitorang baru balik bercuti dari cameron hehehe tapi pasal percutian ni pun ada isu jugak hahahaha me and my never ending issuesssssss.

okaylah, nak sambung kerja. banyak lagi nak menjoyah ni tapi cukuplah serba sedikit luahan perasaan. esok lusa sambung lagi kalau tak busy bahahahhaha. happy weekend uolssss!

Wednesday, August 10, 2016

bij (read: bitch)

eh semalam konon nak muslimah bagai. hari ni hati meronta-ronta nak mengumpat hahahaha. memang dasar banyak setan dalam badan ni huahuahua.

tempat kerja aku ni memang kuat bersifat keagamaan (sepatutnya). tapi.. lebih banyak setan bertopengkan manusia. eh kadang aku pun tak terkecuali menjadi setan dan harinilah contohnya hahahhahaha.

aku terpaksa beranak awal kerana air ketuban leaking. kau rasa, aku memang mintak ke cemana anak tak cukup bulan? gila ke hapa. benda ni Allah yang decide, bukan aku memandai-mandai. masa aku pregnant, heavily pregnant, bij bos (bukan sahaja big, malah bitch) pesan make sure kerja kena settle before i beranak. i scheduled everything to fit, in fact aku dah clearkan my schedule two weeks earlier kot-kot terberanak awal from due date. so my life was hectic, trying to put everything checked. kelas pun tak miss unless i was hospitalized, siap buat berderet-deret kelas ganti sebab kata bij bos, that's the procedure ko beranak ke apa ke kelas tetap keutamaan. aku rasa kalau time meneran tu aku boleh mengajar lagi, dia tetap nak aku mengajar ke cemana ek hahahahha.

i was exhausted, dengan membawa perut, asyik bleeding keluar masuk hospital lagilah kena ganti all the classes. aku takde mc sehari semata tak larat datang tau. i forced myself to work sebab asyiklah kena lecture nanti makan duit haram yada yada yada bij mode on hahaha. and i didn't complain pun sebab sedar itu tanggungjawab. tapi Allah maha kaya, dia decide maybe that's enough for me maka dia bagi aku beranak awal. it wasn't easy; yelah force labour kot. anak tak ready nak keluar tapi kena paksa. sampai sekarang ada kesan forcep di kepala ali yang each time aku tengok aku rasa sedih sebab dia terpaksa dikeluarkan awal. masuk keluar nicu, aku terpaksa berulang alik sampai bentan, Allah knows how terrible that phase was. tapi tengok muka anak terubat rasa sakit tu betapa nikmatnya Allah aturkan semua ni.

tapi adalah mulut-mulut puaka kat opis yang cakap seperti menyalahkan aku beranak awal. as if it was my choice, my decision. hello, uols nak ke take over kelas i so that aku dapat rehat tak perlu berlari sana sini pulun nak habiskan silibus dalam masa sebulan setengah instead of three months? takde pun kau kurangkan my teaching hours, siap kata takkan aku nak makan gaji buta nanti haram what the hell and now you talk behind my back? like seriously bij, and bij-ches (plural sebab ada setan-setan lain join mengumpat)? you think it was fun to see your baby strapped with tubes and  wires and fed thru tube? suka? babi la kau sekor-sekor makan sumpahan.

jangan nak cakaplah ketuban aku pecah awal sebab aku kerja keras ke sana ke mari pulun kaver silibus kalau kau sendiri yang lambak kerja kat aku tanpa belas ihsan. dan please, doktor pun tak dapat carik punca why aku leaking sebab bukaan memang takda. and pleassssseeee, stop playing god. pantang tok nenek aku la orang berperangai know-it-all ni. 

aku doakan next time ko beranak perit rabak sampai punggung. padan muka. heh.

Tuesday, August 9, 2016

biskut chipsmore

haa aku la tu hat macam biskut tu hahaha. masuk keja, dapat jam mengajar hambik kau banyak gila haih tak dan nak buat keja merapu haha. masa senggang dihabiskan dengan mengepam ecewah macam lembu ternak dah rasa kahkahkah.

aku beli pam murah je... janji mampu melaksanakan tugas la haha. so far aku happy je dengan pam aku tu. cukuplah mengeluarkan susu untuk ali. ali aku hantar ke nursery. so far aku rasa okay je, walaupun ada few cases dia terbazirkan susu aku huhuhu. entahlah, cerewet sangat pun kelak akan menyusahkan aku semula. janji ali happy, kenyang, tidur cukup, sihat tembun membulat, what else can i ask kan. aku maafkan dan aku redha susu yang terbazir. moga ada rezeki lain untuk ali hihi.

eh entry mak-mak sangat mukadimah dah dok cerita pasal anak hahahaha. aku tengah stress keja.. nak mencarut bab keja macam tak muslimah haih dilemanyaaaaa hahaha. nak shopping, duit tengah saving nak pi cameron next week. cannot waitttt! hahaha. dilema ibu bekerja, sebolehnya nak duduk mengulit anak. tapi apakan daya, ekonomi tak baguih kenalah mak turut membanting tulang hehehe.

rumah baru dah nak siap! we call it our grey house. come lote je rumah.. sesuailah dengan kami yang biasa-biasa ni hahahaha. tengah dok berkira-kira bajet kipas lampu pulak omg mak pokai. haritu beli downlights pun habis almost 500. tu beli yang middle range punya tu. kalau premium macam philips tu, menangis la aku kat sudut bilik tengok balance akaun negatif hahahaha. tapi shopping for ali tetap tak dilupakan hahaha dasar betol. seronok rupanya ada anak haha.

kereta aku rosak ni. rasa macam bertimpa-timpa pulak masalah musibah hahahaha. dengan nak kena renew roadtax and insuran lagi huhuhu apalah nasib. nantilah pikior hihihi. ikutkan hati nak aje aku tukar kereta baru tapi ikut poket mungkin patut beli kereta tolak je hahahahhahahah gilo.

dahlah. baik aku tamatkan entry tidak bertujuan dan tidak berfaedah ini dengan gambar seketol ali.


"mak, ali pening dengar mak membebel"

hahah.