Thursday, August 25, 2016

luahan perasaan mak yang emo

baru-baru ni aku diserang penyakit kemurungan. hahaha alasan kepada hati asyik nak sentap je huhu. tapi entahlah, macam berasas je perkara yang aku sentapkan tu. aku tak tahulah ni pembawakan diri lepas beranak ke hapa, aku terover perasan ke terover sensitif ke. nantilah ada masa aku teringin jugak nak share conversation menyentap jiwa raga tu hahhaa. tapi tu kena tunggu diri sedikit syaiton laa. kalau tengah perasan suci seperti sekarang, haruslah simpan diam-diam kan hahaha. 

masa fasa kemurungan tu, aku ni sedaya upaya tamau berkongsi sedih dengan suami. yelah, dilema kot sebab yang aku terasa tu dengan mak dia hahahaha takutlah iols nak cerita. maka berhuhuhu lah aku menangis sambil menyusu anak sambil tutup muka sendiri acah-acah laki tak perasan tengah menangis. padahal tak sedar ke badan berlemak sekali kau terhinggut-hinggut tersedu bergegar lemak di badan hahahah laki aku kata apehal badan you vibrate-vibrate ni hahahaahahaha. tapi percayalah, bertahan sehari je azam tanak share perihal itu. esoknya sebelum tidur aku pun telah mengadakan sesi hati ke hati dengan laki sungguh kelakar sebab cakap sambil telan-telan airliur tahan nangis heyyy kau dah kenapa perempuan ahahhaa.

laki aku sedikit pun tidak menafikan apa yang aku rasa, malah begitu baik memujuk dengan memberikan kata-kata berupa janji manis. laki aku kata dia tahu mak dia macam mana, dan dia tahu betapa besar usaha dan jasa aku nak bantu laki jadi dia paham kalau orang memperlekehkan usaha aku haruslah aku bersedih hihihi. aku bukan nak suruh laki aku menentang emak sendiri, memang jauh sekali tapi tolonglah faham betapa aku bersusah payah setiap hari demi memastikan kelangsungan hidup si ali bun bun tu hahaha. dan perkara jadi besar sebab one after another was said to me, so rasa kecik hati tu sepertinya dah terkumpul menjadi besar. and ada satu perkara besar berlaku, yang melibatkan wrong decision laki aku lantas aku menjadi mangsa, so itu antara penyumbang kepada semakin banyak perkara yang dicakapkan kepada aku sampai aku rasa eh eh dah apehal ni?

hahaha aku rasa korang yang membaca haruslah pening kerana dalam pada konon aku nak meluahkan perasaan, aku masih cuba berahsia agar tiada siapa menghakimi mak mertua ku itu. dia mak yang baik, dan aku menganggap segala apa yang berlaku adalah kerana aku. aku yang super sensitif, akulah menantu yang tak pandai bermain politik dan juga miskin tidak berduit untuk membodek eh eh. hahahaha.

dan lebih malang lagi, anaknya sendiri aka laki aku pun bukanlah insan berduit, malah sangat tidak mendambakan wang ringgit ishhhh tak paham aku orang tak gila duit ni hahahahah. dia lagi sanggup dapat hadiah berupa cuti tanpa rekod daripada mendapat wang tunai sebagai ganjaran perkhidmatan terbaik omg tolonglah bini kau nak shopping dan tiada kedai nak terima memo cuti tanpa rekod tu sebagai metod bayaran hahahahhahahahaha.

ketika aku kemurungan, pengasuh pula menghantar voice message berupa ali menjoyah bersama kain napkin dia (his new besfren) ohhh sungguh berbunga-bunga perasaan aku ini hilang stress hihi. and now i miss my son. minggu ni dia cranky sebab selsema. kitorang baru balik bercuti dari cameron hehehe tapi pasal percutian ni pun ada isu jugak hahahaha me and my never ending issuesssssss.

okaylah, nak sambung kerja. banyak lagi nak menjoyah ni tapi cukuplah serba sedikit luahan perasaan. esok lusa sambung lagi kalau tak busy bahahahhaha. happy weekend uolssss!

3 comments: