Tuesday, August 9, 2016

biskut chipsmore

haa aku la tu hat macam biskut tu hahaha. masuk keja, dapat jam mengajar hambik kau banyak gila haih tak dan nak buat keja merapu haha. masa senggang dihabiskan dengan mengepam ecewah macam lembu ternak dah rasa kahkahkah.

aku beli pam murah je... janji mampu melaksanakan tugas la haha. so far aku happy je dengan pam aku tu. cukuplah mengeluarkan susu untuk ali. ali aku hantar ke nursery. so far aku rasa okay je, walaupun ada few cases dia terbazirkan susu aku huhuhu. entahlah, cerewet sangat pun kelak akan menyusahkan aku semula. janji ali happy, kenyang, tidur cukup, sihat tembun membulat, what else can i ask kan. aku maafkan dan aku redha susu yang terbazir. moga ada rezeki lain untuk ali hihi.

eh entry mak-mak sangat mukadimah dah dok cerita pasal anak hahahaha. aku tengah stress keja.. nak mencarut bab keja macam tak muslimah haih dilemanyaaaaa hahaha. nak shopping, duit tengah saving nak pi cameron next week. cannot waitttt! hahaha. dilema ibu bekerja, sebolehnya nak duduk mengulit anak. tapi apakan daya, ekonomi tak baguih kenalah mak turut membanting tulang hehehe.

rumah baru dah nak siap! we call it our grey house. come lote je rumah.. sesuailah dengan kami yang biasa-biasa ni hahahaha. tengah dok berkira-kira bajet kipas lampu pulak omg mak pokai. haritu beli downlights pun habis almost 500. tu beli yang middle range punya tu. kalau premium macam philips tu, menangis la aku kat sudut bilik tengok balance akaun negatif hahahaha. tapi shopping for ali tetap tak dilupakan hahaha dasar betol. seronok rupanya ada anak haha.

kereta aku rosak ni. rasa macam bertimpa-timpa pulak masalah musibah hahahaha. dengan nak kena renew roadtax and insuran lagi huhuhu apalah nasib. nantilah pikior hihihi. ikutkan hati nak aje aku tukar kereta baru tapi ikut poket mungkin patut beli kereta tolak je hahahahhahahah gilo.

dahlah. baik aku tamatkan entry tidak bertujuan dan tidak berfaedah ini dengan gambar seketol ali.


"mak, ali pening dengar mak membebel"

hahah.

2 comments:

  1. alahaaiii.. dagu ali tu mengiurkan lah..!! hehehehee.. semoga membesar jadi anak yang soleh dan berjasa ye ali.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang macam nak sedut-sedut dagu dia tu macam puding lembik lembik hahaha.. aminn insyaAllah.. hihi tenkiuuuu for the doa :)

      Delete