Wednesday, September 21, 2016

pindah rumah.

rumah dah nak siap. akhirnya tumbang jua pokok doyan yang disayangi, yang meredupkan, mencantikkan pemandangan luar rumah kami. sobsss. sedih sebab kengkonon nak buat buai segala. tapi kau dah kenapa nak buat buaian kat pokok doyan kang bocor kepala apa tak dapat ahahaahhaha.

acah-acah nak pindah awal bulan 10, sempena cuti awal muharam dapatlah cuti lebih sikit kan. tapi macam tak jadi jerr... minggu awal muharam tu katanya nak ke taiping, sepupu laki bertunang. next weekend nak ke tioman pula. ewahhh seronok mengangkut ali ni hehehe. 

minggu ni minggu stress. bos pulak puaka, lagilah tak menyenangkan hahaha. menambah beban otak adalah hihi. tapi lantok la kau sana. silakan mereput dalam bilik sendiri hahaha. petang ni aku nak santai-santai je sambil mendengar bunyi zooottt zoooottt daripada pam haha. tadi kena audit. benda simple je. and biasalah audit mengaudit ni. orang audit untuk penambahbaikan. tapi bos maksum, sikit salah pun tak boleh semua kena perfect hahaha.

tapi benda ni membuktikan satu perkaralah. kalau kau pandai politik, baik dengan pihak atasan, memang dia cover kau punya. masalahnya dua-dua tu aku takda hahahah mulut plak longkang, muka pun ketat berlagak. memang lagi mencari nahaslah. takleh blah betul aku selama dua jam aku diaudit, terpaksa menahan meluat dengar bodek membodek ni macam nak muntoh hahahah.

mujur dah selamat, dan fokus cuma nak buat revision dengan students sahaja. next week exam, file aku dah nak siap hahaha semua gara-gara bos cengey pelekah nak tengok harini file yang sepatutnya buat bila dah tamat semester. masalahnya semester tamat bulan sepuluh hahahahah kau rasa aku efisyen ke bos aku over carik pasal? orang dok kalut-kalut nak settle p&p, budak nak exam bla bla bla dia sibuk terjah aku nak file tetiba. gilaaaa hahaha.

tak sabarnya nak balik jumpa ali bun bun. rindu.



"hurmm ali tak fahamlah mak orang suka jerit-jerit ni"

Tuesday, September 6, 2016

working from home

few weeks ago, we went to Cameron Highland for a short vacation. first vacation for ali, and a very much needed vacation for us hahaha. balik from the trip, ali terus selsema. disebabkan aku dah buat hal sebelum tu, tak dapatlah aku nak cuti jaga ali di rumah. nak tak nak kena jugak hantar si bun bun tu ke sekolah. lepas tu, kebetulan minggu tu jerebu, ada seorang bayi batuk teruk, maka terjangkitlah ke ali juga and things get worse from there. 

aku tak salahkan pun baby tu. bukan dia mintak nak sakit. aku pun kesian budak-budak kecik batuk selsema ni. macam seksa nau aku tengok. ali tu menjerit tayah cakaplah. boleh pekak telinga mak ni dibuatnya. menjerit sebab dia tak suka orang pegang hidung dia haha. aku ni pulak tak boleh tengok hingus meleleh ni. laju je aku nak lap. lepas tu sedut sedut sedut barulah sedap hati ni tengok dia tidur selesa. tapi sebelum nak dapat tidur lena tu, gempak gempitalah rumah hahahaha. propa je tau.. sebab bila dia dah tidur lena, aku sedut muka dia rileks je. so sebenarnya memang kaki dramalah si bun bun tu haha.

and now aku pulak yang tumbang selsema teruk sampai migrain, mata berair. dasyat penangan kali ni. semalam aku gagahkan jugak pergi kerja. tapi harini gagal sebab pertama, aku tak cukup tidur. kedua, aku malas nak gosok baju. ketiga, aku rasa lemau sangat. tapi masih kena kerja huhuhu. walaupun aku mc, terpaksa juga siapkan kerja dari rumah ni. serupa aku masuk kerja je huhuhu. rumah berkecah sebab kain tak sempat lipat. dah letak depan tv tapi macam berpuaka betul bakul kain ni seakan ada perasaan benci membuak-buak tengok dia hahahaha.

speaking of work, dan perkataan benci. ada satu makhluk kat opis yang sangat tak disukai bukan sahaja oleh aku, malah seantero kolej. can you imagine? kesian kan? rasa macam ya Allah sunyinya hidup kau sebab no one likes you. depan-depan kau je orang baik, belakang macam tahi mengumpat mengata. sampai satu tahap even your face your look your appearance pun orang mengata. tulah, bila sikap sendiri buruk, deep macam mana pun kau nak simpan tetap terserlah. belajarlah kawal kemarahan, dan belajar hormat orang, jaga air muka orang.

you know, this person can scream at you? depan orang ke apa ke she doesn't care. as long as dia dapat nyatakan amarah dia. scream and shout. tengking jerkah tahap kau boleh pekak. apa gelaran dia tak dapat? semua ada. monster, naga tua, etc etc. lepas dah marah macam babi gila (excuse my language), lepas tu nanti dia akan sambung teguran dalam whatsapp group, bajet suci bagi pulak quote-quote islamik. kata dia buat macam tu sebab tu tanggungjawab dia sebagai ketua, kena memimpin, kena betulkan apa yang salah. kalau tak nanti Allah akan persoal apa dia dah lakukan untuk membetulkan kesalahan, apa dia dah buat dengan duit elaun, duit gaji dia tu. like WTH. aku tak rasa Allah suruh kau maki orang, jerit pekik macam hilang akal untuk menegur. yang paling buat aku rasa nak tergelak tu, she even claimed herself as saidina umar. tegas dalam melaksanakan amanah. hahahahaha babik tak? babik sangatttt... saidina umar tak aibkan, tak jatuhkan airmuka orang la wehh.

masa aku kena torture directly dengan dia sampai aku jatuh sakit (and dia sampai call doktor nak sahkan betul ke aku sakit or aku buat-buat like WTFFF??), dia siap boleh sound aku kata kadang sakit ni tayah makan ubat.. muhasabah je diri, tengok balik apa kita dah buat, tengok balik dengan siapa kita perlu minta maaf. kadang Allah bagi kita sakit sebab nak kita beringat dan bertaubat. lepas tu siap kata laki aku tak redha dengan aku bla bla bla ya rabb.. kau tuhan ke apa ni? gila punya orang hahahaha. lupa ke kau sendiri pun sakit teruk? tapi yelah, kau maksum kan hihi.

dulu aku sangat marah. sangat benci. tapi sekarang aku tengok dia aku kesian. kesian because no matter what good you do, people still talk about how mean you are. how you treat others with disrespect. OMG, how can you live when no one wants to be by your side. so lonely. orang nampak kelibat dia semua lari wehhh. mencicit lari jauhkan diri seperti dia tu busuk seperti tahi. no one wants to sit beside her, no one invites her for lunch, no one wants her to be around. 

dear this someone, 

i truly feel sorry for you. i will never forget what you did to me; that was mean and beyond humanity, but i forgive you. truth will prevail, and now everyone knows what you did to me without me telling the world. people know how terrible you are, how sucks you are as a person and as a leader. as a human, you are never one. stop using religion to justify your actions. it's a disgrace to Islam because Islam never teaches us what you did. 

i pity you. people pray for you to die soon. yes, it is that bad that seeing you alive is not an option. people pray for you to die in a horrible manner. sedihnya, Ya Allah kalau orang berdoa akan kematian aku dalam keadaan yang tidak baik. sedihnya, sebab orang membenci kau tahap tamau langsung kau hidup. sedih teramat. kalau aku di tempat kau, aku mesti jadi gila.

i seriously feel sorry for you. haih. sedihnya hidup lonely macam tu. dah berumur, anak tak ada, tapi berlagak ya hampun. i wonder how is she at home with her husband. i wonder a lot of things about you, but in the end - you are so lonely, you have nothing, and you are living in fear of yourself. hidup dalam bayang-bayang sendiri. diri sendiri busuk, lepas tu dok pikir orang lain sama perangai macam tu.

Allah. aku insaf.