Wednesday, September 21, 2016

pindah rumah.

rumah dah nak siap. akhirnya tumbang jua pokok doyan yang disayangi, yang meredupkan, mencantikkan pemandangan luar rumah kami. sobsss. sedih sebab kengkonon nak buat buai segala. tapi kau dah kenapa nak buat buaian kat pokok doyan kang bocor kepala apa tak dapat ahahaahhaha.

acah-acah nak pindah awal bulan 10, sempena cuti awal muharam dapatlah cuti lebih sikit kan. tapi macam tak jadi jerr... minggu awal muharam tu katanya nak ke taiping, sepupu laki bertunang. next weekend nak ke tioman pula. ewahhh seronok mengangkut ali ni hehehe. 

minggu ni minggu stress. bos pulak puaka, lagilah tak menyenangkan hahaha. menambah beban otak adalah hihi. tapi lantok la kau sana. silakan mereput dalam bilik sendiri hahaha. petang ni aku nak santai-santai je sambil mendengar bunyi zooottt zoooottt daripada pam haha. tadi kena audit. benda simple je. and biasalah audit mengaudit ni. orang audit untuk penambahbaikan. tapi bos maksum, sikit salah pun tak boleh semua kena perfect hahaha.

tapi benda ni membuktikan satu perkaralah. kalau kau pandai politik, baik dengan pihak atasan, memang dia cover kau punya. masalahnya dua-dua tu aku takda hahahah mulut plak longkang, muka pun ketat berlagak. memang lagi mencari nahaslah. takleh blah betul aku selama dua jam aku diaudit, terpaksa menahan meluat dengar bodek membodek ni macam nak muntoh hahahah.

mujur dah selamat, dan fokus cuma nak buat revision dengan students sahaja. next week exam, file aku dah nak siap hahaha semua gara-gara bos cengey pelekah nak tengok harini file yang sepatutnya buat bila dah tamat semester. masalahnya semester tamat bulan sepuluh hahahahah kau rasa aku efisyen ke bos aku over carik pasal? orang dok kalut-kalut nak settle p&p, budak nak exam bla bla bla dia sibuk terjah aku nak file tetiba. gilaaaa hahaha.

tak sabarnya nak balik jumpa ali bun bun. rindu.



"hurmm ali tak fahamlah mak orang suka jerit-jerit ni"

3 comments:

  1. selamat pindah rumah. nape komen aku kat pos before ni tak kua ek? maaflah kalau komen penyibuk. have a nice day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry beb, aku tak dapat komen ko tu huhu.. tak pernah lagi aih aku delete komen sesapa kecuali komen spam spam ni hahaha.. sorry beb

      Delete
  2. Ok ok. Tak tekan enter kot. Selalu sangat distracted bila online, kerja pun memang online huhuhu.

    ReplyDelete