Friday, October 14, 2016

6 month journey - inverted nipples, tongue tie etc etc

alhamdulillah, my son is 6 months oredi.

as my previous entry, i did mention i gave birth early, at 35 weeks. my condition was called PPROM (preterm premature rupture of membranes), atau dalam bahasa mudah dia pecah ayaq ketuban awai la hahaha. sebelum jadi tu, aku dok bermasalah sebab masalah discharge yang melampau-lampau, urine ada blood, sometimes ada protein. makan ubat antibiotik toksah katala. dengan ubat jolok bawah tu semua lengkap hahaha. rasanya masa pregnant aku sangat taat makan ubat hihihi. dengan problem asyik bleeding yang sampai sudah doktor conclude - tak tahu apa punca hahaha.

nak beranak pun bukan senang. dengan air berjejeh keluar (aku surprise jugak air ketuban tak kering-kering ke sebab dok keluar macam air paip for four days), dengan induce dua kali takdak bukaan (0.5cm ja? pakai jamu perapat ka terlebih makjun akar fatimah ka apa ni hahahah), time operate pulak ketaq teruk, bius hilang, kena bius tido pulak (sampai sekarang abdomen aku kebas, gila tak? hahaha). eh macam-macamlah. tapi sekarang tengok anak eh comelnya budak seketol air liur berjejes ni ahahaha. hilang sakit bentan beranak tu seketika haha.

bila dah keluar, satu demi satu halangan. anak melepak kat nicu, mak terpaksala berulang alik. dah keluar satu hari, esok masuk balik hahahaha. tengah tunggu doktor mai nak check kat emergency room tu, anak berak. mak huru hara sebab anak suara macam petir semua dok pakat pandang hahahahha mak segan sungguh. tukar diaper atas bed, kaki taleh nak bersila perut sakit, makanya tukar atas kaki yang dilunjurkan aje. hurmm pikir-pikir balik memang survival sungguh. masa tu aku tak pandai nak direct feed, susu sejuk pulak terpaksa buat muka tebal mintak nurse panaskan susu. nurse sampai tanya, kenapa tak bagi direct je? susah aku nak explain, dahla kawasan terbuka semua orang tunggu aku jawab hahaha. 

the reason aku tak pandai direct feed, sebab aku ada masalah inverted nipple huhuhu. anak pulak ada masalah tongue tie. berhuhu la kami berdua bila time nak nyusu hahaha. masa di nicu, salah satu syarat nak release anak, ibu mesti mai bagi susu badan dulu. dah pandai baru boleh keluar. jadinya, diorang panggillah datang. hari ke lima ali lahir. i was super nervous, walaupun dah tahu inverted nipples masih boleh feed baby, tetap aku takut. dahlah rasa rendah diri, malu, rasa tak normal huhu. ingatkan masa kat situ, nurse boleh ajarlah. dalam kepala dok bayang nurse macam dekat ward, ajar perah susu masa tu aku panggil nurse tu nurse tetek ahahaha. sekali masa sampai wad, nurse busy. nurse tengok aku terkial-kial baru dia mai tolong. lepas tu masih jugak tak berjaya, anak dah melalak kuat, nurse pun give up. dia tension-tension macam bengang dengan aku. sampai keluor statement menyedihkan lahhhh hadoi ni dia ke aku yang gagal ni hahahah. sedih sangat masa tu sebab rasa macam gagal as a mother sebab kekurangan nipple aku ni hahahaha.

but as a mom, of course la aku tak boleh give up. so aku teruskan juga perjuangan breastfeed kami, walaupun tiap kali anak nak susu, aku sangat nervous sebab dia bukan hisap, tapi kunyah. eh faham ke? hahaha. and dia minum dua jam okayhhh. dua jam! lepas tu tidor, letak 15min kemudian nak lagi. dua jam jugak! hahhahahhhaah kau bayangkanlah perasaan pinggang perut aku time tu. puting toksah katalaaaaa. tapi alhamdulillah takde pulak darah ke melecet ke cuma sore je la hihihi. aku sapu susu banyak-banyak, pastu biar berangin kering sendiri. masuk dua minggu, aku terperasan lidah dia terbelah... aku macam pelik, namun terdetik jugak kat naluri keibuan yang anak aku ada problem tongue tie. bergegaslah aku google sana google sini dan next check up, aku pun inform la doktor... dan sah lah masalah tersebut. so bukanlah kerana fizikal puting aku mahupun tetek selambak semata-mata. doktor refer ke paed putrajaya, bergegaslah kami laki bini ke sana sebab aku memang tak sanggup bertahan dah masa tu. aku baca, penyelesaian dia mudah je doktor akan snip sikit then settle. tak yerrr... tidak langsung.

sampai paed putrajaya, dia minta aku rujuk ke bahagian ent. sampai ent, nurse masuk bawak surat rujuk aku tu untuk tanya doktor, kau tau apa jawapan aku dapat? usually they will just wait sampai besar sikit baru diorang review case. habis tu, yang aku dah nak meletup tiap kali menyusu ni cemana? tunggu setahun ke baru nak tengok anak aku? masa tu mai dah angin meroyan sikit tapi kusabarkan jua. yang buat aku macam nak menangis is dia punya statement 'tongue tie tak menjejaskan penyusuan susu ibu' as if menyalahkan apa yang aku rasa. dia punye ayat tu 'saya pun mak, doktor yang saya rujuk pun perempuan jugak'. haihhhhhh. memang la tak jejas, tapi siaplah tetek kau kena kunyahhhh bahangang betoi hahaha. kau bacalah mana-mana, tongue tie mengganggu proses latching. so tu tak ke secara tak langsung mengganggu penyusuan? anak aku berat naik seciput masa check up sebulan. means dia tak dapat susu dengan baik la kan? tu belum aku cerita kena saiko dengan nurse dok asyik cakap anak aku berat tak cukup la tak cukup panjang la hahahhha. lepas nurse tengok muka kesian aku, dia kata all she can do untuk aku is percepatkan tarikh jumpa doktor. masa tu bulan 5. dia kata paling cepat dia boleh bagi bulan 7. kalau tak kena tunggu bulan 9 hahahahahah mungkin masa tu tetek aku dah putus aku cuma datang bawak puting tanggal tu je lempaq kat muka depa hahaha. serius aku tak kisah sebab aku tau diorang pakar, diorang lebih tahu, tapi janganlah menidakkan apa yang aku rasa. bila kau kata tak menjejaskan penyusuan, aku terasa seperti orang bodoh. dinafikan apa yang aku rasa sebab aku yang menyusukan, aku tahulah. kang aku suruh ali chomp chomp tetek hang baru ada akai hahahahah.

maka pulanglah kami dengan hati yang hampa ecewah hihi. aku terus call kakak aku, mintak set appointment dengan klinik pakar uitm sungai buloh. walaupun jauh, aku sanggup janji dapat cepat sikit hahaha. masa jumpa pakar uitm, doktor cakap memang mengganggu sebab dia tak dapat hisap dengan baik, tapi diorang pun takkan buat apa-apa prosedur sebab baby is still too small. lagipun masa jumpa doktor tu, ali dah boleh keluarkan lidah, means ada improvement. latching pun dah tak seseksa dulu. still sakit, but bearable. and you know what? umur ali 5 bulan baru dia boleh latching betul-betul, tapi ali masih di bawah pemantauan pakar untuk tengok progress dia. orang tanya, kenapa aku tak feed pakai bottle je? kenapa nak menyeksa diri? hakikatnya, ali minum dari botol pun bocor wehhh. keluar kat tepi-tepi mulut. kesian sangat. berapa banyaklah aku nak letak dalam botol untuk bagi dia kenyang? so aku bagi je dia melekap kat aku. sakit pun sakitlah. aku sanggup je lagipun aku bukan ada kerja lain pun hahahhaha. aku cuba bagi pacifier, tapi ali reject mentah-mentah, so aku malas nak membazir beli berjenis-jenis puting, and aku pun tak berapa gemar nak bagi puting so tayah la camtu hahaha. aku rasa dia bukan reject, tapi dia memang taleh nak sedut puting tu masuk. terkial-kial kesian betul. kalau menyusu pun, aku kena pegang dan picit bagi masuk mulut dia. berlatih berlatih dan berlatih, sampai boleh hisap.

now at 6 months, ali dah boleh menyusu dengan baik. sampai nganga-nganga kepenatan menyusu hahaha. banyak dugaan kita, Ali. but we went through everything together, and kita masih tak berputus asa. mak bangga dengan ali. and you are such an easy baby. senang sangat nak diurus. Allah duga mak dengan pregnancy yang penuh pancaroba, mak terberanakkan ali awal dari yang sepatutnya, dan kita diduga dengan puting mak dan lidah awak yang tak normal hahaah. but alhamdulillah, ali dapat jugak susu mak cukup 6 bulan. nanti kita usahakan sampai 2 tahun pulak k. more to come, ali. but together we fight!

mak sayang ali tau. 

5 comments:

  1. Assalamualaikum, bangga weh aku baca kisah inverted nipple + tounge tie berjaya menyusu. Jarang dengar kisah baby malaysia tounge tie ni, kalu kat warta barat kemain mcm normal. Selalu aku baca inverted nipple dorg sedut keluar pki picagari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam beb. ye betul, sangat susah nak dapatkan info pasal pengurusan bayi tongue tie kat malaysia, membuatkan aku terpinga-pinga dan banyak jugak berdepan dengan disappointment hahaha. tapi alhamdulillah, semangat kental jugak nak bagi susu badan (ego punye pasal hahah).

      aah, aku masa pregnant cuba jugak tarik guna picagari, tapi takde picagari besaq yang muat (nak cerita detail macam lucahing plak hahah). last-last aku dapat idea guna menatang untuk deko bento tu, aku beli kat mr diy. nantilah kalau aku rajin dan sanggup nak cerita, mungkin boleh share rupa menatang tu hahahaha. serius wehh, kita susah nak dapat info pasal inverted nipple jugak kat malaysia sebab segan kot hahaha.

      Delete
  2. Salam

    I'm a silent reader.

    2 dari 3 of my kids were tongue tied. I tahu macam mana seksanye nak breastfeed as I breastfeed 100% all my kids. But Alhamdullilah in Australia the procedure is done immediately if the baby is tongue tied.
    I was a simple procedure, just cut the tiny part under the tongue and u can feel the baby immediately latching to breast. My son was 4 weeks old when he did it and my daughter was 3 weeks old.

    ReplyDelete
    Replies
    1. how i wish malaysia has the same procedure, that they wud manage tongue tie cases better. ali still tak settle, tak habis-habis nak observe lagi hahaha. so i redha and pasrah jela. i hope it wont affect his speech sebab kesian dia nanti.. kids are mean nowadays. parents pun sama ahakssssss.

      and btw, congratssss berjaya breastfeed all ur kids. tough job, but u did it! i jauh lagi perjalanan... turun naik turun hahahaha hope we survive!

      Delete
  3. takde pilihan jugak beb kang anak kebulor hahaha. tu la, semangat yang terpendam nama dia eh macam lagu pulak hahaha.

    Ali cakap uuu uuuu je. aku rasa dia jawab salam la tu hahaha.

    ReplyDelete